Ads

Mangsa Nahas Helikopter Dikenal Pasti, Barangan Peribadi & Tempat Duduk Bantu Proses Pengecaman

Mangsa Nahas Helikopter
Mangsa Nahas Helikopter

Sampai ajalnya, terkini polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang.

Mangsa Nahas Helikopter Dikenal Pasti

Mangsa Nahas Helikopter Dikenal Pasti, Barangan Peribadi & Tempat Duduk Bantu Proses Pengecaman

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.

Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman.

“Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar.

“Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna.

“Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil,” katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.

Ads

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.

Barangan Peribadi & Tempat Duduk Bantu Proses Pengecaman

Mangsa Nahas Helikopter Dikenal Pasti, Barangan Peribadi & Tempat Duduk Bantu Proses Pengecaman

Ads

 

Siasatan awal mendapati beberapa saksi telah melihat kepulan asap dan api pada helikopter berkenaan sebelum ia terhempas.

Daripada kedudukan helikopter, mungkin juruterbang berusaha untuk mendaratkannya dengan selamat kerana ia berada betul-betul di hujung landasan. Mungkin apabila mendarat, ia terus terbakar dan mereka tidak sempat menyelamatkan diri.

Ads

Sementara itu, menerusi kisah ayah arwah Kapten Zainol Afiq iaitu Bee Sham, sehari sebelum kejadian anaknya sempat menelefon dan berbual dengan ibunya hampir sejam.

Anda mungkin berminat dengan

“Seperti selalu dia akan berbual dengan kami menerusi panggilan telefon. Dia berbual seperti biasa dan memang menjadi rutin menerbangkan helikopter apabila ada panggilan. Memang cita-citanya menjadi juruterbang sejak di bangku sekolah dan pada usia 21 tahun, dia sudah bekerja,” luahnya.

Mangsa Nahas Helikopter Dikenal Pasti, Barangan Peribadi & Tempat Duduk Bantu Proses Pengecaman

Helikopter berkenaan tidak dilengkapi perakam suara kokpit atau kotak hitam, dan setakat ini polis juga tidak memperoleh maklumat mengenai sebarang panggilan kecemasan daripada juruterbang sebelum nahas.

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Nahas Helikopter Flying Doctor

Nahas Helikopter Flying Doctor, Juruterbang Jelaskan Kenapa Mangsa Tak Boleh Lompat...

Nahas helikopter Flying Doctor di Long Lellang mencetuskan pelbagai persoalan. Kapten Mohd Ezairol Rezan Zainol tampil menjelaskan beberapa perkara termasuk isu penggunaan payung terjun.