Kalau Jumaat minggu lepas MW kongsikan resipi menarik untuk sarapan pagi hari minggu, kali ini MW tampil dengan empat resipi ideal untuk minum petang pula. Sesekali apa kata asah skil masakan anda, untung-untung bermula dengan menjamu anak-anak dan suami…boleh ambil tempahan untuk tambahkan sumber pendapatan. Jom cuba empat resipi yang MW kongsi kali ni.

Menu Minum Petang Wajib Cuba Hujung Minggu Ini

Pulut Mangga 

Bahan-bahan :

  • 2 cawan beras pulut yang direndam semalaman
  • 2 biji mangga
  • secawan santan pekat
  • secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
  • 2 helai daun pisang / 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)

Untuk kuah santan :

  • secawan santan pekat
  • sesudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • sehelai daun pandan (yang dicarik atau disimpulkan)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

  1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2.  Bilas pulut yang direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
  3.  Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  4.  Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
  5. Tuang bancuhan santan ke dalam adunan pulut yang masih panas tadi.
  6.  Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
  7. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, dengan menggunakan garpu gemburkan pulut tersebut. Ketepikan.
  8. Untuk membuat kuah santan, panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
  9. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair tambah sedikit lagi bancuhan tepung. Kepekatannya mengikut selera anda.
  10. Pastikan kuah mempunyai sedikit rasa masin supaya dapat menyeimbangkan rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut ini bersama mangga yang telah masak ranum sebaiknya.

Menu Minum Petang Wajib Cuba Hujung Minggu Ini

IKLAN

Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air } untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran dua cawan santan pekat dan dua cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan } carik dan simpulkan
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukupnya
  • sesudu besar tepung jagung

Cara membuatnya :

  1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan dengan lembut. Pulut hitam akan pecah kembang sebaik ia lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
  2.  Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
  3.  Kemudian masukkan pula satu cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Ketepikan.
  4.  Untuk membuat kuah santan, masak baki secawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu kacau supaya santan tidak berketul.
  5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
  6.  Pulut hitam sedia untuk dihidangkan bersama kuah santan.

Menu Minum Petang Wajib Cuba Hujung Minggu Ini

IKLAN

Pengat Pisang

Bahan-bahan :

  •  tujuh ke lapan biji pisang
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 2 mangkuk santan cair (atau boleh digantikan dengan dua santan kotak dan dua cawan air.
  •  1/2 cawan sagu (dibersihkan)
  • 2-3 keping gula melaka
  • 1/3 gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya

Cara penyediaannya :

IKLAN
  1. Buang kulit pisang. Cuci bersih pisang dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masuk pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  3. Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Menu Minum Petang Wajib Cuba Hujung Minggu Ini

Pulut nyior

Bahan-bahannya :

  • 1//2 kg pulut
  • secawan santan pekat (untuk bancuhan tepung)
  • secawan santan cair (untuk bancuhan pulut)
  • 2 helai daun pisang atau 6 helai daun pandan (untuk kukus pulut)
  • garam dan gula secukupnya.
  • 2 cawan kelapa parut
  •  2 ekor ikan kering atau ikan sardin kukus digoreng
  • gula dan garam secukupnya

Cara membuatnya :

  1. Panaskan pengukus. Alas dulang pengukus dengan menggunakan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
  2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga ia lembut. Anggaran masa mengukus adalah sekitar 20 minit.
  3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut ke dalam satu mangkuk yang besar.
  4.  Satukan santan pekat, santan cair, gula, garam dan kacau sebati.
  5. Tuangkan bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
  6.  Balik-balikkan pulut dan biarkan seketika supaya kuah banchuan meresap ke dalam pulut.
  7.  Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
  8.  Untuk membuat kelapa parut, masukkan garam dan gula ke dalam kelapa parut secukup rasa. Siap dan boleh dihidangkan bersama pulut.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI