Setiap kali anak buat perangai, kebanyakan mak ayah akan terus muntahkan maki hamun, tengkin dan pukul anak. Ya, kadang bukan tak sayang anak tetapi rasa tercabar dan geram bila anak asyik buat masalah yang sama!
Namun berbeza dengan lelaki berstatus ayah ini, Muhammad Ahmad berusaha tidak tengking, pukul anak atau adik yang kecil sekiranya mereka buat ‘perangai’.
Kenapa? Haaa… ini alasannya.
1. Akan jadi ketagih.
Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama,ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.
Ads
Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat,terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.
2. Akan beri kesan yang tersangat teruk kepada emosi mereka.
Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri, akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking, sering dipukul oleh ibu bapa.
3. Ini yang paling saya takut.
Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking, dipukul, tidak pernah dihargai, sentiasa dihukum, boleh jadi mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak. Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder (MDD) Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan, naik kaki ketika marah. Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam, romantik, peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.
Ads
Nampak tak kesan jika kita sering tengking,pukul anak-anak. Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan. Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita, sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita.
4. Ia juga salah satu akhlak nabi Muhammad s.a.w.
Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini,Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi).
Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.
Ads
“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, saya merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas saya menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.
Sambil tersenyum beliau bertanya “kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab,”Ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah”,
Demi Allah, selama sepuluh tahun saya berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.
Moga bermanfaat dan SEBARKAN.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ujian untuk mak ayah yang berpisah selain pembahagian harta dan nafkah, adalah hak penjagaan anak-anak. Ada yang sampai turun naik mahkamah bertahun-tahun sebab nak dapatkan hak jagaan anak-anak.
Sudahnya, tanpa sedar proses itu bukan memberi kesenangan pada mak ayah, sebaliknya beri kesan emosi yang mendalam pada anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Tak mahu hal sebegini terjadi pada anak, Ariff Ismail pilih jalan berdamai dengan bekas isteri. Masing-masing turunkan ego kerana perasaan anak lebih utama lagi. Dan inilah yang pasangan berpisah ini telah lakukan.
Bila Giliran Ayah Jaga Anak
Macam ni la hidup saya sebagai duda bekerjaya, nak tak nak turn saya jaga anak tetap kena jaga. Nasib la buat “business ” sendiri, boleh angkut anak sekali jumpa client.
Saya dan bekas isteri setuju untuk sistem giliran jaga anak, kami ambil langkah, “anak ada hak dengan ayah dan umi “.
Kami tak memilih untuk naik turun mahkamah tuntut hak penjagaan anak.
Yang berpisah kami, yang tidak sefahaman kami bukan anak. Oleh itu kami memang amal kan sistem giliran untuk jaga anak tunggal kami.
Alhamdulillah sudah hampir setahun kami amalkan begini.
Tak Ada Alasan Lepaskan Tanggungjawab Pada Bekas Isteri
Anak pun mulai faham, sentiasa beri kerjasama. Tiada alasan bagi saya untuk lepas kan tangungjawab jaga anak 100% pada bekas isteri.
Macam mana dia jaga anak, begitu juga saya.
Jadi anak pon tetap rapat dengan umi dan ayah. Membesar dengan kasih sayang umi dan ayah walau pada hakikat umi dan ayah dah tak duduk serumah.
Kita ni bila fikir anak lebih dari ego kita atau diri kita, tak kan jadi masalah bergaduh naik turun mahkamah nak rebut hak penjagaan anak.
Berebut Hak Jagaan, Emosi Anak Pun Terganggu Sama
Bila kita duk berebut, emosi anak pon akan terganggu.
Perkembangan pembesaran anak akan terganggu bila berlaku pergaduhan atau perebutan hak penjagaan anak. Kita kahwin dulu boleh bincang elok elok, dah bercerai pon lakukan perkara sama.
In sha Allah anak akan dapat kasih sayang kedua ibu bapa.
MW : Banyak benarnya, ego masing-masing itulah yang buatkan masing-masing sukar beralah. Semoga tuhan lebih melembutkan hati kita yang diuji ini.
