3 Cara Simpan Stok Cili Tahan Berbulan, Kata Lelaki Ini Bukan Takat Jimat Belanja Dapur, Buat Niaga Pun Boleh

Petua simpan stok cili sampai tahan berbulan-bulan ini dikongsikan oleh Syam Rahman. Apabila pokok cili yang ditanam di rumahnya berbuah lebat. Tiga cara ini dah menjadi amalannya sejak dulu sampai sekarang.

Alhamdulillah, tanaman yang saya tanam dapat saya manfaatkan sepenuhnya.” Katanya yang berkongsi catatan petua dengan warga Group Kebun Kampung -Tanam, Teknik, Sendiri (KGTTS).

Memandangkan pokok-pokok cilinya berbuah lebat dan ranum, Syam gunakan tiga teknik ini untuk kekalkan hasil cili bagi sentiasa ada dan stok tak putus. Tambah beliau, kalau mak-mak tak nak guna cili yang ranum, iaitu cili yang masih hijau pun boleh. Cuma warna stok cili tu tak merahlah. Dia jadi kurang menarik.

 

 

Kadang-kadang cili yang telah masak, kita tak tahu nak buat apa. Sebenarnya kita boleh dapatkan 3 produk yang boleh kita pasarkan.

IKLAN

1. Produk pertama ialah buatkan sampai jadi cili kering.

2. Produk kedua jadikan dalam bentuk cili flakes

3. Produk ketiga, mak-mak boleh jadikan pes cili.

Harga cili flakes di pasaran ialah dalam RM10 untuk 200 gram. Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita dapat menampung perbelanjaan dapur.

Cara Buat Cili Kering

Basuh bersih cili segar. Kering dengan cara menjemur atau vacum. Jika nak lebih bagus, keringkan menggunakan suhu bilik. Lepas ricih boleh letak dalam bilik.

Buat Cili Flakes Dengan Cara Ini

Jika nak jadikan cili flakes atau empingan cili. Caranya kisar cili yang telah dikeringkan. Letakkan sedikit garam. Kalau nak ada perisa, letak sedikit chicken powder. mak-mak boleh guna chicken powder jenis serbuk.

Ini Pula Cara Buat Pes Cili

Cili yang segar itu dibasuh dan keringkan. Bila dah kering baru kisar. Letak sedikit air dan garam. Nak bagi tahan lama, cili yang dah siap kisar tu panaskan dalam minyak yang panas dalam periuk. Agak-agak dah 25 minit boleh matikan api. Selalu kacau, biar tak berkerak. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.

IKLAN

 

Cara Selamat Guna Cili Yang Beli Di Pasar

Petua buat cili flakes itu mendapat komen sokongan daripada warga KGTTS, Bakh Ibrahim. Katanya, “Saya paling suka buat serbuk. Personally jangka hayat serbuk adalah yang lama tahan setakat ini. Kalau simpan dalam freezer, 4 tahun pun masih lagi elok dan tahap kepedasan pun tak hilang.”

Warga KGTTS lain, Eusof Mohd Roslee turut berkongsi cara selamat gunakan cili yang beli di pasar. Katanya, “Kepada yang membeli cili di pasar, sila rendam cili dalam air basuhan beras yang kita guna untuk tanak nasi paling kurang 1 jam.”

Tujuannya untuk meneutralkan bahan kimia yang ada padanya. Pastikan didahului bismillah dan selawat. Petua ini dari arwah abang saudara saya yang bekerja dengan cina tokey kebun cili puluhan tahun.”

IKLAN

Walau bagaimanapun, jika mak-mak tanam sendiri cili di rumah, boleh basuh tanpa merendam. Syaratnya, baja yang digunakan organik dan tak berunsurkan sebatian kimia. Baja organik ini termasuklah baja tahi ayam.

 

Petua Buat Serbuk Serai

Untuk pengetahuan mak-mak, serai segar yang ada dekat pokok itu, kalau dibasuh bersih. kemudian diricih halus dan keringkan atau vacum. Bila dah kering, mak-mak kisarlah untuk dijadikan serbuk. Haa.. nanti bila nak masak bolehlah guna untuk perap ayam.

Cara ini lebih jimat dan bahan dapur lebih tahan lama. Kalau tiba-tiba tengah-tengah malam nak pakai serai dan serai tak ada di rumah, boleh saja gunakan serbuk serai yang mak-mak buat sendiri itu. Simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Sumber/Foto : Syam Rahman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI