Kredit foto: Canva

Katanya berkongsi segalanya, susah senang bersama. Namun soal handphone berpassword bagai, sudah tentu mengundang perasaan curiga di hati pasangan.

Iyalah jika selama ini segalanya dikongsi bersama, patutlah sang isteri mula menyimpan syak wasangka bila si suami letakkan password di telefon.

Mengikut hukum memang tidak dibenarkan isteri curi-curi tengok handphone suami, melainkan atas persetujuan pasangan izinkan.

Ikuti perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik ya:

Tidak Dibenarkan Curi-curi Tengok Handphone Suami

Dalam inbox saya, ada beberapa orang isteri bertanya soalan ini,
“Puan, apa pendapat puan kalau seorang isteri check handphone suaminya?”

Kalau mahu bertanya bab hukum, beberapa ustaz berpendapat hukumnya tidak dibenarkan sekiranya tanpa kebenaran suami. Maksudnya curi-curi tengok handphone suami tanpa pengetahuannya.

Berdasarkan dalil,
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan prasangka buruk (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka buruk itu dosa. Dan janganlah sebahagian kalian mencari-cari keburukan orang…” (Al-Hujurat, 12)

Hal ini termasuk siapa pun, bukan dengan suami sahaja. Maksudnya hak privasi orang lain tak boleh kita ceroboh tanpa izin mereka.

IKLAN

Baca Juga Di sini:

Isteri Minta Cerai, Sebab Suami Tak Pernah Tinggikan Suara, Terlalu Rajin Buat Kerja Rumah

Suami Sama-samalah Pikul Kerja Rumah, Dulu Raja SEHARI Sekarang Macam Orang Gaji

Isteri CURIGA Bila Suami Tak Nak Kongsi PASSWORD Telefon Bimbit

23 Tahun Tak Pernah Mengeluh “Abang Mus Suami Yang Baik, Dikurniakan Isteri Taat Setia”  

IKLAN

Hukum Berubah Melainkan Pasangan Izinkan

Namun, hukum berubah sekiranya suami isteri sepakat bahawa masing-masing boleh buka dan guna barang peribadi masing-masing. Maksudnya jika suami izinkan dan tidak kisah, makanya tak berdosa isteri buka handphone suami.

Asas rumahtangga adalah kepercayaan dan komunikasi. Pasangan kita adalah orang yang paling tahu luar dalam kita.

Agak pelik, bahagian tubuh kita yang paling peribadi pun bukan lagi rahsia kepada pasangan tetapi bila tiba bab handphone siap ber-password bagai tak beri pasangan lihat.

Namun, seperti yang dikatakan tadi, semuanya tertakluk pada persetujuan suami isteri itu sendiri.

IKLAN

Mungkin Ada Sebab Tertentu, Cuba Jelaskan

Mungkin juga pasangan tidak beri untuk dibuka handphone kerana dia memegang banyak rahsia sulit pekerjaan, atau rahsia rumah tangga atau aib kawan-kawan yang bercerita, perlulah beritahu pasangan dan berterus terang kenapa tidak boleh lihat inbox, whatsapp conversation dan sebagainya.

Apa-apapun kata kuncinya komunikasi. Berterus-teranglah walau apapun alasannya. Jangan biarkan pasangan bersangka-sangka kerana dikhuatiri membuka jalan syaitan mula memainkan peranannya untuk memecahbelahkan sesuatu hubungan suami dan isteri itu.

Akhir kata, sekiranya sudah sepakat untuk tidak membenarkan pasangan melihat isi handphone masing-masing, berlaku jujurlah dan jangan khianati kepercayaan pasangan.
.
Remember, trust takes years to build, seconds to break and forever to repair. Once we break someone’s trust, it will never going the same again.
_
#intandzulkefli
#randomthoughts

Sila share jika bermanfaat.

P/S : Minta maaf sangat-sangat kalau saya tak direct reply apabila cik/puan/kawan-kawan PM soalan. Kadang saya nak reply terus tapi ada hal yang melibatkan pihak lebih prioriti (suami dan anak-anak). Jadi saya reply dengan post begini. So sorry Tidak Dibenarkan Isteri Curi-curi Tengok Handphone Suami, Melainkan Pasangan Izinkan

MW: Asas paling penting dalam rumah tangga adalah kepercayaan, namun jika salah seorang sengaja menimbulkan rasa curiga tentu saja hubungan suami isteri mulai goyang. Oleh itu jujurlah sentiasa dan jangan sesekali meruntuhkan kepercayaan pasangan.

Sumber: Puan Intan Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI