hias bilik tidur

Ramai yang teruja dengan hasil hiasan Puan Hani Mynis, dan kali ini dia kongsikan idea dekor dan penstoran di bilik tidur utama. Biar pun tidak menggunakan barang mahal tetapi bilik tidurnya nampak sangat kemas dan menarik.

Hias Bilik Tidur

Ini hani kongsi beberapa tips untuk bilik tidur yang kemas (cantik tak penting, yang penting kemas)

Katil / tilam

Pertama, semasa membeli katil, selain dari cantik, untuk orang yang jenis banyak barang, pilih katil yang boleh beri kita ruang penstoran tambahan tersorok. Hani beli katil ni masa baru kahwin, benda pertama hani cari ialah ruang penstoran yang tersorok. Katil hani ada ruang penstoran di kepala katil, untuk hani simpan extra cushion dan selimut.

Di bawah katil hani simpan baby cot Aqil masa dia baby dan beberapa bingkai gambar yang hani dah tak guna. Tapi tak Nampak kan? Hidden storage is the key. Sebab kita tak nak bilik tidur terasa seperti stor apatah lagi bilik tidur utama. Kedua, if possible, susun kedudukan katil secara klasik ala-ala di hotel bukan dirapatkan di dinding untuk memudahkan kita menukar cadar saban minggu.

Nota: Cadar seeloknya ditukar seminggu sekali (minimum)

Meja sisi

Semasa membeli meja sisi (side table), pilih meja sisi yang ada ruang penstoran seperti laci. Banyak kegunaannya ruang penstoran di sebelah katil di bilik tidur. Side table bahagian hani, hani tempatkan item untuk #rutinmalam hani dan beberapa item kecemasan hani dan Aqil. Bila dah baring tahulah macam mana lecehnya nak bangun ambil barang di ruang tamu atau pantri kan haha. Bonus sediakan dua meja sisi untuk “his side” dan “her side”. Meja sisi hani ni hani dari Lennart Drawer shj, hani spray kan gold dan pasang tombol di laci pertama.

Meja solek

Sama macam katil dan meja sisi, pilih meja solek yang ada banyak ruang penstoran. Atau boleh je DIY sendiri meja solek kalau meja solek di pasaran tak beri penstoran yang mencukupi untuk harta karun korang. Memandangkan penstoran untuk meja solek hani tak tersorok, hani pastikan barang untuk penstoran itu cantik lah hehe dan kebanyakannya hani beli di Eco sahaja. Hani Diy ruang meja solek dari dua rak Lerberg Ikea dan satu laci (yang asalnya ada di dalam almari pakaian tapi tidak praktikal untuk ia berada di dalam almari (hani tak guna untuk simpan barang), so hani sangkutkan di dinding jadikan meja solek. Untuk bilik anak-anak yang bersekolah boleh gantikan dengan meja belajar.

Ruang solat

Pastikan ada ruang lantai mencukupi untuk dibentangkan sejadah. Dan diletakkan rak/penyangkut kelengkapan solat. Hani guna kan tangga hiasan beli di Shopee shj untuk sangkut sejadah dan telekung.

Almari pakaian (optional)

Semasa membeli almari pakaian, beli almari yang tinggi dan mempunyai ekstra penstoran di atas almari. Untuk master bedroom, jika ada almari pakaian di didalamnya, hani tak galakkan untuk meletakkan barang di atas almari. Biarkan kosong sedap mata memandang.

Jika terpaksa letakkan barang, pastikan kotak penstoran itu sendiri cantik dan tak nampak seperti kotak penstoran tapi Nampak seperti part of dekor.

Untuk yang nak buat build in kabinet almari, pastikan buat sampai ke siling untuk maksimumkan penggunaan ruang menegak. Hani tak simpan pakaian di master bedroom.

Barang perhiasan

Minimumkan barang dekor di bilik, biar tak banyak tapi cantik. Ambil contoh dekor di bilik tidur hotel, satu bingkai seni gambar atau sekumpulan seni di atas kepala katil, sepasang lampu tidur, optional bunga hiasan dan beberapa statement piece di meja sisi.

Warna bilik

Warna putih paling selamat untuk bilik yang kecil Nampak lebih besar. Pilihan lain pilih warna yang asasnya biru. Seperti biru laut, navy blue, dan turquoise

Itu sahaja lah idea dekor hani yang tak seberapa.

Bilik tidur yang sempoi

Tips untuk orang malas macam Hani

Rutin pagi kena kemas katil kan? Pilih lah cadar patchwork. Paling senang di dunia nak kemas.

Itu sahaja lah idea dekor hani yang tak seberapa.

Tip kedua untuk orang suka tidur macam Hani, belilah langsir jenis “black out curtain” untuk bilik tidur yang nyaman. Siang pun macam malam. Confirm tidur nyenyak.

Zon “me–time”

Ruang solat dan ruang solek, diy je. Serba pink untuk ruang solek hani. Nasib baik suami Hani tak kisah.

Hani tambah ekstra penstoran di kaki katil dengan guna foldable stool.

Foldable stool with storage. Mesti with storage.

Satu hani gunakan untuk simpan kelengkapan tetamu bermalam.
Ada cadar single satu set dengan sarung bantal, selimut, bantal dan tuala

Lagi satu, Hani letak pampers Aqil, bila dah tak letak pampers Aqil hani letak ekstra bantal hiasan (rumah hani banyak bantal hiasan untuk tetamu kot)

Wajib ada jam kat ruang solek Hani kalau tak kelaut mekap, bingkai kiri kanan tu ada checklist untuk:

1. 10 step skincare routine
2. 15 minutes make up routine

Diy vanity mirror by suami hani. hani buat part wiring je. drill – drill dan tebuk lubang untuk mentol suami yang buat. haha kena guna kekuatan suami.

Bila turn on lampu. Bahagia jap.

Zon “me-time” hani.

Side table bahagian hani

Wajib ada
1. lampu tidur
2. dessert diffuser kesayangan hahaha
3. tray kecil utk hani letak cincin dan getah rambut
4. belakang pasu bunga ada botol air, bukan untuk minum haha tp ni air untuk letak dalam diffuser haha rajin sngt kan nak pegi bilik air topup air hahaha

Laci-laci hani
Laci pertama ; untuk barang kegunaan rutin malam hani, so practical hehe
Laci kedua : barang kecemasan Aqil
Laci ketiga ; barang kecemasan bilik dan Hani juga

Side table Bahagian suami

1. Lampu tidur
2. Tray untuk letak cincin dan cermin mata dia
3. Reminder untuk dia tak lupa tarikh anniversary kitorang hahaha walaupun dia tak pernah lupa.

Laci pertama;
barang untuk rutin malam dia

Laci kedua
set cadar

Laci ketiga
set cadar , so bila nak tukar cadar ambil je dari sini haha again practicality is the must.

Semoga bermanfaat.