Islam itu mudah, jangan terlalu mudah mengatakan haram dan halal. Semuanya kena lihat keadaan itu sendiri. Jangan terlalu mudah mengatakan suami dayus atau isteri tak tahu malu hanya kerana perkara-perkara tertentu.

Isu tentang isteri bersalin disambut dan diuruskan oleh doktor lelaki. Keadaan ini timbul bila ada mengatakan suami itu dayus sebab doktor lelaki melihat ‘aurat’ isteri.

Sedangkan kita sendiri boleh fikir, sebelum dan selepasnya. Sebelum bersalin, boleh saja kita memilih untuk bersalin dengan doktor perempuan.

Tapi ditakdirkan masa hari kejadian, tiada doktor perempuan, yang ada hanyalah doktor lelaki. Demi nak selamatkan ibu dan anak dalam kandungan, keadaan ini diharuskan.

Ada benar dan ada salahnya. Tapi janganlah sampai nampak complicated. Islam itu mudah dan ikutlah cara yang betul,

Perkongsian daripada Mahmud Jumaat ini mengulas tentang bersalin dengan doktor lelaki, ada benarnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ustazah Tuduh Suami Dayus Benarkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran, Ini Jawaban Mufti Hukumnya

Suami Ustazah Turut Tempelak Lelaki Dayus Benarkan Doktor Periksa Aurat Isteri, Bagai Curah Minyak Ke Api

IKLAN

Islam Itu Indah, Belajar Tentang Hukum Agama

Dengan menyifatkan suami sebagai seorang yang dayus dengan membenarkan Doktor lelaki menguruskan proses bersalin isteri adalah satu perkara yang kurang cerdik tentang ilmu agama dan perlu berlajar tentang hukum dalam keadaan darurah!

Mungkin orang yang bercakap itu,tak pernah hidup susah atau kahwin lambat kerana kurang faham apa maksud apabila pada hujung bulan duit hanya tinggal RM500 dalam bank cukup-cukup untuk beli kelengkapan anak dan isteri selepas bersalin.

Tiada suami dalam dunia ni yang inginkan isteri mereka diuruskan oleh Doktor lelaki di hospital kerajaan. Nak minta kena maki ke bila demand-demand Doktor perempuan? Dah la Doktor perempuan pun tak memang tangan untuk uruskan pesakit yang nak bersalin dekat hospital.

Syarat Doktor Lelaki Urus Wanita Bersalin

Hospital swasta pula bukannya murah. Nak pula bila hantar hospital swasta ada komplikasi perlu buat C-zer, boleh cecah berbelas ribu ringgit.

Paling kurang yang saya dengar RM7K. Jangan bebankan orang luar dengan hukum-hukum agama sendiri sedangkan Islam tak melarang pun Doktor lelaki menguruskan pesakit untuk bersalin sekiranya mengikut syarat-syarat seperti:

IKLAN

(i) Tiada doktor perempuan yang bertugas. Sebab bukannya kita sengaja. Pernah dengar tak darurah (terdesak). Tak pernah dengar pergi belajar hukum fiqh dulu.

(ii) Mesti tidak berlebihan. Saya tak rasa mana-mana doktor lelaki yang ghairah waktu bertugas melahirkan isteri yang bersalin.

Saya sebagai suami pun dah tiga kali pengalaman masuk dalam bilik pembedahan bersama isteri saya pun seram, apatah lagi doktor lelaki. Waktu itu, semua fokus nak selamatkan isteri dan anak saja.

(iii) Wajib ditemani oleh suami dengan kehadiran pembantu wanita
yang lain bersama ketika menjalankan pembedahan. Untuk pengetahuan semua, ikutkan hukum bukannya doktor lelaki saja tak boleh tengok kemaluan wanita, doktor perempuan pun tak boleh tengok.

Tetapi dalam keadaan darurat semua hukum haram tersebut menjadi HARUS atas alasan untuk menyelamatkan nyawa isteri dan anak. Pernah dengar maqasid syariahkan? Dalam konteks ini, untuk menyelamatkan nyawa, kesemua tindakan, dengan syarat tidak berlebih-lebihan, adalah harus!

IKLAN

Buat semua, jangan ambil hati dengan celaan yang diperkatakan di media sosial. Ini kerana ada segelintir yang kurang sensitif dan tidak faham keadaan sekarang yang ramai tiada kerja, gaji bawah RM2K ini hidup susah dan pada masa yang sama betapa sayangnya kita dengan isteri kita.

Ingat, kalau pesakit lelaki tua yang uzur nak tukar pampers tiada jururawat lelaki yang bertugas nak tukar pampers macam mana ya? Kalau 3 hari hanya ada sepuluh jururawat perempuan dan tiada jururawat lelaki, tiga hari la dia kene pakai pempers tu?

Hukumnya harus dengan syarat-syarat seperti di atas. Islam itu mudah, jangan buat complicated sangat.

Mingguan Wanita : Masing-masing ada pendapat dan alasan tersendiri. Kita ambil yang baik, yang cakap macam terlebih pandai tu, biarlah. Siapa kita untuk menghukum semua ini. Hanya Allah yang mengetahui dan mengaturnya.

Sumber: Mahmud Jumaat

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI