Menu tomyam antara masakan kegemaran ramai yang mudah disediakan. Namun walaupun mudah nak sediakan tomyam, ada ketikanya rasanya kurang sedap tak macam kita makan di Kedai makanan Thailand. Rupanya jika masak Tomyam kalau selalu rasa ada yang kurang, boleh cuba letak daun Ketumbar Jawa. Rasanya akan bertambah sedap!
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Faidah Ahmad ini;
Mana yang selalu masak tomyam tak jadi tu cuba letak Ketumbar Jawa dalam tomyam, boleh bertambah-tambah sedap tomyam. Berbanding daun ketumbar biasa, lagi sedap Ketumbar Jawa ni. Orang Thai guna buat Tomyam.
Caranya Macamana?
Boleh hiris halus-halus dan tabur, boleh juga kerat panjang-panjang. Dan jangan lupa masukkan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dulu baru masukkan.
Cara kakteh pula, kakteh suka masukkan banyak-banyak, kerat panjang-panjang buat sayur terus..(macam dalam gambar). Jangan risau daun ketumbar jawa tak lembik, jadi dia tak akan hancur macam sayur sawi atau bayam jika lama masaknya. Daunnya boleh dimakan.
Sekarang ni kalau masak tomyam, wajib letak Ketumbar Jawa. Terangkat selera
Mana yang selalu masak tomyam asyik ada rasa kurang tu cuba lah letak Ketumbar Jawa, confirm makin sedap.
Masak merah pun sedap, tabur je atas macam daun ketumbar biasa tu.
Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Pokok Ketumbar Jawa sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.
Ads
Khasiat:
Daun Ketumbar Jawa ini direbus dan diminum untuk merawat demam, diabetes dan radang paru-paru.
Akarnya juga boleh direbus dan diminum untuk merawat batuk, selsema, merangsang peluh, menghentikan pendarahan rahim dan lain-lain.
Rebusan daun dan akar Ketumbar Jawa juga boleh merawat demam kuning, merangsang haid dan lain-lain.
Malah boleh juga dimasukkan di dalam masakan seperti sup, tomyam, telur goreng, rendang dan sebagainya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Dalam banyak-banyak resipi kuruskan badan, tentu ramai pernah dengar tentang khasiat air detoks atau air rendaman lemonkan? Ramai ke mak mak yang cuba?
Saya pun sebenarnya antara peminat buah lemon sebab yakin lemak-lemak degil akan terhakis bila minum air masam tu. Saya ingat, makin masam makin baguslah. Makin cepat kurus.
Sampailah saya menonton perkongsian Dr. Hanifah Bashirun dalam segmen kesihatan program Mingguan Wanita, minggu lepas. Persepsi saya terus berubah bila doktor kata tubuh badan kita ni sebenarnya akan auto-adjust semua air yang diminum ke pH 7.35 – 7.45. Maknanya kalau kita minum air alkali atau air detoks masam sekali pun, badan kita tetap akan serap air tu dan adjust ke pH normal bagi menjaga sel badan.
Sejauh mana keberkesanan air detoks dan air alkali yang didakwa baik untuk kesihatan tubuh badan? Ini penjelasan pakar perubatan, Dr. Hanafiah Bashirun berkaitan kemusykilan tersebut dalam program Mingguan Wanita, 19 Julai 2018.
Betul juga katanya. Kalau sel badan kita ni sewenang-wenangnya serap pH berasid atau beralkali, tentu semua sel akan kecut. Sebab itu Tuhan ciptakan sistem yang sangat kompleks untuk neutralkan apa saja pH air yang kita minum, supaya sel tak terjejas.
Tapi disebabkan saya memang suka air rendaman lemon, jadi saya tetap belajar cara-cara memaksimumkan khasiatnya untuk diminum setiap hari. Jom ikut petua mudah ni.
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Rendam Dengan Kulit
Walaupun agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malah kalau nak tahu, lebih baik kita rendam kulit lemon berbanding rendam isi buah lemon itu sendiri.
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Cara Simpan Lebihan Hirisan Lemon
Kalau masih ada sisa hirisan lemon, boleh ke ia disimpan semula dalam peti sejuk? Tiada masalah. Lemon sebenarnya adalah sejenis buah yang cukup awet. Walaupun nampak mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah. Mudahkan?
Jadi walaupun kita tahu macam-macam resipi kurus, belum tentu secara saintifiknya baik untuk kesihatan. Kadang-kadang mitos belaka untuk lariskan jualan! Mak mak jangan terus percaya ya.
Hari ni saya sempat dapatkan pesanan cikgu fitness Kevin Zahri untuk followers Mingguan Wanita. Jangan stres untuk kuruskan badan dan gembiralah selalu. Sehingga itu, salam sayang daripada saya, Editor Mingguan Wanita… Norzalina Mohd Alias.
Serbuk kunyit sering digunakan dalam masakan namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk tanaman bagi mengelakkan semut dan serangga perosak. Bukan apa, ada tanaman tertentu memang suka dihurung semut. Bila tabur serbuk kunyit begini ia mampu menjadi ‘racun serangga’ semulajadi.
1. Racun Serangga Semulajadi Elak Semut Pada Tanaman
Tanaman kita kadang-kadang ada semut suka hurung kan. Kadang-kadang depa buat umah depa. Kadang depa berkumpul meeting ramai-ramai kat tanaman kita. Boleh je spray racun serangga tapi tak elok laa pulak kan jadi. Gunakan serbuk kunyit ini.
Caranya:
Semut tak suka bau kunyit, jadi taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman, atas tanah dan keliling tanaman.
2. Kurang Rasa Kegatalan Digigit Semut
Tengah syok berkebun, tetiba kena gigit pula dengan semut atau serangga. Jadi cara mudah ambil serbuk kunyit dan campurkan sedikit air jadikan macam pes. Sapu dekat bahagian yang kena gigit.
Pes serbuk kunyit ini mudah diserap oleh lapisan kulit, jadi ia boleh mengurangkan rasa kegatalan.
3. Elak Dahan Rosak
Bukan itu sahaja ia juga dapat melindungi dahan yang dicantas menjadi rosak. Setiap kali melakukan cantasan pada dahan pokok, ia akan membuatkan bahagian dalaman pokok terbuka.
Jadi ambil serbuk kunyit ini dan campurkan sikit air, kemudian sapu pada bahagian yang dicantas tadi. Sapu rata-rata agar tiada bahagian dahan yang terdedah lagi. Sekaligus ia dapat mengelakkan dahan tanaman dari rosak.
Memang geram bila dedaun hijau pada tanaman berlubang-lubang, ‘dikerjakan’ oleh serangga perosak. Baik siput, ulat, bena dan sebagainya. Rupanya salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku, mak-mak boleh buat sendiri racun serangga organik yang mesra alam dengan menggunakan air rebusan Bunga Cengkih.
Bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman dan antara pilihan racun serangga organik yang paling mudah untuk disediakan. Cara membuatnya pula cukup mudah.
Bahan-Bahan Diperlukan;
2 Sudu Besar Bunga Cengkih
1 Liter Air
Cara Membuat:
1.Reneh 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air.
Kredit Gambar:Azlina Ahmad
2.Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api.
3.Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya.
4.Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan.
Kredit Gambar:Azlina Ahmad
Cara Semburan:
Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.
Sembur air rebusan ini 2 kali sehari selepas siram air pada tanaman, setiap pagi dan petang
Selain itu, antara kegunaan lain Bunga Cengkih juga ialah;
Mencegah Semut
Cara untuk atasi semut dengan menggunakan bunga cengkih sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan ia di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.Semut-semut pasti tiada lagi kerana tak sukakan baunya.
Mencegah Lalat
Bagi mencegah lalat yang sering menghurung makanan pada atas meja pula, cara juga mudah. Ambil limau nipis/limau purut/lemon kemudian belah dua bahagian.Cucuk bunga cengkih pada permukaan buah yang dipotong tersebut. Letakkan buah yang telah di cucuk bunga cengkih tadi di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Nak lebih berkesan, letakkan lebih dari satu biji buah di cucuk cengkih.
Mengawal Rumpai
Selain menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, boleh juga gunakan ramuan bahan dapur dengan bunga cengkih ini. Untuk menyediakan racun rumpai organik, hanya perlu sediakan pati minyak Bunga Cengkih terlebih dahulu. Kemudian, campurkan secubit garam bersama 20 titik minyak pati Bunga Cengkih bersama 500ml cuka di dalam botol penyembur. Kocak sehingga semua bahan rata dan sebati kemudian sembur pada rumpai yang hendak dimusnahkan.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
MW: Banyak kegunaan Bunga Cengkih ni pada tanaman. Boleh cuba tip dan petua yang dikongsikan ini.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...