Tengah hari, cuti hari minggu. Bagi ibu-ibu yang berkarier inilah masanya untuk memasak meal istimewa untuk keluarga dan anak-anak. Sebelum tiba hari minggu, Jumaat tu pastinya hari merancang apa menu yang nak dimasak yang pastinya menarik untuk anak-anak dan suami makan. MW ada beberapa cadangan menu yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli bahan-bahannya.

Idea Masak-Masak Hujung Minggu

Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan :

  • Seekor ikan patin bersaiz sederhana } dipotong
  • Sebatang lada besar } dikisar
  • 19 biji cili api (bergantung kepada saiz dan tahap kepedasan, dikisar)
  • 2 inci kunyit hidup } dikisar
  • sebatang bunga kantan } belah dua
  • 4 tangkai daun kesum
  • 2 biji terung hijau } potong empat
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar tempoyak
  • garam kasar secukupnya
  • air secukupnya

Cara membuatnya :

IKLAN
  1. Gaulkan semua bahan kisar bersama tempoyak
  2. Lumurkan ke badan ikan.
  3. Dalam periuk, masukkan air, asam keping, garam kasar, terung, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Masak di atas api sederhana sehingga kuah menggelegak. Masukkan ikan dan masak seketika, angkat. Sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.
Idea Masak-Masak Hujung Minggu

Sotong Masak Kalio
Bahan-bahannya :

  • 5 ekor sotong – bersihkan
  • 9 biji bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inci halia – dikisar
  • 1/2 inci lengkuas – dikisar
  • sebatang cili merah – dikisar
  • 2 batang serai } diketuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • sebiji buah keras } tumbuk lumat
  • 3 helai daun limau purut
  • sehelai daun kunyit
  • sekeping asam keping
  • 1 kiub ayam
  • secawan santan pekat
  • garam dan gula secukupnya

Cara-caranya :

IKLAN
  1. Masak bahan yang dikisar di atas api yang perlahan sehingga kering.
  2. Masukkan sedikit air dan kacau supaya bahan kisar betul-betul masak.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan kiub ayam.
  4. Masukkan sotong dan kacau buat seketika. Keluarkan sotong setelah separuh masak, keringkan kuah sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan semula sotong, keringkan sedikit dan tutup api.
Idea Masak-Masak Hujung Minggu

Sambal Udang Petai
Bahan-bahannya :

  • Udang bersaiz sederhana sekitar 20 ekor
  • sebiji bawang merah besar, dihiris kasar
  • dua papan petai (diambil isinya, bersihkan kemudian celur sekitar 10 minit)
  • secawan cili kisar
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit air

Bahan-bahan dikisar :

IKLAN
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu diikuti dengan cili kisar. Pastikan cili kisar dimasak sehingga pecah minyak dan gunakan api kecil.
  2. Masukkan air asam jawa, kacau rata diikuti air secukupnya.
  3. Kemudian masukkan petai yang telah dicelur. Seterusnya masukkan udang, bawang besar, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan seketika. Tutup api, siap untuk dihidangkan.
Idea Masak-Masak Hujung Minggu

Sambal Tempoyak Bilis Petai
Bahan-bahannya :

  • 2 genggam ikan bilis yang dibersihkan
  • sehelai daun kunyit
  • 3 sudu besar tempoyak
  • Sebatang serai yang diketuk
  • sesudu kecil cili kisar
  • seinci kunyit hidup dikisar
  • petai secukupnya
  • garam secukupnya

Cara penyediaannya :

  1. Masukkan tempoyak, kunyit yang dikisar, cili kisar, garam, petai, ikan bilis di dalam kuali.
  2. Dengan api yang perlahan masak kesemua bahan tadi sehingga naik bau.Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yang diracik halus ke dalamnya. Siap untuk dinikmati bersama nasi putih dan lauk tambahan lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI