Pada awalnya mungkin terasa seperti tidak masuk akal, namun apabila gangguan ini berterusan sudah tentu menimbulkan tanda tanya. Sama ada terfikir siapa yang mengetuk atau apa tujuan sebenar si pengetuk pintu.
Malahan hingga sekarang, masih kekal misteri siapa yang ketuk pintu, gangguan yang berterusan hingga takutkan penduduk.
Masih Kekal Misteri Siapa Yang Ketuk Pintu
Sabak Bernam: Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.
Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.
Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.
“Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.
“Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.
Ads
“Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ,” katanya.
Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali,” katanya.
Mendengar Ketukan Di Dapur
Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi.
“Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.
“Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi,” katanya.
Ads
Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.
Gangguan Ketukan Di Tengah Malam
Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi.
“Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.
“Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali,” katanya.
Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.
Ads
Akan Dikenakan Tindakan Mengundang Ketakutan
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kejadian itu.
“Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.
“Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
MW: Risau juga jika mak, ayah tinggal di kawasan yang diganggu ini. Oleh itu jaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.
DS Dr Wan Azizah dijadikan “meme” oleh pengguna media sosial, Nurul Ilham kongsi gambar ibu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru saja kembali ke tanahair selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di Amerika Syarikat sebelah malam dan pagi itu dilihat terus memasuki Parlimen semalam.
Ramai bertanya dari mana “tenaganya datang” kerana tanpa rehat panjang atau alami jet lag, dirinya dilihat begitu bertenaga menjawap di Parlimen. Dalam tugasan rasmi negara itu, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlihat ada sama di mana di media sosial Xnya, dirinya memuat naik sekeping gambar di hadapan pintu gerbang sebuah muzium di San Francisco.
Gambar DS Dr Wan Azizah Dijadikan “Meme”
Memakai kot pink yang menyerlah, Dr Wan Azizah Ismail bergambar seorang diri sambil gayanya menunjuk ke arah pintu gerbang berkenaan.
Inilah gambar asal yang dipost oleh DS Wan Azizah di aplikasi Xnya dua hari lalu.
Di pintu gerbang Young Museum di San Fancisco iaitu tertera kata-kata “Lift Every Voice”. Ia membawa maksud setiap kata-kata harus didengari dan memuat naik di X nya tanpa menyedari kecomelan gambarnya menunjuk ke atas pintu gerbang itu telah dijadikan gambar meme oleh pengguna media sosial yang lain.
Ia telah dimuat naik oleh anak keempatnya, Nurul Ilham Anwar di aplikasi X dan menulis “My Mom’ A Meme Now” di mana Nurul llham dilihat meletakan emoji ketawa. Mungkin berasa geli hati gambar ibunya di pintu gerbang itu dipilih menjadi meme oleh pengguna media sosial dan ditag terus kepada ibunya, DS Wan Azizah.
Nurul Ilham Kongsi Pelbagai Aksi Lucu Ibu
Apa pun, aksi gambar meme Dr Wan Azizah memang lucu termasuk diletak bersebelahan Apollo coklat kegemaran kanak-kanak suatu ketika dahulu.
Zarina sedih bila ibu menangis depan pintu. Hati ibu mana yang tidak resah apabila anak kesayangan terpaksa menjalani kuarantin sendirian di dalam bilik.
Begitulah yang dialami pelakon Zarina Zainuddin selepas disahkan dijangkiti Covid-19 dia terpaksa menjalani kuarantin sendirian di dalam bilik.
Difahamkan usahawan pulut kuning terkenal mengetahui dijangkiti selepas melakukan ujian saringan. Bagaimanapun, suami dan anak-anaknya tidak dijangkiti.
Zarina Sedih Bila Ibu Menangis Depan Pintu
Zarina yang sering memaparkan kisah anak, keluarga dan dirinya yang begitu ceria, berasa sedih apabila ibu kesayangan menangis di depan biliknya.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, terdengar tangisan ibu Zarina dari luar pintu bilik yang begitu risaukan anaknya.
“Huhu.. mula mula .. si Azil tendang pintu ..
“Ni mak pulak dah nanggis nanggis depan pintu,” laung Zarina dari dalam bilik.
“Ina okay laa mak ina nak kemas-kemas baju-baju dalam almari ni. Kemas bilik cantik cantik.
Ok Saja, Dah Booster
“Dont worry mak saya okay jer dah booster dos ke 3.
“Penyakit ni semua Allah bagi apa daya kita ni.
“Sabar sabar sabar banyak berdoa.
“Ina Sayanglah Mak Ni”
“Tak pasal-pasal aku nangis baca tulisan sendiri.
“Ina sayang mak tau. Selalu lawan-lawan mak tu sebab ina sayang lah.
“Mak ni keras kepala tapi hati lembut macam gula bila kacau kacau dalam air panas terus larut” jerit Zarina dari dalam bilik.
Dalam pada itu, Zarina berkata menerusi perkongsian lain sebelum itu, Zarina juga turut memberitahu perniagaan pulut kuningnya berjalan seperti biasa dan diuruskan oleh pekerja.
“Perniagaan pulut kuning saya berjalan seperti biasa. Ada cef dan kakitangan-kakitangan saya yang uruskan. Insya-ALLAH,” ungkapnya Zarina.
Zarina juga turut menjelaskan dirinya disahkan Covid pada 1 Mac lalu dan turut meminta orang ramai berkongsi nasihat dan panduan berkaitan pesakit Covid-19.
“Hari ini 1 Mac saya dah disahkan positif Covid-19. Mesti orang cakap dah lengkap vaksin pun masih boleh kena ke? Ya, booster untuk perlindungan. Sekurang-kurangnya jika kena sekali pun, tidaklah sampai stage yang teruk. Setakat satu atau dua sahaja.
“Saya dah masuk hari kedua. Apabila perasan malam tadi, tiga kali saya buat swab test sendiri. Semalam macam bayang-bayang sahaja line tu, tetapi pada pagi ini ia lebih jelas.
Minta Doakan Kesembuhan
“Saya nak minta sesiapa yang ada berjumpa dengan saya, tolong pergi swab test. Saya minta maaf Allah nak bagi penyakit ini. Jika saya ada sakitkan hati sesiapa, maafkan saya.
“Minta doakan saya. Saya risau Azil (anak kembar autism) bangun tidur mesti dia ketuk pintu bilik saya nak masuk. Tolong doakan saya ya.
“Saya makan @nuprep.official wanita untuk sistem imun dan harap saya kuat serta cepat sihat. Saya jarang-jarang sakit tapi bila sekali sakit saya macam orang putus harap,” katanya.
Sekarang ini, kehendak sudah menjadi satu keperluan dalam hidup. Malah, tidak dinafikan apa saja yang terlintas di hati atau berkenan, mesti akan cuba dapatkan. Kalau tak dapat inilah yang akan bermain di fikiran setiap hari.
Bila kehendak tidak diperolehi, kita pastinya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan sampai ada yang sanggup berhutang. Seolah-olah barang yang kita inginkan itu adalah satu keperluan.
Namun, ada yang beranggapan kehendak itu jugalah satu keperluan. Tanpanya, mungkin kita sukar untuk lakukan tugas atau kerja. Contohnya, kenderaan (kereta), tidak salah untuk enaiki kenderaan awam tapi bagaimana pula bila sudh berkeluarga.
Kehendak inilah menjai satu keperluan bagi sesebuah keluarga. Hutang tetap berhutang untuk teruskan hidup. Tapi, janganlah berhutang hanya semata-mata untuk menunjuk. Itu salah.
Apa yang lebih penting, biarlah hidup sederhana asalkan bebas hutang seperti yang dikongsikan oleh June Melur, ada benarnya dan berkait rapat dengan kita.
Perjuangan nak bebas hutang ni bukan mudah. Nak kena ikat perut, kurang shopping, jarang beli pakaian kasut baru. Mungkin tak dapatlah nak selalu travel cuti sana sini seperti orang lain.
Namun percayalah!
Jika dapat tutup satu hutang hari ni, rasa lega sangat. Cubalah.
Kehidupan zaman moden sekarang, kumpul hutang ratus ribu dah jadi adat, satu budaya. Ia sudah jadi biasa normal dah macam satu keperluan terutamanya orang yang tinggal di bandar.
Terlalu banyak yang kita mahukan perlukan dalam hidup. Ini contoh biasa yang berlaku dalam hidup kita.
Rumah nak kena ada astrok, penapis air dan udara, internet wifi. Ini semua nak kena bayar bulan-bulan.
Kereta tak cukup 1, kena beli satu lagi untuk pasangan sebab pergi kerja lokasi berbeza.
Dah ada rumah sendiri, nak kena renovate lawa-lawa habis sampai puluh ribu. Duit takde, ambil Personal Loan khas untuk renovate rumah. Kekadang renovate 50K, ambil PL 80K. So ada extra 30K untuk joli-joli sikit.
Selepas itu, kita ni ada habit nak add on itu ini dalam life supaya hidup tu ceria sikit. Contoh nak kena ada kad starbuck, eo diffusser, microwave dishwasher, cadar baru, nak carpet kat kaki katil dan dapur dan macam-macam nak deco yang tengah viral, tudung saji viral, periuk viral, vacuum viral.
Kita juga ada hobi mahal. Contoh suka kumpul tuppwerware, alat makeup sampai penuh drawer, minyak wangi dari pelbagai top brand, jam tangan, koleksi tudung 20 warna, barang kemas. Kalau orang lelaki hobi mahal mereka kumpul basikal, helmet motor.
Selepas itu, kita ada item based on event. Contoh kasut formal pergi kerja, outing santai, kasut sukan, pergi majlis keramaian, kasut jenis sneaker lembut untuk jalan lama, selipar gi pasar. Baju lagi lah, baju gi kerja, kenduri, baju outing, sukan dan baju matching satu keluarga serta baju keluar nak beli goreng pisang.
Penat kan?
Mingguan Wanita : Mungkin ini sebahagiannya. Walau apapun, kena berpada. Tak perlu beria sangat. Ukur baju di badan sendiri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan