Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah. Selepas dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan selebriti Pekin Ibrahim, 41, dan isterinya Mona Allen, 37 kelihatan begitu bahagia.
Malah Mona Allen juga kelihatan begitu ayu dengan penampilannya yang kini sudah berhijab.
Sebagai suami Pekin akui dirinya berasa sangat gembira dengan pilihan Mona untuk terus bertudung.
Seperti yang dikongsikan, Pekin bersyukur sejak beberapa bulan lalu isterinya mengenakan hijab. Malah apa yang dilakukan adalah dengan rela hati berharap Mona terus istiqamah.
“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung.
Ads
“Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.
“Saya memang tak pernah gesa isteri untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati.
“Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Perlu Umum Di Media Sosial
Pada masa yang sama, Pekin juga mengingatkan isterinya agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.
“Kalau rela hati pakai tudung itu baguslah.
Ads
“Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial.
“Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.
“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan.
“Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” kongsi ayah kepada Petra Pekin yang kini berusia dua bulan.
Ajal terpisah sesaat, isteri menggigil lihat video suami hampir dihempap lori simen terbabas. Tiada apa yang mendebarkan bagi seorang isteri apabila diberitakan mengalami kemalangan. Lebih lagi jika ia melibatkan kemalangan maut saat keluar mencari rezeki buat keluarga.
Namun selagi belum sampai ajal, setiap kejadian yang terjadi menjadi tanda syukur manusia kepada Allah SWT.
Dalam satu kemalangan semalam melibatkan lori simen terbabas di Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, seorang penunggang motosikal terselamat dan hanya mengalami bengkak dan calar sahaja di saat muatan tangki simen hampir menghempap tubuhnya.
Dalam video yang tular di media sosial berdurasi 14 saat itu, di saat lori simen itu mula terbabas, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Epit dilihat cuba menjauhi lori tangki berkenaan dan alhamdulillah, hanya belakang motosikalnya saja yang terkena.
Namun masa yang sama, walau suami terselamat dari kemalangan ini namun debar seorang isteri itu hanya Allah yang tahu.
Dari satu perkongsian di fbnya, Noor Nazrah menulis :-
“Allahuakhbar gigil satu badan dapat video ni. Nangis depan suami. Teresak-esak cakap Allah sayang kita. Allah bagi peluang pada kita. Allahuakhbar maafkan saya syg. Saya selalu buat salah pada awak, tulisnya sambil menambah penunggang motor yang hampir dihempap itu adalah suaminya.
“Alhamdulillah Allah Maha Baik Allah bagi peluang pd kami semua. Lemah semangat tengok video ni. Terus panas badan macam nak demam,” kongsinya.
Dalam pada itu, Noor Nazrah memaklumkan antara rutin suaminya jika sudah sampai ke tempat kerja akan memaklumkan kepadanya melalui WhatsApp. Tapi bila suami menelefon bukan pada waktunya, hatinya akui sangat berdebar tambahan pula rutin suaminya menunggang motosikal ke tempat kerja. Ini kerana berbagai kejadian boleh menimpa dalam perjalanan.
Alhamdulillah ala kulli hal…
“Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan.”
Setiap pagi kalau dah sampai Epit mesti wassap bgtau dah sampai. Tapi kalau dia call pada waktu yg septtnya die belum sampai opis, hati dah berdebar-debar.. mst ada sesuatu terjadi, debaran seorg isteri yg suaminya pergi balik kerja naik motor setiap hari..
Alhamdulillah syukur bila dengar suara suami sendiri yang bagitau dia eksiden, selamat dan cuma bengkak dan calar-calar. Allah Maha Besar kalau tengok keadaan tempat kejadian memang sangat gerun bila tengok lori terbalik mcmtu. Allah masih sayang kami semua , masih beri peluang pada Epit Epito sempat mengelak dari dilanggar lori yang terbabas tu.
Doakan semoga Epit cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang banyk membantu. Sesungguhnya saya mmg blur tadi… Lokasi: Alam Budiman
Hargailah orang yang kita sayang, sebab cinta di dunia sekejap sangat sebenarnya. Terima kasih pada Allah bagi peluang untuk kami perbaiki diri.. Saya sayang awak Epit Epito Dunia dan akhirat…
Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua usai “rujuk” semula, lupakan kisah dipukul separuh nyawa. Pasti ramai mengingati kisah kekejaman rumahtangga dilalui oleh penyanyi dangdut Lesti Kejora.
Ini kerana dirinya dapat menghidu kecurangan suaminya, Rizki Billar yang kemudian melakukan keganasan rumahtangga dengan mencekik dan memukulnya hingga separuh nyawa dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Dalam kes pasangan ini menjadi tumpuan termasuk Rizki yang hilang banyak job, Lesti dikatakan telah menarik kembali laporan dia dipukul suami dan mereka kembali berbaik dan tinggal bersama kembali walau pun sebelum itu kencang khabar angin mereka bakal berpisah.
Terkini, seakan mahu melupakan kejadian dipukul, dikhabarkan dirinya berbadan dua selepas kembali serumah dengan suaminya. Bahkan pasangan ini sering menunjukkan kemesraan dihadapan awam.
Saat khabar angin itu bertiup kencang, rakan pengacara Sandy Arifin enggan mengulas khabar angin itu bahkan tersenyum. Bahkan mereka hanya bertanya khabar setiap dua hari sekali dan Lesti memaklumkan kepadanya bahawa dirinya baik-baik sahaja dan keduanya cuba memperbaiki hubungan sedia ada ke arah lebih baik.
Dalam pada itu, pengurus pasangan ini, Aril Lobster atau Boril mengaku belum tahu hal Lesti hamil anak kedua. Tapi kata Boril, dia memohon doa dari semua andai berita ini benar. “Kalau hamil lagi, itu tandanya rezeki. Banyak anak juga rezeki,” katanya.
Dalam pada itu dikhabarkan Lesti ada menemani Rizki bermain bola dan mereka dilihat kerap bersama dan dilihat fokus untuk memperbaiki hubungan satu sama lain.
“Sekarangkan dapat dilihat keduanya sibuk memperbaiki diri lebih intim satu sama lain. Bahkan mereka juga dilihat lebih gemar cool down dan sama-sama belum aktif di kaca tv.
RAMAI TAK TAHU, SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI JIKA PERDAYA WANITA DALAM PERKAHWINAN. IKUTI PANDANGAN PROF NOOR AZIAH MENGENAI ISU INI.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Islam itu mudah, jangan terlalu mudah mengatakan haram dan halal. Semuanya kena lihat keadaan itu sendiri. Jangan terlalu mudah mengatakan suami dayus atau isteri tak tahu malu hanya kerana perkara-perkara tertentu.
Isu tentang isteri bersalin disambut dan diuruskan oleh doktor lelaki. Keadaan ini timbul bila ada mengatakan suami itu dayus sebab doktor lelaki melihat ‘aurat’ isteri.
Sedangkan kita sendiri boleh fikir, sebelum dan selepasnya. Sebelum bersalin, boleh saja kita memilih untuk bersalin dengan doktor perempuan.
Tapi ditakdirkan masa hari kejadian, tiada doktor perempuan, yang ada hanyalah doktor lelaki. Demi nak selamatkan ibu dan anak dalam kandungan, keadaan ini diharuskan.
Ada benar dan ada salahnya. Tapi janganlah sampai nampak complicated. Islam itu mudah dan ikutlah cara yang betul,
Perkongsian daripada Mahmud Jumaat ini mengulas tentang bersalin dengan doktor lelaki, ada benarnya.
Dengan menyifatkan suami sebagai seorang yang dayus dengan membenarkan Doktor lelaki menguruskan proses bersalin isteri adalah satu perkara yang kurang cerdik tentang ilmu agama dan perlu berlajar tentang hukum dalam keadaan darurah!
Mungkin orang yang bercakap itu,tak pernah hidup susah atau kahwin lambat kerana kurang faham apa maksud apabila pada hujung bulan duit hanya tinggal RM500 dalam bank cukup-cukup untuk beli kelengkapan anak dan isteri selepas bersalin.
Tiada suami dalam dunia ni yang inginkan isteri mereka diuruskan oleh Doktor lelaki di hospital kerajaan. Nak minta kena maki ke bila demand-demand Doktor perempuan? Dah la Doktor perempuan pun tak memang tangan untuk uruskan pesakit yang nak bersalin dekat hospital.
Hospital swasta pula bukannya murah. Nak pula bila hantar hospital swasta ada komplikasi perlu buat C-zer, boleh cecah berbelas ribu ringgit.
Paling kurang yang saya dengar RM7K. Jangan bebankan orang luar dengan hukum-hukum agama sendiri sedangkan Islam tak melarang pun Doktor lelaki menguruskan pesakit untuk bersalin sekiranya mengikut syarat-syarat seperti:
(i) Tiada doktor perempuan yang bertugas. Sebab bukannya kita sengaja. Pernah dengar tak darurah (terdesak). Tak pernah dengar pergi belajar hukum fiqh dulu.
(ii) Mesti tidak berlebihan. Saya tak rasa mana-mana doktor lelaki yang ghairah waktu bertugas melahirkan isteri yang bersalin.
Saya sebagai suami pun dah tiga kali pengalaman masuk dalam bilik pembedahan bersama isteri saya pun seram, apatah lagi doktor lelaki. Waktu itu, semua fokus nak selamatkan isteri dan anak saja.
(iii) Wajib ditemani oleh suami dengan kehadiran pembantu wanita
yang lain bersama ketika menjalankan pembedahan. Untuk pengetahuan semua, ikutkan hukum bukannya doktor lelaki saja tak boleh tengok kemaluan wanita, doktor perempuan pun tak boleh tengok.
Tetapi dalam keadaan darurat semua hukum haram tersebut menjadi HARUS atas alasan untuk menyelamatkan nyawa isteri dan anak. Pernah dengar maqasid syariahkan? Dalam konteks ini, untuk menyelamatkan nyawa, kesemua tindakan, dengan syarat tidak berlebih-lebihan, adalah harus!
Buat semua, jangan ambil hati dengan celaan yang diperkatakan di media sosial. Ini kerana ada segelintir yang kurang sensitif dan tidak faham keadaan sekarang yang ramai tiada kerja, gaji bawah RM2K ini hidup susah dan pada masa yang sama betapa sayangnya kita dengan isteri kita.
Ingat, kalau pesakit lelaki tua yang uzur nak tukar pampers tiada jururawat lelaki yang bertugas nak tukar pampers macam mana ya? Kalau 3 hari hanya ada sepuluh jururawat perempuan dan tiada jururawat lelaki, tiga hari la dia kene pakai pempers tu?
Hukumnya harus dengan syarat-syarat seperti di atas. Islam itu mudah, jangan buat complicated sangat.
Mingguan Wanita : Masing-masing ada pendapat dan alasan tersendiri. Kita ambil yang baik, yang cakap macam terlebih pandai tu, biarlah. Siapa kita untuk menghukum semua ini. Hanya Allah yang mengetahui dan mengaturnya.