makan-di-kantin

Dekat dua tahun, anak-anak murid tak merasa makan di kantin. Selain bilangan rakan-rakan yang hadir dibahagikan mengikut kumpulan, pelajar ini juga tak lagi makan di kantin.

Cuma membeli makanan melalui tempahan yang dibuka oleh guru-guru. Makan di dalam kelas dalam bekas masing-masing.

Mei ini membuka kembali peluang anak-anak murid membeli makanan di kantin sekolah. Tersentuh membaca perkongsian guru ini, Cikgu Nida akan gelagat anak-anak murid yang sudah sekian lama tak ke kantin sekolah.

Aduhai Anakku Alahai Anak Didikku

Hari ini hari pertama murid-murid dibenarkan makan di kantin.
Kekalutan memang sudah dijangka.
Anak Tahun 1 dan 2 tak pernah ke kantin.
Anak Tahun 3 tak sampai 3 bulan pun bersekolah bersemuka dan ke kantin.
PKP punya penangan.

Justeru hari ini Cikgu Nida merajinkan diri bersama beberapa orang guru turut menjenguk anak-anak berbeli di kantin hari ini.
Fuuhh..kalut!

Yang ni tak tahu nak beratur di mana, yang tu tanya kat mana nak basuh tangan.
Hat ni tak tahu nak letak pinggan di mana, hat tu tak tahu nak duduk di mana.
Macam-macam ragam lagilah.

Seorang murid baru hendak membuka bekas makanan ketika loceng berbunyi. Wajahnya cemas macam nak menangis.

Makanlah..takpe,” beritahu Cikgu lda.

Dia menggeleng dengan raut wajah nak menangis. Cikgu lda usap kepala, buka bekalnya dan suruh dia makan. Dia masih protes untuk tidak makan namun pelan-pelan mula mencapai hirisan ayam di atas nasi goreng bekalannya apabila melihat cikgu comel tu masih menunggunya untuk makan.

Mungkin sebab cikgu comel tu nampak bengkeng di matanya.
Hahaha ..

Takpe..makanlah. Cikgu temankan,” pujuk Cikgu lda lagi. Namun tetiba tangan ditarik seorang murid yang bertanya arah sinki.

Sebaik berpaling semula selepas menunjukkan arah, murid tadi sudah menutup bekalnya dan bangun berlari menuju ke kelas.

IKLAN

Baca sini : ‘Tak Sabar Nak Rehat Beli Makanan’ Kantin Sekolah Ala  Cafe Tarikh Perhatian Murid, Terbaik!

Abang Berpuasa, Teman Adik Makan DI Kantin

Seorang pengawas murid tahun tiga yang saya kenal kelihatan memimpin seorang murid lelaki mencari tempat duduk. Saya menggamitnya menunjukkan dua kerusi kosong.

Adik ke? ” Tanya saya. Dia mengangguk tapi tidak duduk bersama si adik. Hanya berdiri menemaninya makan. Saya pelawa dia duduk sekali.

Takpe cikgu, saya puasa.”
Alahai anak…

Seorang murid pula terkial-kial mengutip sisa makanan di meja makan apabila mendengar loceng sudah berbunyi. Sebutir-sebutir dikutipnya.

Aduhai anak…kalau begitu caranya sampai pagi esok pun kau duduk di situ lagi. Takpe, biar cikgu kemaskan.

Tengah sibuk mengatur tempat duduk murid, lengan dipaut.

IKLAN

Cikguuuuu…,” separut jerit suaranya.
Kenapa.. kenapa?” Cemas je Cikgu lda bertanya.
Takde apaaa.. nak tanya khabar cikgu jeee!”

Adusss..cikgu tak camlah kau nak dengan bertopeng begitu. Tapi suwitnya kau cikgu tengah berpeluh ketiak,kau tegur cikgu semata-mata bertanya khabar.

Dipanggil Makcik Oleh Anak Murid Tahun 1

Tetiba baju ditarik-tarik dari tepi.

Seorang anak tahun 1 dengan mulut comot dan tangan berselemoih makanan, mendongak dengan wajah polos.

Makcik… makcik.. kat mana kita nak basuh tangan ni?” Tanyanya sambil menyuakan tangan yang berselemoih.

Pause.
.
.
.
.
Lupa.

Hari ni cikgu Nida tak pakai celak dan eye liner.

IKLAN

Lipstik pun tak sempat pakai. Bedak pun sapu yang dah nampak tapak bekas ( baca : dah nak habis sangat). Sebab semua beg mekap dan toiletries belum berkemas ( baru semalam turunkan dari kereta)

Tudung capai yang seploh hengget tergantung tak payah gosok. Sebab malas nak menyelongkar beg baju cari dan gosok tudung yang selalu digabungkan dengan baju hari ini.

Maklum ompompuan ni kalau balik kampung bawak selagi ada tudung yang dia ada.

Kasut yang sedap pakai juga semua dalam kereta yang baru balik dari beraya kat Klate.
(Baca : angkut semua kasut)

So sarung apa ada. Bak tanya encik sommi; kasut leper sapa ni ( waktu terjumpa sebelah kasut dalam keretanya)

Jadi…
Cikgu halalkanlah kau panggil cikgu yang tengah berkicap tu, mokcik ya nak!
Hahaha… lucu!

Hahh!
Kau orang jangan mintak mokcik selpi pulak tengah hari buta ni untuk membuktikan rupa mokcik hari ini ya!

Guru biasa yang bukan hanya mengajar tulis baca;
Cikgu Nida
~ yang terlihat tak nampak di mata
#kitajagakita
#kitajagahatikita
#ceritaanakmurid

Sumber/Foto : Cikgu Nida

https://www.youtube.com/watch?v=X4H0vjAldpI

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI