Bilik air atau tandas memang memainkan peranan di rumah. Kena pastikan bersih dan cantik mata memandang. Biasanya kalau bilik air lama, selalu memang macam-macam masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.
Sebelum nak panggil kontraktor ubahsuai tandas tu, ada baiknya cuba DIY guna Epoxy Paint ni. Hasilnya nampak bilik air nampak cantik, mudah nak buat dan lebih jimat.
“Tahun lepas upah tukang pasang epoxy layer di tandas kena charge RM9++ (4 layers, ada corak, professional work). Tahun ini musim PKP, ternampak iklan Epoxy Paint DIY di Shoppee dengan harga lebih marhaen. Terus beli dan cuba.”
Antara tujuan Epoxy:
1. Tutup lubang celah-celah mozek. (port laluan lipan/cacing kecil)
2. Kurangkan licin mozek lama.
3. Cantik kan.
4. Untuk tandas tingkat 2, kalau kena caranya boleh selesaikan masalah lantai bocor, rosakkan wall tingkat bawah.
Antara penjual di Shoppee. Penjual ini bagus rating dan lengkap perkhidmatannya. Boleh pilih warna pilihan. Jangan salah warna pula, haru nanti.
Bungkusan yang dipos.
Barang-barang yang ada di dalam kotak. Lengkap kelengkapan untuk DIY. Terbaik.Set tu dah include 2 bancuhan, Rm139. Acu usha shoppe, banyak jenis dan harga lain-lain. 1 set ini ngam-ngam untuk keluasan tandas ni.
Kertas arahan. Fahami dan ikut urutan.
Ads
Bersihkan tandas dan keringkan dahulu sebelum proses mengecat bermula.
Pakai tape biru yang dibekalkan. Untuk bahagian yang tak nak di cat. Nampak celah mozek yang ketara lubangnya.
Hasil bancuhan pertama. Perkakas yang terlibat dengan bancuhan ini memang pakai buang.
Proses layer bancuhan pertama. Memang likat! Meletihkan dan memang kena sabar. Rancang langkah-langkah tapak kaki anda hahaha. Untuk tandas yang kecil, disarankan buat 2 layer terus. There is no coming back 🤣 layer cepat keras.
Ads
Buat 2 layer sebab ada lubang celahan mozek yang agak kritikal dan dalam. Dengan layer pertama tak cukup. Masih berlubang. Kena extra sedikit di bahagian tersebut.
Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.
Siap layer pertama. Sabar dan tunggu semalaman.
Hasil esok nya. Memang keras dan lubang tertutup.
Ads
Bancuhan kedua.
Proses cat layer kedua. Kurang likat berbanding semalam. Juga boleh buat 2,3 layer terus. Banyak lebih berbanding semalam. (Bergantung kepada keluasan tandas).Layer pertama nampak lebih kepada nak tutup kecacatan dan lubang-lubang. Lebih keras apabila kering. Layer kedua lebih kepada kosmetik, nak kasi warna.
Siap! Tanggalkan tape biru.
Awal-awal cat yang digunakan memang kuat baunya.
Ada orang yang berjaya menanam pokok kunyit hingga daunnya lebat merimbun. Kadangkala, pokok kunyit yang daunnya lebat merimbun, sudah mengumpulkan isi yang banyak. Dan pemilik perlu biakkan pokok kunyit ke dalam pasu yang baru.
Tetapi ada yang tak berani berbuat demikian. Bimbang pokok kunyit yang dipisah-pisahkan dari induk akan langsung mati tidak mengeluarkan isi kembali.
Ada cara yang betul untuk melakukannya. Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara dia membiakkan pokok kunyit daripada pasu asal yang ditanam. Pokok kunyit yang sudah merimbun isinya perlu dipindahkan.
Cara Biakkan Pokok Kunyit
Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru.
Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
Selepas Hari Ke-7 Dah Keluar Tunas Baru
Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa.
Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
Selang Seminggu Dua, Tabur Baja Organik
So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa MCO serta Hari Raya Aidiladha tak lama lagi.
MW : Seronok bila berjaya tanam pokok kunyit berdaun lebar dan berisi lebat.
Barang kemas lama, terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak berkilat dan tak berseri.Bila dah nampak kusam, ramai yang suka cuci di kedai untuk kembalikan serinya.Sebenarnya ada petua jimat dan cara mudah untuk cuci barang kemas ni agar nampak berkilat macam baru dibeli.
Baca perkongsian tutorial cuci barang kemas daripada Dr Hani Mynis ini sebagai rujukan;
#kemasrumahwithhani : deep cleaning barang kemas
#tutorialhani
Hani sebenarnya tak suka pakai barang kemas lagi-lagi yang diperbuat dari emas. Tapi dah namanya perempuan, paling tidak koman-koman mesti ada walaupun satu utas/ bentuk. Tak kira lah sebentuk cincin atau seutas gelang tangan kan.
So hari ni hani buat deep cleaning barang kemas yang hani ada. Ini sahaja lah koleksi hani haha seutas gelang tangan, seutas rantai dan dua bentuk cincin. segan pulak nak tunjuk sebab hani suka design yang ringkas-ringkas begini je. Sekarang kan ada macam-macam design tapi tu lah yang teruja dengan design-design ni bukan hani tapi suami hani.
Tapi dah hani niat nak kongsi tutorial hani buat deep cleaning barang kemas ni, so semoga bermanfaat ya.
Deep cleaning ni hani selalu buat setahun sekali setiap kali nak raya je sebenarnya. Haha tapi sebab raya tahun ni macam tak raya, memang tak sempat nak buat. Alang-alang cuti ni hani buat lah. Boleh ambil gambar sekali kan cara hani deep cleaning barang kemas hani.
Boleh tengok gambar ya dan cara-caranya. Senang sangat dan semua bahan ada kat rumah. Ambil masa lebih kurang 10 minit je. Dah buat ni barulah berkilau-kilau balik barang kemas yang kita ada.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Cara mudah dan jimat untuk mak-mak cuci barang kemas. Meskipun barang kemas lama, tetap nampak baru bila dicuci ikut tip yang dikongsikan ini.
Ramai yang gemar menanam pokok bunga kertas. Berapa ramai yang faham cara baja pokok bunga kertas dalam pasu tanpa menyebabkan akar pokoknya mati akibat terlebih baja.
Bukannya boleh tabur baja sembarangan. Jika salah membaja pokok bunga kertas pun boleh menyebabkan akarnya menjadi rosak.
Lelaki ini, Mahadir Hj Han berkongsi cara membaja pokok bunga kertas dalam pasu. Dan kaedah betul yang dikongsikan ini menghasilkan bunga kertas yang cantik, meriah merimbun.
Pesannya lagi, ketika proses pembajaan pokok bunga kertas pastikan jangan ada rumput dalam pasu pokok bunga kertas anda itu.
Cara Baja Pokok Bunga Kertas
Ini cara saya lakukan pembajaan,
Basahkan keseluruhan tanah. Bagi melimpah dan lebih bagus kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.
2. Biarkan 30 minit (time ni kita tengok ada air bertakung atau tidak). Kalau ada, bermakna ini benda yang tidak bagus.
3. Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti ada yang tanya; akar terputus tak ada masalah ke?
Jika Akar Pokok Bermasalah, Ini Yang Saya Lakukan
Putuskan akar halus kerana kita dapat had kan pertumbuhan akar yang terlalu banyak.
Gunakan gunting atau benda tajam untuk tujuan gembur.
Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.
Saya guna baja no. 53. Baja ini memang dah siap campurannya cuma tabur saja. Boleh beli di shopee.
4. Taburkan baja. Siram sekali lagi bagi tujuan untuk basahkan baja yang baru kita letak. JANGAN BANYAK AIR.
5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah kering atau siram setiap hari. Tetapi basahkan sikit saja bahagian atas.
HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NAMPAK SEDIKIT LAYU.
Campuran Tanah Untuk Tanam Pokok Bunga Kertas
Cara saya, gunakan tanah merah bakar kerana tanah jenis ini tidak menyimpan air. Berbeza dengan tanah hitam.
Pokok bunga kertas perlukan basahan sementara bukannya kelembapan berpanjangan. Sebab itu, kita boleh lihat bila keadaan atau musim panas, bunga kertas akan meriah berbunga berbanding musim hujan.
Mingguan Wanita : Selain bunga Rose Jepun, mak-mak pun minat tanam pokok bunga kertas di halaman rumah.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...