Bukan saja-saja, sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa rambut bayi yang baru lahir perlu dicukur pada hari ketujuh kelahiran. Ia perlu dikumpul, ditimbang dan dianggarkan dengan nilaian emas serta diniatkan untuk disedekahkan kepada fakir miskin.Selain tujuan kebersihan kepala bayi ia merupakan amalan sunnah yang sangatlah elok dilakukan dalam meraikan kelahiran anak yang dinantikan.
Berikut antara perkongsian yang dikongsikan oleh Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh sebagai panduan;
Kepada yang baru menimang cahaya mata, jangan lupa mencukur habis rambut baby pada hari ke-7. Cukur sampai botak. Tak kira babygirl or babyboy. Jangan cukur sipi-sipi je.
Disunatkan. Sunnah dan perintah agama. Bila buat, dapat pahala. Banyak hadith tentang kelebihannya.
Tujuannya untuk membuang rambut yang pernah diselaputi darah semasa dalam kandungan dan proses kelahiran. Darah kan kotor.
Kalau dah terlepas hari ke-7? Buat je la hari-hari lain. Jangan langsung tak cukur pulak
Rambut yang dicukur ditimbang dengan penimbang emas (nak timbang kat kedai emas pun boleh), seterusnya berat rambut dinilai dengan harga emas atau perak ikut kemampuan kita, dan wangnya kita sedekahkan kepada fakir miskin. Sunnah dan sangat digalakkan.
Contoh rambut babyR ni berat 0.99g
Harga emas kita ambil paling mahal la kan sebab kita nak sedekah. Tapi ikut kemampuan. Kalau tak mampu, ikut harga perak.
Ini contoh ye.
0.99g x RM215/g (harga persatuan emas)= RM212.85.
Kalau nak sedekah RM215 pun boleh jugak. Seikhlas hati.
Cara Nak Kumpul Rambut Baby Semasa Cukur;
Ketiga-tiga anak memang cukur pada hari ke-7. Tak panggil orang ramai pun. Husband yang cukur especially Rayyan & BabyR. Balik kerja terus cukur. Sebagai isteri, kena ingatkan suami.
1. Ambil 1 bekas berisi air suam
2. Basahkan kepala baby dan gunakan sedikit syampoo rambut baby.
3. Guna pisau cukur gillette je or mana-mana yang ada. Pastikan baru.
4. Setiap kali cukur, celupkan pencukur dalam bekas berisi air tadi. Pastikan semua rambut yang dicukur dimasukkan dalam bekas tersebut.
5. Selesai cukur, letakkan sehelai tisu di dalam penapis air. Tapiskan air & rambut dalam bekas tadi.
6. Biarkan penapis tersebut kering dihembus angin pada suhu bilik sahaja. Jangan la jemur kat luar rumah kang tinggal penapis je . Dah kering, boleh angkat je tisu dan rambut yang tertapis dan lipat rapi masuk bekas or sampul angpaw.
7. Bawa ke kedai emas untuk ditimbang. Atau timbang je sendiri kalau ada penimbang emas.
Ini je la pengalaman sendiri. Atas nasihat UAI.
Semoga bermanfaat! Kongsikan juga pada yang lain terutama pada mak ayah yang baru menerima kelahiran baby dalam rumah.
Betul ke, telinga lelaki pekak sebelah? Lebih-lebih lagi bila dia menonton televisyen. Kalau boleh waktu tu jangan ditegur, mahunya tak dilayan.
Rupanya, ada kajian yang mengatakan lelaki pekak sebelah dan dia hanya gunakan satu telinga sahaja.
Berbeza dengan perempuan, dia boleh fokus dan umpama stereo dengan menggunakan kedua-dua belah telinga. Kalau difikir logiknya memang betul juga sebab boleh dikatakan isteri ni mampu buat 2-3 kerja dalam satu masa. Tapi suami…sendiri mahu ingat.
Jadi, isteri jangan nak bazirkan suara dengan menjerit bila suami tengah fokus tengok televisyen ye. Pergilah bercakap dekat dengannya dan pastikan mata bertentang mata. Barulah dia tahu.
Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.
Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan percakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.
Bertabahlah wahai isteri.
Mingguan Wanita : Itulah bezanya lelaki dan perempuan ye!
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, "semua benda tak ingat kecuali Qurannya...". Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan...