Nahas UPSI, ibu pelajar cedera alami komplikasi buah pinggang tahap lima. Di sebalik insiden menyayat hati melibatkan kemalangan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut banyak nyawa dan mencederakan puluhan yang lain, terselit kisah duka seorang penuntut, Tuan Muhammad Adham Tuan Adnan, 21 tahun, yang berhadapan dengan ujian berganda.

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Enam

Bukan sahaja mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu, malah sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan pada tangan kirinya, Tuan Muhammad Adham menerima berita bahawa ibunya pula terpaksa dimasukkan ke hospital. Kedua-dua ibu bapanya pula merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

 

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

 

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

Ibunya, Zunidah Ibrahim, 51, dimasukkan ke Hospital Besut pada 13 Jun lalu selepas mengalami komplikasi buah pinggang tahap enam, penyakit yang mula dikesan sejak tahun 2024. Beliau juga menghidap darah tinggi serta diabetes, menjadikan keadaannya lebih meruncing.

“Ketika saya baru selesai menjalani pembedahan di Hospital Taiping untuk memasukkan besi ke tangan kiri yang patah, dalam perjalanan balik ke kampung, abang saya maklumkan ibu telah dimasukkan ke hospital. Masa tu hati rasa gelisah sangat. Saya hanya fikir nak cepat sampai rumah dan lihat keadaan ibu,” kata Adham ketika ditemui di Kampung Alor Keladi, Besut.

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

Ads

Adham, anak bongsu daripada tiga beradik, mengalami kecederaan serius dengan 24 jahitan pada tangan kirinya. Jahitan itu dijangka dibuka pada 25 Jun ini. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, beliau tetap berusaha melawat ibunya di hospital setiap kali mendapatkan rawatan susulan di Klinik Jerteh.

Lebih menyedihkan, bapanya, Tuan Adnan Nik Him, 60, turut mengalami kecacatan fizikal pada kaki dan kini menghadapi masalah penglihatan akibat katarak yang dialami sejak dua tahun lalu. Menurutnya, keadaannya kini sangat terbatas, malah beliau memerlukan bantuan adiknya untuk ke Perak selepas mendapat berita kemalangan anaknya.

“Saya ada masalah penglihatan, hampir tak nampak langsung, dan saya juga sukar bergerak. Bila dapat tahu Adham terlibat dalam kemalangan, saya hanya mampu berserah dan berdoa agar semuanya selamat. Ketika itu, hanya bapa saudaranya sahaja yang berada di Hospital Taiping untuk urusan kecemasan,” ujar Tuan Adnan.

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

Tuan Adli Nik Him, 42, iaitu bapa saudara Adham, memaklumkan bahawa kedua ibu bapa mangsa memiliki kad OKU dan menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Abangnya, kata beliau, bukan buta sejak lahir, tetapi penglihatannya semakin kabur akibat katarak yang tidak dibedah. Ibunya pula mengalami kecacatan pada bahagian mulut, menyebabkan pertuturannya agak sukar difahami.

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

Ads

“Walaupun mereka diuji dengan masalah kesihatan dan hidup dalam serba kekurangan, anak-anak mereka semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti,” kata Tuan Adli. Menurutnya lagi, anak sulung keluarga itu sedang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), manakala anak kedua sedang menjalani latihan industri di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tragedi yang berlaku pada 9 Jun lalu menyaksikan 15 pelajar UPSI terkorban manakala 33 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

Nahas UPSI, Ibu Pelajar Cedera Alami Komplikasi Buah Pinggang Tahap Lima

Tiga rakan Adham turut terkorban dalam kejadian tersebut, iaitu Allahyarham Muhammad Adib Hazim Halim, Nurul Fatihah Abu Setaman, dan Nurul Izyanti Muhamad Azahar.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sumbangan atau pertanyaan boleh disalurkan dengan menghubungi Tuan Adli di talian 013-9757896. Bantuan anda amat dihargai bagi meringankan beban sebuah keluarga yang sedang berjuang dalam kepayahan.

Ads

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Nahas Pelajar UPSI, Nur Ain Najwa Tak Boleh Tengok Bas, Dengar Bunyi Enjin Dari Jalan Raya Pun Boleh Buat Sesak Dada

Nahas Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Alami Kecederaan Di Bahagian Pinggang

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI