Bulan Ramadan sering kali disambut meriah dengan hidangan enak yang pastinya membuat semua orang teruja dan gembira. Tambahan pula dapat berkumpul bersama saat berbuka tentunya ia sesuatu yang cukup indah.
Mempunyai anak yang masih kecil dan turut berpuasa bersama sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini tentu satu kebanggaan buat ibu dan ayah. Namun sebagai persediaan untuk mengajar anak yang masih kecil untuk berpuasa, MW dapatkan pandangan daripada Pakar Pemakanan Hospital Pantai, Pulau Pinang, Ms Verona Lee Bee Kian untuk ulasan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh dikecualikan daripada berpuasa. Namun, banyak ibu bapa pada hari ini yang menerapkan amalan berpuasa untuk anak-anak sejak dari awal usia. ibu bapa boleh mula menggalakkan anak-anak mereka untuk memulakan berpuasa secara berperingkat, contohnya sebagai permulaan hanya untuk beberapa jam sehari terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya puasa penuh mengikut kemampuan anak anda. Hal ini dilakukan untuk membiasakan anak-anak berpuasa di bulan Ramadan. Ia perlu dilakukan secara berperingkat dan ibu bapa adalah individu yang lebih arif untuk menyesuaikan latihan berpuasa mengikut kemampuan anak-anak.
Lebih kreatif Menyediakan Hidangan
Ads
Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan puasa ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Pemakanan yang betul semasa sahur adalah sangat penting untuk kanak mendapat bertahan sepanjang tempoh puasa setiap hari.
Berikan anak-anak anda makanan seimbang yang terdiri daripada makanan yang mencerna secara perlahan, kaya dengan serat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran, untuk mengekalkan rasa kenyang dalam tempoh lebih lama. Perhatikan juga jumlah makanan yang di makan oleh anak-anak, kerana makan berlebihan boleh menyebabkan masalah kembung dan perut yang tidak selesa. Elakkan juga makan terlalu banyak makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air yang mencukupi dan tidak lupa untuk memakan buah-buahan dan sayuran agar sistem pencernaan mereka tidak terganggu.
Sahur Itu Penting
Ads
Ibu perlu pastikan anak-anak bangun untuk makan ketika waktu sahur. Pemakanan yang betul dan seimbang adalah penting untuk memastikan mereka aktif sepanjang tempoh berpuasa pada waktu siang. Berbuka puasa dengan kurma dan air atau susu, diikuti dengan makan malam yang seimbang agar anak-anak kekal bertenaga. Selain itu, pengambilan snek di antara selepas berbuka puasa dan sebelum tidur juga digalakkan. Adalah disyorkan untuk mengambil sekurang-kurangnya dua snek ringan, lebihkan makanan yang lebih cepat mencerna. Sebagai contoh, protein tanpa lemak seperti putih telur, ikan, ayam tanpa kulit, yogurt, karbohidrat berkhasiat seperti buah-buahan, makanan dengan lemak yang baik seperti avokado dan kekacang.
Elak Dehidrasi
Ads
Punca yang paling biasa kanak-kanak kehilangan berat badan semasa berpuasa adalah dehidrasi. Ibu bapa perlu berhati-hati jika ini adalah kali pertama anak-anak berpuasa. Jika ibu bapa atau guru-guru di sekolah dapat lihat tanda-tanda dehidrasi atau keletihan seperti pening, keletihan berlebihan, sakit kepala dan kejang, kanak-kanak perlu dinasihati untuk terus berbuka puasa dengan segera dengan meminum air. Mereka perlu diberitahu bahawa dalam situasi sebegini membolehkan mereka untuk berbuka puasa. Jika anak tidak mampu berpuasa, biarlah mereka berbuka dan boleh cuba berpuasa lagi di lain hari. Apabila anak berjaya berpuasa mengikut waktu tertentu, ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun hanya untuk 2-3 jam, walaupun setengah hari. Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.
Selain itu juga, bagi mengelakkan badan mereka terhidrasi, galakkan anak-anak yang berpuasa untuk makan buah-buahan semasa bersahur dan berbuka puasa. Ia merupakan salah satu cara yang baik untuk membantu anak-anak daripada terhidrat. Sediakan air berperisa sihat dengan buah-buahan seperti lemon, anggur, epal atau herba seperti pudina di rumah juga merupakan idea yang baik untuk menggalakkan kanak-kanak supaya mereka banyak minum air.
Selain daripada itu, berikan jus buah-buahan, susu dan sup untuk mengekalkan penghidratan mereka. Dan terakhir, sebagai ibu bapa, jadilah contoh untuk anak-anak dengan mengamalkan minum air secara kerap dan elakkan menyimpan minuman manis seperti minuman kordial atau berkarbonat di rumah walau pun ia digemari oleh anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
Ada 4 petua yang dikongsikan oleh beliau.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak ayah.
Sekitar Jun 2018, pelakon Abby Abadi mengumumkan hasrat hatinya mahu mengambil anak angkat. Tidak lama selepas luahannya itu di instagram, Allah menghadirkan seorang bayi yang cukup comel, Muhammad Daiyan Fayyadh.
Tak sampai sebulan selepas kehadiran Daiyan, Abby membuat kejutan lagi dengan kehadiran seorang bayi perempuan dinamakan Maisara Dayana Fathia.
Dan baru-baru ini, Abby sekali lagi mengumumkan kesediaannya untuk membantu ibu-ibu yang kesempitan ‘jalan keluar’ untuk membesarkan anak yang dilahirkan dari rahim mereka.
Kata Abby, “Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung. Yang akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.”
“Di mana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ya adik kakak ya. Ada jalan penyelesaiannya.”
Jangan Menidakkan Hak Anak Yang Tidak Berdosa Ini – Abby Abadi
Dalam postingnya yang dimuat naik di laman instagram miliknya, Abby turut menegaskan akan hak anak-anak yang tidak berdosa ini untuk meneruskan dan menikmati kehidupan di muka bumi ini.
“Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi Allah ini.”
Menurut Abby lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak mempersoalkan akan status anak yang dibantu itu, kerana setiap mereka tentulah ada kisah di sebaliknya yang tidak dapat dikongsikan dengan orang ramai.
“Untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 macam masalah dalam dunia ni.. tak tertulis kat sini.”
“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam.”
Abby juga mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 hasil perkahwinan terdahulunya bersama Norman Hakim.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kandungan baru masuk 12 minggu, isteri Dr Say keguguran. Tunggu mommy dan daddy di syurga ya anak!
Walaupun kandungan baru berusia sudah tentu timbul kasih dan sayang apatah lagi menurut perkongsian Dr Say, kehamilan kali ini cukup mudah buat isterinya. Tiada alahan dialami sepanjang kehamilan.
Namun bagi pasangan ini, apa yang berlaku sudah ketentuan-Nya dan mungkin buat masa sekarang, fokus harus diberikan pada anak sulung mereka, Ace. Ikuti perkongsian Dr say_shazril di akaun instagramnya:
Topik : Innalillahiwainnailaihiroajiun Anak Syurgaku
Rabu minggu lepas isteri saya merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri. Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. Dia call saya menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi.
Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas. Masa scan isteri, pakar bertanya “Ada pendarahan atau sakit perut tak?”.
Isteri reply “Tidak ada, rasa biasa saja”,
Pakar sambung “Jantung baby tak kelihatan ini”.
Isteri akur, mother instinct dan scannya sebelum ini terbukti tepat.
Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu sudah anak kami. Sedih?
Semestinya. Parents mana tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having you. Tiada alahan, tiada kesusahan.
Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini. Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yang ingin kami lakukan.
Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yang, “Anything Is Possible In This Life and It Could Happen To Anyone”.
Anak Syurga Tunggu Mommy Daddy Di Akhirat
Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but may be this is for the best. Mungkin ini petanda yg kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal-awal saya buat post wife saya mengandung dulu.
Mungkin kali ni bukan rezeki kami, insyaAllah satu hari nanti maybe. Allah Is The Best Planner, walaupun mommy dan daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy dan daddy di akhirat kelak wahai anak syurga ku.
MW: Semoga Dr Say dan isteri dapat menerima ujian ini. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...