Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, sakit di kawasan peranakan malah boleh mengalami tumpah darah akibat bentan.
Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Sebenarnya ada beberapa jenis bentan selepas bersalin. Kalau ibu tidak benar-benar menjaga diri ketika tempoh rawatan semasa berpantang, katanya ibu berisiko untuk mengalami bentan. Bentan bukan sahaja dialami semasa dalam pantang. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.
Namun sejauh mana masalah bentan ini boleh berlaku dan betul ke kalau pesakit yang melanggar pantang akan menerima nasib tersebut?
Aku rujuk Kamus Dewan, erti nya ” berbalik semula sakitnya bila mula hampir sembuh”.
Ads
Masyarakat kita dengan bentan, tak dapat dipisahkan. Lepas sunat, jangan minum air banyak nanti bentan. Lepas bersalin, jangan minum air banyak nanti bentan.
Dan hari ni, seorang gadis usia 22 tahun datang bersama ibunya, mengadu demam demam. Gadis ni jatuh motor 2 minggu lepas. Ibunya kata ” tu la bentan ni doktor.. bentan lepas jatuh motor terus demam pulak”
Aku minta kebenaran nak check luka-luka yang ada sebab jatuh motor tu. Luka tempat lain semua dah OK, kecuali luka di lutut kanan nya (lebih kurang mcm gambar tu) yg bengkak, kulit sekitar luka yang kemerahan, bila di rasa ia panas. Dan gadis ni kata lukanya masih keluar cecair.
Ads
Sah ini luka yg dijangkiti kuman ( infected wound).
Fahami Istilah Bentan
Aku terangkan pada makcik & gadis tu, “bentan” yang disangka punca demam, punca kaki masih sakit walau dah 2 minggu accident ialah sebenarnya infected wound. Sebelum ni, makcik tu dah puas urut kaki anaknya utk ” kurangkan bentan”, tapi tiada perubahan.
Jadi, hati hati bila guna terminologi bentan ni. Eloknya takyah guna pun takpe.
Ads
BENTAN dalam cerita gadis ni ialah sebenarnya luka yang dijangkiti. So perlu rawatan antibiotik.
BENTAN dalam cerita budak lepas sunat / wanita lepas bersalin, ialah normal physiology reaksi kulit, tissue dan badan pada potongan/luka, maka BENGKAK sikit pada kawasan terbabit adalah normal, tiada kena mengena dengan lebih minum air atau tak berurut atau salah makan.
Lepas pembedahan umpamanya, memang kawasan yang dijahit akan bengkak sikit (selagi tiada tanda infection seperti bengkak yang besar warna merah, panas, sakit berdenyut, ada discharge or berbau busuk).
Kesimpulannya…
Moralnya, kalau lepas surgery / jatuh motor / etc, tak perlu nak kurang minum air, pantang telur dan kicap, gigih pergi berurut. Makan ubat yang doktor bagi, makan makanan berkhasiat, tak perlu ambil produk jus ke hape, tinggikan bahagian yang bengkak (jika berkenaan), mobilise yakni kerap bergerak untuk better circulation.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hati kadang tertanya-tanya selamat ke tauhu yang dibeli di kedai. Kita pun tak tahu sejauh mana kebersihan dan cara penyediaannya. Lebih baik buat tauhu homemade di rumah sendirikan.
Rupanya buat tauhu ini tidaklah gunakan bahan yang banyak pun. Cuma kacang soya, air dan cuka, Kalau mak-mak masih beri alasan, macam mana nak jadi ibu yang hebat ya tak.
Jom belajar buat tauhu homemade seperti yang diajarkan oleh Mimi Ly.
“Bila semua nak buat sendiri, macam ni lah jadinya. Kali ke dua buat tauhu homemade. Resepi ada pada setiap gambar ya. Saya dah up ni, tak sangka pula ramai yang nak. Lebih kurang saya minta maaf ya.
“Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak mencubanya. Insyaallah.” Jelas Mimi yang memaklumkan lain orang lain cara pembuatannya.
Bahan-bahan Buat Tauhu Home Made
1 kilo kacang soya
Cuka makan
2 helai kain napkin yang bersih
2 bekas plastik sama saiz
Jika sukakan kacang soya organik, bolehlah dapatkan bahan-bahan organik lain di Love Earth :
Caranya Mimi Tunjuk Bawah Ini
Sediakan 2 kain napkin anak yang bersih. Yang ni masih baru tak pakai lagi.
Bekas penapis ni saya beli kat kedai RM2 saja. Beli 2 bekas satu untuk bawah satu untuk atas ya. Usahakan bekas yang sama. Biar senang nak tekan tauhu tu nanti. Atau ikutlah bekas apa yang korang nak. Janji yang bawah tu ada lubang dan bekas atas dan bawah sama besarnya.
Rendam 1 kilo kacang soya semalaman. Kalau buat 500 gram sikit sangat jadinya. Nanti tak berbaloi buat penat aje kan. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya. Saya guna cawan metrix ya.
Caranya: Kisar kacang soya dengan air paip. Perbandingan untuk sekali kisar. Sukatannya: 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Lepas dikisar, sekali sahaja tak mahu dua kali ya. Hampasnya boleh buat cekodok ke apa ke ikut suka!
Kemudian tapis dengan kain napkin tu. bawahnya letak bekas untuk tampung air. Kasi perah sama dia elok-elok. Buat sampai habis.
Masukkan dalam periuk besar air tapisan tadi. Hampasnya kita buang. Kacau sentiasa biar sampai keluar bau dia dan berasap-asap. Ingat masa ni kacau terus tak nak bagi dia pecah. Tunggu 5 minit lagi baru tutup api. Tunggu 5 minit lagi bagi dia suam sikit.
Baru tapis sekali lagi untuk kali kedua. Ini bagi mengelakkan daripada hampas-hampas yang tersisa tadi. Baru tauhu homemade kita cantik, lembut jer.
Lepas ditapis tadi letak dalam bekas yang bersesuaian. Biar lagi 5 minit baru masukkan 10 sudu besar cuka makan. Kacau lagi sekejap dan biarkan tunggu dia menjadi ketulan-ketulan dalam 15@20 minit macam tu.
Kalau Tak Nak Guna Cuka : Boleh Letak GDL (serbuk tao fa). Beli kat kedai bakery pun boleh. Untuk gantikan cuka makan tadi. Sukatannya:
√ 60 gram air suam
√ 30 gram GDL kacau sebati dengan air suam tadi. Baru campur sekali dengan air tauhu kita.
Pilih antara satu yang ada kat rumah atau yang anda suka. Nak cuka makan saja atau GDL tu! sila hadam baik-baik, Jangan letak pulak dua-dua sekali.
Ni semua untuk 1 kilo kacang soya. Kalau korang nak buat 500 gram kacang soya sila bagi dua jumlah cuka atau GDLnya. Faham ya semua.
Siapkan bekas tapis tadi. Letakkan lagi kain napkin. Bawah tapis ni saya letak lagi rak. Biar senang air lebihan tahu tu menitis ke bawah.
Baru masukkan bancuhan yang dah menjadi ketul-ketul tadi.
Terus tutup dia kasi elok-elok. Buang sisa air yang ada dan mampatkan tauhu homemade kita.
Kemudian timpa dengan bekas yang sama besar dengan yang di bawah tadi. Letak pemberat apa pun yang ada kat rumah. Saya guna batu konkrit.. hahaha..
Tunggulah sampai dia betul-betul sejuk dan bila dibuka kain dia tak melekat. Nak letak bekas macam mana pun boleh. Janji bekas yang di bawah tu ada penapisnya macam dalam gambar.
Tu diaa.. tauhu homemade kita. Alhamdulillah puas hati buat sendiri. Dah siap macam ni simpanlah dalam peti ais bahagian bawah bukan yang beku. Atau jangan simpan kat suhu bilik bilik. Nanti cepat rosak.
Letak 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu homemade kita. Dah pon siap.
Bila nak masak, bolehlah potong dengan pisau ye.
Petua Dapur, Buang Bau Cili Pada Pengisar
Petua ini tak ikut sekali dalam resepi cuma nak bagi petua yang biasa saya buat saja. Untuk hilangkan bau dalam mesin pengisar cili ni. Kita rendam dulu dengan kopi dan air panas. Jangan minum pula ya. Hehe.. Kemudian, kisarlah untuk buang bau cili dia tu.
Dah tahukan buat tauhu homemade macam mana. Teknik ini hendaklah dibuat ikut stepnya. Selama mana boleh disimpan tak pula dinyatakan, sebabnya sekali buat tauhu ini akan cepat habis. Tapi mak-mak boleh gunakan indicator ini. Jika tauhu dah mula rasa masam, bermakna tauhu itu dah tak baguslah untuk dimakan.
Lupa itu sebenarnya sejenis penyakit. Kalau tak dirawat boleh mengundang kemudaratan pada memori malah anda sendiri. Saranan konsisten membaca al-Quran untuk menghindari penyakit pelupa itu ada benarnya.
Namun, ini antara yang selalu kita dengar dari orang tua-tua kita tentang punca-punca berlakunya penyakit lupa. Kadang itu, muda-muda dalam awal 20-an dah alami masalah lupa ini. Walaupun tiada bukti saintifik, namun ia tetap memberi anda langkah berjaga-jaga.
Fahami dan tak salah mempraktikkannya. Semoga anda dapat menghindarkan diri dari penyakit lupa dan sentiasa mengekalkan memori anda dalam keadaan yang baik sepanjang masa.
Hindari Penyakit Lupa Dengan Tidak..
1. Makan Kepala Ikan
Elakkan makan kepala ikan kerana pada bahagian kepala ikan inilah terkumpulnya toksin.
2. Makan Organ Dalam Binatang
Contoh organ dalaman binatang adalah hati, limpa, jantung, perut dan seumpamanya. Melainkan dengan nasihat doktor untuk tujuan kesihatan.
3. Makan makanan tercemar
Antara makanan tercemar adalah makanan yang dah terdedah dan dihinggapi semut. Ini kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
4. Makan Berlebihan
Tak boleh makan secara berlebihan ia mengundang penyakit mudah lupa. Sebab itu disarankan agar makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
5. Makan Berselang Air
Jangan minum air antara suapan makan. Bermakna selesaikan dulu makan anda barulah minum air. Itupun bukannya minum sampai satu jag besar, tapi berpada-padalah.
Bonus! Wajib Tahu
Hindari Sukan Yang Akibatkan Gegaran
Selain makanan, gegaran pada otak yang kuat dan kerap juga boleh menjad punca anda hadapi penyakit lupa. Terutama gegaran kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan yang melibatkan pukulan kepala juga merbahaya.
Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan menyebabkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘Dopamin’ menjadi berkurangan dalam sel-sel otak. Itulah penyebab daya ingatan dan otot-otot makin kurang bermaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, Ramadan kali ini seperti Ramadan sebelumnya, pelakon Nora Danish khatam Al-Quran, sekali lagi mengulangi kejayaannya pada tahun lalu.
khatam Al-Qurannya tahun ini disudahkan dalam 9 malam terakhir Ramadan bersamaan 22 Ramadan lalu. Bahagia sekali Nora sewaktu berkongsi di laman intagramnya.
Nora Danish Khatam Al-Quran Di Rumah Mak
“Ramadan 22
Alhamdulillah syukur ya Allah #roadtokhatamquran bulan Ramadhan , Allah kabulkan Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Lepas Khatam tadi di rumah Mak Nora, Terus Hujan. Hujan Rahmat Habis doa hujan berhenti. MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua.”
Nora Danish sewaktu khatam Al-Quran buat kali pertama tahun lalu.
Sebelum ini Nora pernah berkongsi kejayaannya khatam Al-Quran buat kali pertama dalam seumur hidupnya. Dan tahun ini sekali lagi, Nora berjaya melakukannya.
Niat Nora Danish Khatam Al-Quran Buat Nedim Menangis
Menerusi temubualnya di Mstar, Nora memaklumkan jika sebelum ini dia khatam Al-Quran berpandukan digital pen. Kali ini, dia akan memanggil ustazah untuk memantau bacaannya agar betul dan jelas.
Niatnya mahu khatam Al-Quran juga mendapat respons yang baik daripada suaminya. Malah, suaminya sebak sehingga menangis. “Tapi tidaklah sampai saya abaikan keluarga,” ujar Nora lagi.
Ibu kepada dua orang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli dan Mohamed Neqayl Nedim ini nampaknya begitu bertuah. Kerana impiannya itu Allah makbulkan dalam 10 malam terakhir umat Islam berlumba-lumba merebut pahala Ramadan sebanyak-banyaknya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...