
Isi Kandungan
ToggleMak-mak naik pening bila memikirkan idea menu masakan untuk famili. Petang-petang begini, sambil scroll laman sosial, tiba-tiba muncul gambar kacang tanah.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi resepi Kacang Goreng Pedas, memang terliur dibuatnya.
Berebut Anak-Anak Makan
Memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada saja di dapur, jadi mak-mak bolehlah terus ke dapur dan sediakan menu kudapan ini. Memang berebut anak-anak makan sambil menonton TV.
Resipi ini memang mudah dan sedap. Cuma sediakan kacang tanah, telur dan tepung bestari. Selamat mencuba gais!
Kacang Goreng Pedas (Resipi Asal)
Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan)
1 biji telur
1 cawan tepung Bestari pedas



Cara Membuat:
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata.
3. Panaskan minyak.
4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja.
5.Kacau-kacau supaya masak sekata dan tidak hangus.
6. Angkat dan toskan minyak.
7 Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.

#kacanggorengpedas
#gunaapayangadajer
Sumber Foto: Terima Kasih Akmar MW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Cara Simpan Stok Cili Tahan Berbulan, Kata Lelaki Ini Bukan Takat Jimat Belanja Dapur, Buat Niaga Pun Boleh

Isi Kandungan
TogglePetua simpan stok cili sampai tahan berbulan-bulan ini dikongsikan oleh Syam Rahman. Apabila pokok cili yang ditanam di rumahnya berbuah lebat. Tiga cara ini dah menjadi amalannya sejak dulu sampai sekarang.
“Alhamdulillah, tanaman yang saya tanam dapat saya manfaatkan sepenuhnya.” Katanya yang berkongsi catatan petua dengan warga Group Kebun Kampung -Tanam, Teknik, Sendiri (KGTTS).
Memandangkan pokok-pokok cilinya berbuah lebat dan ranum, Syam gunakan tiga teknik ini untuk kekalkan hasil cili bagi sentiasa ada dan stok tak putus. Tambah beliau, kalau mak-mak tak nak guna cili yang ranum, iaitu cili yang masih hijau pun boleh. Cuma warna stok cili tu tak merahlah. Dia jadi kurang menarik.
“Kadang-kadang cili yang telah masak, kita tak tahu nak buat apa. Sebenarnya kita boleh dapatkan 3 produk yang boleh kita pasarkan.
1. Produk pertama ialah buatkan sampai jadi cili kering.
2. Produk kedua jadikan dalam bentuk cili flakes
3. Produk ketiga, mak-mak boleh jadikan pes cili.
“Harga cili flakes di pasaran ialah dalam RM10 untuk 200 gram. Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita dapat menampung perbelanjaan dapur.
Cara Buat Cili Kering
Basuh bersih cili segar. Kering dengan cara menjemur atau vacum. Jika nak lebih bagus, keringkan menggunakan suhu bilik. Lepas ricih boleh letak dalam bilik.
Buat Cili Flakes Dengan Cara Ini
Jika nak jadikan cili flakes atau empingan cili. Caranya kisar cili yang telah dikeringkan. Letakkan sedikit garam. Kalau nak ada perisa, letak sedikit chicken powder. mak-mak boleh guna chicken powder jenis serbuk.
Ini Pula Cara Buat Pes Cili
Cili yang segar itu dibasuh dan keringkan. Bila dah kering baru kisar. Letak sedikit air dan garam. Nak bagi tahan lama, cili yang dah siap kisar tu panaskan dalam minyak yang panas dalam periuk. Agak-agak dah 25 minit boleh matikan api. Selalu kacau, biar tak berkerak. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
Cara Selamat Guna Cili Yang Beli Di Pasar
Petua buat cili flakes itu mendapat komen sokongan daripada warga KGTTS, Bakh Ibrahim. Katanya, “Saya paling suka buat serbuk. Personally jangka hayat serbuk adalah yang lama tahan setakat ini. Kalau simpan dalam freezer, 4 tahun pun masih lagi elok dan tahap kepedasan pun tak hilang.”
Warga KGTTS lain, Eusof Mohd Roslee turut berkongsi cara selamat gunakan cili yang beli di pasar. Katanya, “Kepada yang membeli cili di pasar, sila rendam cili dalam air basuhan beras yang kita guna untuk tanak nasi paling kurang 1 jam.”

“Tujuannya untuk meneutralkan bahan kimia yang ada padanya. Pastikan didahului bismillah dan selawat. Petua ini dari arwah abang saudara saya yang bekerja dengan cina tokey kebun cili puluhan tahun.”
Walau bagaimanapun, jika mak-mak tanam sendiri cili di rumah, boleh basuh tanpa merendam. Syaratnya, baja yang digunakan organik dan tak berunsurkan sebatian kimia. Baja organik ini termasuklah baja tahi ayam.
Petua Buat Serbuk Serai
Untuk pengetahuan mak-mak, serai segar yang ada dekat pokok itu, kalau dibasuh bersih. kemudian diricih halus dan keringkan atau vacum. Bila dah kering, mak-mak kisarlah untuk dijadikan serbuk. Haa.. nanti bila nak masak bolehlah guna untuk perap ayam.
Cara ini lebih jimat dan bahan dapur lebih tahan lama. Kalau tiba-tiba tengah-tengah malam nak pakai serai dan serai tak ada di rumah, boleh saja gunakan serbuk serai yang mak-mak buat sendiri itu. Simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Sumber/Foto : Syam Rahman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mentega Kacang Homemade Versi Sihat, Guna Tiga Bahan Je!

Isi Kandungan
ToggleMentega kacang atau peanut butter menjadi kesukaan sekeluarga termasuk anak-anak. Banyak rumah yang mempunyai stok mentega kacang di dumah mereka. Hanya perlu sapu pada roti dan makan. Memang sedap!
Wanita ini #AinSheCook berkongsi cara-cara membuat mentega kacang home made hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu kacang, madu dan minyak. Ringkas dan senang sangat membuatnya. Jadi, musim PKP ni, tak perlulah keluar rumah untuk beli mentega kacang. Buat je sendiri di rumah. Bahan yang digunakan juga tak banyak. Bajet pun tak besar.
Menurut Ain, mentega kacang ini versi diet sihat, Korang boleh tambah sendiri bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing ye. Sangat mudah resipi yang dikongsikan ini, Insya-Allah semua orang pun boleh buat, asalkan ada keinginan dan sedikit kerajinan gitu. Jom kita!
RESIPI MENTEGA KACANG HOMEMADE
Bahan-bahan:
1 mangkuk kacang tanah (lebih kurang 300 gram)
** Ain guna kacang tanah putih tanpa kulit, ada yang panggil kacang shandong. Guna kacang tanah yang biasa pun boleh. Cuma perlu buang kulitnya nanti.
2-3 sudu besar madu
**Nak tukar gula atau stevia pun boleh. Ikut selera.
1 sudu besar minyak/Minyak zaitun/minyak sayuran/minyak masak. Boleh guna saja mana-mana yang ada di rumah ya.
Cara Membuat:
Cuci bersih kacang dan tos kering. Kemudian sangai/goreng tanpa minyak sehingga kacang bertukar warna perang dan masak sepenuhnya. Boleh juga guna oven, suhu 180° selama 15 minit. *Bergantung kepada oven masing-masing juga. Setelah masak biarkan sejuk dulu. Jika guna kacang tanah biasa, pastikan buang kulitnya.
Masukkan kacang tadi bersama madu dan minyak ke dalam pengisar kering atau ‘food processor’. Kemudian kisar sehingga dapat tekstur yang diinginkan. Bergantung kepada selera masing-masing. Lagi lama kisar, lagi smooth atau cair teksturnya.

*Kacang pun akan keluarkan minyaknya apabila dikisar lama. Jadi tak letak minyak pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing.
Okay siap. Isi dalam bekas kaca yang sesuai. Bolehlah dijadikan stok kudapan pagi dan petang. Memang lemak berkrim! Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Santan Segar, Dijamin Bersih & Tahan Lama Disejuk Beku!

Isi Kandungan
ToggleSenang sahaja hendak buat sendiri santan segar. Paling penting ia dijamin bersih. Jika tak mahu diguna segera boleh juga disejuk beku di dalam freezer.
Ikut Cara Buat Sendiri Stok Santan Segar Yang Dikongsi Oleh Afy AL Habibi.
Stok Santan Segar
Cara Buat
1-Cikgu buat kelapa parut untuk 2 biji. Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik. Tipsnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.
2-Haa jangan susah-susah nak ramas dengan tangan. Jangan bazir tenaga. Penat tau nak buat. Cikgu dah pernah kena. Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut. Kisarlah beberapa kali secara on off.
3-Haa nampak penapis besi tu?Cikgu panggil penapis santan. Sediakan juga besen kecil. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.
4-Okay inilah tips yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar.Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti. Cuma ikut sahaja.
Artikel berkaitan:
Sambal Ayam Penyet ‘Ngosek’, Rasanya Tak Pedas Sangat, Senang Buat
Nak Kulit Kuih Ketayap Cantik, Tak Melekat Pada Kuali, Cubalah Cara Ini!
5-Ini hampas kelapa selepas santan diperah. Orang dulu kalau masak dia tak suka tambah air. Nak cairkan kuah mereka akan masukkan juga dari tambahan santan cair. Iaitu ramasan dari kali kedua atau ketiga santan. Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?
Ini Lagi Cara Buat
6- Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah.Ngam-ngam pekat dan cairnya.

7-Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan. Boleh buat dua tiga kali.
8- Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik.
9-Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer. Jimat duit kan. Takdalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.
Selamat mencuba.
Sumber: Afy AL Habibi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI