Bayangkan bagaimana seorang ibu yang menanggung kesakitan kerana ingin bersalin telah ditolak untuk menerima rawatan di hospital. Bukan sahaja melibatkan nyawa ibu malahan nyawa anaknya di dalam kandungan.
Dan akhirnya sungguh menyayat hati wanita hamil ini meninggal bersama bayinya selepas ditolak tujuh hospital di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Menyayat Hati Wanita Hamil Meninggal Bersama Bayi
Menyayat hati apabila seorang wanita hamil yang ditolak untuk rawatan di tujuh hospital meninggal dunia bersama bayi di dalam kandungannya dipercayai akibat gagal mendapat rawatan segera.
Portal Kompas melaporkan insiden itu berlaku ketika Hartina hampir melahirkan cahaya matanya di Sulawesi Selatan.
Tujuh hospital itu adalah Hospital Bantaeng, Hospital Jeneponto, Hospital Takalar, Hospital Labuang Baji, Hospital Kartini, Hospital Ananda dan Hospital Pelamoni.
Selepas Ditolak Tujuh Hospital
Ahli keluarganya, Haerul berkata, Hartina mulanya dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Bonto Bangun, Bulukumba.
Wanita itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Bantaeng namun ditolak oleh hospital berkenaan.
Keluarga kemudian membawa Hartina ke Hospital Jeneponto dan Hospital Takalar tetapi perkara sama berlaku apabila tidak diterima sebagai pesakit. “Awalnya Hartina dihantar ke Puskesmas Bontobangun Bulukumba tetapi kesnya dirujuk ke Hospital Bantaeng.
“Namun, pihak Hospital Bantaeng enggan menerimanya sebaik tiba di pintu masuk.
Ads
“Selepas itu, kami membawanya ke Hospital Jeneponto dan Hospital Takalar, namun turut ditolak untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurut Haerul, Hartina kemudiannya dikejarkan ke Hospital Labuang Baji Makassar tetapi ditolak kerana tidak melakukan ujian saringan Covid-19.
Layanan sama turut diterima Hospital Kartini dengan alasan tiada kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) begitu juga dengan Hospital Ananda.
Ads
Haerul berkata, selepas itu keluarga membawa Hartina ke Hospital Pelamoni yang akhirnya memberikan rawatan.
“Namun, dia hanya diberikan bantuan oksigen dan ubat anti kejang ketika berada di dalam ambulan.
“Hartina tidak dibawa turun sebaliknya dibawa ke Hospital Wahidin tetapi meninggal dunia sebelum sempat ditempatkan di wad bersalin,” katanya.
Meninggal Dunia Sebelum Diberi Rawatan
Menurutnya, mereka sekeluarga kesal dengan keadaan yang berlaku.
“Dari kampung hingga ke bandar kami cuba mendapatkan rawatan namun pihak hospital tidak bertimbang rasa. Bagaimana jika ahli keluarga mereka mengalami nasib yang sama?” katanya.
Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Perubatan Hospital Ananda, Fira berkata, pihak hospital tidak mempunyai kemudahan intensif untuk Hartina.
Ads
“Ketika tiba di hospital, doktor cuba memeriksa Hartina di dalam kenderaan dan mendapatinya dalam keadaan kejang dan mempunyai darah tinggi.
“Dalam keadaan begitu, kami berasakan dia memerlukan kelengkapan rawatan intensif yang tidak terdapat di hospital kami.
“Disebabkan itu, kami meminta ahli keluarga Hartina merujuknya ke Hospital Labuang Baji,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Khidmat Pengurusan Perubatan Hospital Bantaeng, Dr Hikmawati menafikan menerima kedatangan pesakit bernama Hartina.
“Kami ada menyemak rekod kehadiran tetapi tiada pesakit bernama Hartina yang mendaftar. Jika ada, tentunya maklumat itu ada di dalam rekod kami,” katanya.
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Walaupun ajal telah ditentukan Tuhan, namun apa yang berlaku tentu saja membuatkan keluarga ibu hamil ini sedih teramat sangat.
Juliana Banos, masih cantik seperti dulu, terubat rindu warga maya lihat wajah terkini juara Dewi Remaja 1997/1998. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mokhtar Ahmad pada 2006, pelakon dan penyanyi jelita Datin Juliana Banos tidak lagi aktif dalam dunia seni tanahair.
Juliana Banos, Dewi Remaja 1997/98 bersama pemenang Dewi Favourite bagi tahun itu.
Juliana Banos, Masih Cantik Seperti Dulu, Terubat Rindu Warga Maya Lihat Wajah Terkini Juara Dewi Remaja 1997/1998
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Azman Banos dilihat mengunjungi ke sebuah restoran bersama beberapa orang temannya.
Pelantun lagu Cinta Gila itu mengenakan seluar jeans, t-shirt berona hitam dan memakai cermin mata berwarna merah.Walaupun hadir dengan gaya yang serba ringkas namun kejelitaan wajah Juliana tetap terserlah.
Wanita berdarah kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol ini dilahirkan pada 26 Mac 1979 di Jerantut, Pahang. Antara filem lakonannya adalah filem Gila-Gila Pengantin Remaja dan Gerak Khas The Movie II dan filem terakhirnya adalah Pontianak Menjerit.
Selebriti berusia 45 tahun itu juga turut mempunyai beberapa buah lagu popular antaranya Mana Satu, Sehidup Semati dan Tiap Detik.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Punyalah Teruja Balik Kampung Beraya, Tak Sedar Tertinggal Isteri Tepi Jalan. Dalam keterujaan untuk balik ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hara Raya, macam-macam ragam dan kerenah boleh terjadi.
Tertinggal Isteri Tepi Jalan
Seorang lelaki yang teruja untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak sedar dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.
Lelaki dikenali sebagai Adam itu menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya yang membonceng di bahagian belakang.
Tak Sedar Isteri Turun Motorsikal
Semasa dalam perjalanan, Adam berasa keliru terhadap laluan, menyebabkan dia berhenti di tepi jalan. Dia tidak sedar bahawa isterinya sudah turun dari motosikal sebelum meneruskan perjalanan tanpa isterinya.
Anak mereka yang membonceng motosikal kemudian bertanya di mana ibunya selepas mereka bergerak dengan agak jauh, menyebabkan Adam baru menyedari ketiadaan isterinya serta menyangka wanita itu terjatuh daripada motosikal.
21 Panggilan Telefon Bimbit
Adam kemudian memeriksa telefon bimbitnya lalu mendapati terdapat 21 panggilan tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Setelah menghubungi nombor itu, Adam dimaklumkan bahawa ia adalah daripada pos polis Brebes yang memberitahu isterinya berada dalam keadaan selamat bersama pihak berkuasa.
Ketua Polis Brebes, Gunut Muhammad Tariq berkata, Adam berpatah balik untuk mengambil isterinya dari Pekalongan ke Brebes dalam perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam.
Kontroversi yang membabitkan isteri Da’i Farhan, Noorainul Naqim Radzi, 40 nampaknya masih menjadi perhatian netizen. Hari ini, isteri juara program Da’i musim kedua, Nik Farhan Nik Muhammad ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Atas tuduhan menipu seorang wanita.
Bagaimanapun, Noorainul mengaku tidak bersalah. Dari kertas pertuduhan, beliau dikatakan telah menyerahkan wang sejumlah RM10,050 kepada Norsiha Aala untuk urusan Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk milik Norsiha.
Mangsa membuat bayaran sejumlah itu sehingga mengalami kerugian. Mangsa pula takkan berbuat demikian jika tak diperdaya tertuduh.
Urusan antara mereka tu berlangsung di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju dari 21 Disember hingga 26 Februari 2018. Malangnya, sehingga ke tarikh terakhir itu, urusan sijil halal yang diharapkan tak juga menampakkan hasil. Dari sinilah, mangsa berasa tertipu.
Isteri Da’i Farhan Diikat Jamin
Semasa prosiding di mahkamah itu, kelihatan Da’i Farhan turut menemani isterinya sebagai penjamin. Sebelum itu, Timbalan pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar tawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.
Dalam rayuan peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik memohon agar jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya itu penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.
Majistret kemudian mengarahkan bayaran jaminan sebanyak RM4000 dan sebutan kes pada 3 April depan.
Pertuduhan yang dibacakan itu, adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tak lebih 10 tahun dengan sebar serta denda.
Kisah Dr. Erin yang hangat sekitar Disember lalu.
Dakwaan Doktor Palsu
Sebelumnya, sekitar tahun lalu, netizen turut mendakwa isteri Da’i Farhan yang menggunakan panggilan Dr. Erin ini bukanlah doktor sebenar sebaliknya ‘doktor palsu’ kerana namanya tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC).
Malah pengguna Facebook Penolong Pegawai Perubatan turut berkongsi nama Dr Erin tiada dalam data sedangkan semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.