Nak bercucuk tanam jangan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Awalnya bukan main beria lagi tapi selepas lihat tanaman tak menjadi, mulalah hilang semangatnya.
Ada juga mak-mak yang nak bercucuk tanam hanya sekerat jalan saja. Baru nak mula tapi barang untuk pertanian tak lengkap. Nak ke nursery pun satu hal. Akhirnya, terbengkalai macam tu.
Walau bagaimanapun, ada juga yang semangat nak bercucuk tanam tapi tak tahu barang apa yang nak digunakan atau perlu ada.
Tak perlu risau, Puan Liyana berkongsi barang-barang yang wajib ada untuk bercucuk tanam di rumah. Boleh kongsi cara beliau, barulah pokok menjadi dan hidup subur.
Barang-barang pertanian yang wajib ada di rumah saya. Setipa fungsi sesuai untuk bercucuk tanam. Boleh juga dapatkan barang ini di Shopee. Moga bermanfaat.
1. Barang pertanian untuk rawat tanah iaitu dolomite atau kapur pertanian. Saya gunakan dolomite apabila tanah jadi terlalu masam @ berasid. Dolomite dapat membaik pulih struktur tanah dan dapat mengelakkan daripada penyakit bawaan tanah terutamanya ulat-ulat halus. Ambil satu sudu makan dolomite dan tabur gaulkan di dalam tanah. Pokok akan kurang berpenyakit. Harganya x mahal. Anggaran RM4-6/1kg.
2. Ini epsom salt. Ianya seperti biji-biji kristal. Ia bukan ajinomoto atau garam ye. Saya hanya guna sekali sekala bila perlu terutamanya untuk pokok jenis berbuah. Epsom salt juga boleh merawat tanah, memperbaik struktur tanah, memaniskan buah, melebatkan buah dan mencantikkan daun. Daun kurang melecur jika guna ES ni.
3. Wajib ada. Baja kopi untuk semua jenis sayur berdaun dan berbuah. Fungsinya untuk melebatkan buah, mengilatkan daun serta memperbanyak bunga. Baja kopi juga akan mmbuatkan pokok-pokok kelihatan sangat subur. Guna 7-10 hari sekali.
4. Cuka kayu original.Tak pernah putus. Mesti ada sebagi kawalan serangga perosak. Saya beli di Shopee. Sukatannya ialah 5ml+1L air biasa. Sembur 2 @ 3 kali seminggu selepas jam 6 petang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Selalunya, bila membuat air teh, uncangnya akan terus di buang. Maklumlah sudah tidak boleh digunakan dan sudah hilang kepekatannya.
Walau bagaimanapun, ada juga yang tahu serbuk teh terpakai ini boleh digunakan untuk suburkan tanaman. Kalau dahulu, ada juga yang guna untuk lembutkan tangan dengan menggunakan hampas teh. Betul tak?
Sebenarnya, ada beberapa faedah lain yang boleh digunapakai dengan bahan ini. Mungkin ramai yang tidak tahu. Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang petua menggunakan bahan terpakai ini.
Lepas buat teh, jangan terus buang uncang. Ada tip kecantikan yang hanya menggunakan teh uncang saja. Senang sangat caranya.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mungkin untuk petua kecantikan boleh guna cara ini. Untuk tanaman pula ada caranya tersendiri. Boleh cuba dan amalkan untuk kecantikan semulajadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Biasanya bila banyak gajet dan peralatan elektrik di rumah, makin banyak lah wayar kabel yang digunakan. Bila dah banyak, memang penuh laci dengan wayar berselirat. Nak ambil kabel mana nak gunakan pun susah, kena cari dan pilih satu persatu.
Menerusi perkongsian #kemasrumahwithhani: Pengurusan Kabel oleh Dr Hani Mynis ada cara mudah untuk pengurusan kabel ini. Bila kemas kabel macam ni senang nak ambil, lebih tersusun dan tak makan masa yang lama pun. 15 minit dah siap.
Dah lama tak kongsi #tutorialhani kan? So dalam post ini hani kongsi kan langkah demi langkah projek kemas rumah mini hani. Kiranya dalam projek mini macam ni 15 minit boleh siap. Simple-simple sahaja tapi beri impak yang besar dalam pengurusan rumah kita.
Siapa yang di rumah dia ada laci keadaan macam dalam gambar pertama ni. Gigih sangat hani menyepahkan ruang untuk buat tutorial ni taw haha siapa bersalah ada laci penuh dengan wayar macam ni baik ngaku. Hahaha rasa nya masalah ni common kot kat kebanyakan rumah. Satu laci penuh dengan wayar segala jenis kabel, charger, usb cord, plug, ear phone, power bank.
Bila nak guna mula lah stress bila wayar-wayar tu berselirat melekat antara satu sama lain. Benda nak cepat jadi lambat. Kalau hani memang kurang kesabaran kalau jadi macam ni kalau time nak cepat. Hehe so penyelesaian paling bagus : kita organise benda alah tu. Nak ambil nanti senang je.
Jom tengok langkah demi langkah pada setiap gambar. Langkah demi langkah ni secara umumnya sama sahaja bila kita nak kemas sesuatu ruang. Ulang langkah yang sama.
Hani kongsikan sekali barang yang hani guna untuk penstoran kabel-kabel untuk rujukan. Feel free to ask anything ya.
Semoga bermanfaat.
SEBELUM
Siapa bersalah ada laci serupa gini kat rumah dia hehe jangan risau ni memang normal. Kita tak peruntukan masa untuk uruskan dia mmg jadi gini hehe hani buat ni 15 minit je. 15 minit of hardwork, seumur hidup bahagia bila dah ada sistem.
SELEPAS
Nak amik mudah, tak perlu mencari cari. Tak perlu betulkan wayar berselirat time tu jugak nak guna. Kalau seisi keluarga nak cari pun senang. Tak payah kita buka kaunter pertanyaan. Ada berlabel siap hehe
Keluarkan semua harta karun. Kosongkan laci. Mesti kena keluarkan semua. Longgokan kat satu tempat. Dalam langkah pertama ni selalunya ada dua cara iaitu
1. Keluarkan semua dulu. Longgok satu tempat. (Hani guna cara ini).
2. Keluarkan satu-satu. Sambil keluarkan sambil sorting (asingkan). Ini selalu hani guna kalau kemas baju , buku, peralatan dapur. Lebih praktikal cara ini. Lagi cepat.
Untuk uruskan kabel-kabel wayar ni hani guna cara 1 sebab lebih praktikal. Lambat nak keluarkan satu satu dengan wayar berselirat bagai haha
Baru sorting ikut kategori. Longgokan besar tadi kita pecahkan kepada longgokan kecil mengikut kategori. Kita deal ikut kategori.
Contoh hani buat kategori pertama dulu iaitu EARPHONE. Masa ni hani buat proses sisihan iaitu hani asingkan mana yang masih elok mana yang sudah rosak. Kena test satu-satu earphone.
Dah berjaya asingkan yang rosak dan yang masih elok. Yang rosak boleh terus buang.
Sekarang kita uruskan wayar2 kabel2 yang kita dah leraikan satu-satu tadi supaya dia tak berselirat balik antara satu sama lain. Hani guna Velcro tape ni je. Hani suka yang ni sebab panjang nya kita boleh adjust. Just potong ikut keperluan. Ada hani kongsi screenshot shopee. Scroll smpi habis post ya.
Potong lah kepada beberapa keping.
Ha kan kemas tu.
Sekarang hani nak buat proses SUSUN ATUR pula. Bagi hani langkah ni paling tricky. Pemilihan bekas penstoran sangat penting. Dari segi saiz, bentuk, warna, praktikaliti. Kalau style hani memang hani ukur sebelum beli. Hani guna teknik template surat khabar yang hani dah pernah share dulu. Supaya dapat bekas yang ngam ngam dengan ruang. Hani guna bekas untuk simpan cabel dari Shopee. Hani ada kongsi screenshot juga dalam post ni. Scroll sampai habis ya. Yang bekas ala2 akrilik tu beli di ECO sahaja. RM2.10.
Masuk kan kabel yang kita dah ikat kemas dalam bekas yang kita dah pilih tadi. Hani suka bekas ni sebab penutupnya attach dengan bekas. So kes nak hilang penutup jadi kurang hahaha
Micro charger
Masih dalam proses susun atur iaitu melabel. Melabel ni langkah paling akhir dan paling penting dalam proses susun atur. Kalau tak label boleh dikatakan proses susun atur yang kita buat dari awal tadi sia-sia. So pastikan label ya. Kalau tak label mcm kita sediakan rumah tapi tak ada alamat. Susah nak maintain sistem susun atur yg kita dah buat.
Hani guna label maker niimbot model B21. Ni baby baru hani. Hahaha untuk label addict macam hani disarankan beli. Sticker saiz 50×15.
Sekarang kita nak susun balik bekas penstoran dalam rumahnya kan? Tadi kita dah keluarkan semua barang dalam laci ni. So mesti ada habuk-habuk yang tinggal. Kena bersih laci. Ini Step pembersihan.
Nak membersih hani buat wet cleaning atau lap basah dulu. Untuk hilangkan kotoran dan tarik habuk2 dalam laci. Guna furniture wipes dari Eco je. Kalau perabot jenis melamine board, keberangkalian ada kulat sangat tinggi. Tips hani titiskan sikit minyak (essential oil/zaiton/baby oil/minyak masak). Dan lap permukaan. Buat lepas dah bersihkan secara wet cleaning.
Lepas buat lap basah mesti kena lap kering. Step ni ramai yang terlepas pandang. Untuk elakkan habuk senang berkumpul semula selepas kita dah lap. Permukaan basah lagi senang tarik habuk dari permukaan kering. Lagi satu untuk elakkan cepat tumbuh kulat pada permukaan perabot. Hani guna microfiber cloth untuk lap kering. Dah siap baru susun semula bekas penstoran dalam laci ni.
Close up label untuk kabel-kabel sebagai rujukan.
Usb charger empat jenis kategori kat rumah hani
Micro
ios
Type C
ios-type c
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada masalah wayar kabel berselirat penuh dalam laci tu, boleh ikut cara pengurusan kabel yang dikongsikan ini. 15 minit siap, lebih tersusun dan mudah nak ambil.
Rupanya panaskan beras dalam oven sekejap merupakan antara cara paling mudah untuk bersihkan kutu dan bubuknya. Bukan apa, beras jika dibiarkan lama memang boleh mengundang ‘kutu’ beras dan berhabuk. Nak dibuang beras ni memang sayang, apatah lagi memang masih elok, cuma kena rajin untuk membersihkannya semula.
Boleh cuba tip berguna dan cara paling mudah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nurhasanah Harun ini.
6 bulan tinggal rumah, beras pun bubuk dah berkampung. Sayang nak buang sebab elok lagi. Cara saya tak jemur sebab saya malas keluar rumah, lagipun sekarang cuaca hujan kan.
Panaskan oven sekejap, masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul-betul panas semua beras tu. Mati la bubuk sekali ulat-ulat dia.
Kalau takde oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali sekejap ja agak-agak panas. Jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak.
Macam mana nak tau beras masih elok?
Cuba basuh beras kalau tiada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok. Kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu, dalam dia ada ulat bubuk.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu dan bubuk beras di rumah. Jangan terburu-buru buang, cuba bersihkan ikut tip yang dikongsikan ini dahulu.
Bertukar nyawa, niat murni seorang abang selamatkan adik daripada dihanyutkan arus deras berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia ditemukan lemas dalam kejadian di Taman Ayer Keroh Heights.