Makan banyak, tapi berat badan masih ‘maintain’ tak naik? Rasa cemburu pula bila kita dengar ada rakan-rakan yang makan banyak namun berat badan mereka tidak naik.
Makan Banyak, Tapi Berat Badan Masih Maintain Tak Naik?
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun laman sosial, Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr. Mustafa Mohammaed Taher atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long menjelaskan tentang hal tersebut;
“Ada juga yang tanya, kenapa ada yang makan banyak tapi kenapa berat badan masih maintain tak naik. Perkara ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, lifestyle dan banyak faktor sebenarnya,” terangnya.
Beza Saiz Perut Individu Kurus Dengan Yang Berbadan Besar
Malah baru-baru ini perkongsian sebuah video Pak Long menjadi tular gara-gara berkongsi ilmu mengenai isu perut apabila membandingkan saiz organ badan itu dalam kalangan individu berbadan kurus dan mereka obesiti.
Untuk rekod sebenarnya antara selebriti yang pernah mendapatkan rawatan Bariatrik menerusi Dr Mustafa ialah Aishah dan Angah Raja Lawak.
Pada hantaran video tersebut doktor ini telah membandingkan saiz perut individu berbadan kurus yang berpenyakit dengan individu berbadan gempal yang kurang komplikasi.
Ads
Dek kerana video itu, ada warganet tidak berpuas hati dengan huraian Pak Long bahawa realiti hari ini kantung perut orang kurus yang berat 70 kilogram (kg) lebih besar daripada mereka yang berat 100 kg.
“Salam semua. Pak Long terkejut juga bila Assistant Pak Long @rafeahariffin inform video Pak Long jadi viral kat Twitter.
“Ramai yang tak puas hati cakap tiga-tiga perut tu perut besar, atas 100 kg, kena kecam sebab semua perut tu perut orang yang obes. Tapi ada juga yang sokong, ada jugak yg samakan perut dengan makanan viral tong mo tu. Macam-macam netizen ni.
“Biar Pak Long explain. Ada yang tanya kenapa tiga-tiga perut tu nampak macam sama je. Apa yang Pak Long tunjuk adalah contoh. Actually, kalau tengok secara dekat, perut yang 101 kg bersaiz lebih besar. Realitinya pula sekarang, ada yang berat badan cuma 60 atau 70 kg tapi kantung perut tu lagi besar dari orang berat 100 kg. Bahaya tu!,” terang Dr. Mustafa.
Ads
Paling Ringan Itu Secara Luaran Nampak Kecil
Dr. Mustafa juga menerangkan, kebanyakan individu selalunya mengambil kira kombinasi berat badan dan ketinggian (BMI).
“Bacaan BMI mempengaruhi ye. Kiraan dari segi BMI, mengukur tinggi dan berat, paling ringan itu secara luaran nampak kecil mungkin kerana dia sangat tinggi orangnya.
“Ada juga yang tanya, kenapa ada yang makan banyak tapi kenapa berat badan masih maintain tak naik. Perkara ini dipengaruhi dengan cara makan, waktu makan, jenis makanan, lifestyle dan banyak faktor sebenarnya,” tulisnya.
Dr. Mustafa juga memaklumkan ramai sebenarnya yang ingin tahu bagaimana hendak mengukur saiz perut yang sebenarnya.
“Memang tak boleh nak ukur perut secara fizikal. Cara seperti x-ray or CT scan boleh tengok size tapi hanya agak-agak sahaja, the actual size tu tak dapat diketahui. Hanya ketika pembedahan, barulah dapat tahu, ketika itu akan dilakukan measurement.
“Harap jawapan Pak Long dapat membantu mereka yang tak faham. Jadi, cost pembedahan bukan tertakluk kepada berat badan seseorang. Kurus ke plus size ke, semua kena check dulu dan Pak Long charge pun package price tak pakai timbang kati ya. Hope Pak Long dapat beri maklumat tepat dan padat ya,” kongsinya yang diharap dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
Banyak anda boleh jumpa cara-cara membuat susu pekat manis homemade. Salah satunya campuran susu lembu atau susu cair dan gula. Tapi resepi susu pekat manis homemade yang dikongsikan Puan Nuryati Yusoff ini sedikit berbeza. Sebabnya dari susu tepung dan marjerin.
“Saya memang such apply free sample susu untuk anak-anak kat Internet. Hasilnya banyak sample susu tepung yang saya dapat. Jadi yang mana anak-anak tak suka minum saya buat susu pekat manis homemade. Boleh jimat dari beli susu pekat.”
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung
60 ml air suam
2/3 cawan gula pasir kasar (tapi saya letak 1/2 cawan sebab tak pandai nak sukat)
1 sudu yang membukit marjerin
Cara Membuat
Masukkan air suam dahulu. Lepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi.
Kisar sampai pekat atau berkrim. Kalau kurang pekat tambah saja susu tepung sampai pekat yang kita nak.
Lepas itu dah siap dah boleh buat air atau simpan dalam peti ais.
Kredit sumber/foto: Nuryati Yusoff (MAHN) via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayi meninggal hari pertama dalam jagaan pengasuh, ibu luah momen rindu & kesakitan ditanggung. Tiada apa lagi ujian maha besar saat diuji kehilangan anak yang disayangi. Anak yang sihat dan ceria namun pergiya secara mengejut.
Satu perkongsian dari seorang ibu, dikenali sebagai Fizah Mohd yang diuji pemergian bayi perempuannya, Aisyah berusia 3 bulan sudah cukup menggambarkan derita dirasainya. Ini kerana bayinya meninggal pada hari pertama diletakkan di rumah pengasuh. Sebelah pagi dia mengahantar anaknya dan jam 5 itu dimaklumkan anaknya sudah kaku dalam jagaan pengasuh sekali gus membuatkan langkahnya longlai.
Dalam perkongsian di fbnya, Fizah mengakui tiada air mata mampu keluar kerana rasa rindu yang sarat ditanggung. Orang mungkin melihatnya kuat namun rasa rindu yang mencengkam membuatnya tidak mampu meluahkannya.
Anak syurga ini, Aisyah meninggal pada hari pertama diletakkan di rumah pengasuh.
Tragedi ini berlaku pada awal November di mana dirinya menghantar bayinya ke rumah pengasuh pada hari pertama dia bekerja. Namun sebelah petang sekitar jam 5, bayinya ditemui sudah meninggal dunia.
Post mortem sudah dilakukan bahkan siasatan forensik turut dibuat dan semuanya masih dalam siasatan bahkan pengasuh juga sudah dipanggil memberi keterangan namun semua itu tidak akan mengembalikan anaknya semula.
Dalam mengharungi liku sehari-hari, Fizah dalam fbnya mencatat:-
“1hb nov 2022 adalah hari terakhir mama dengan kamu. Sungguh indah senyumanmu di saat itu. Sangat berseri dan manis dan itulah senyuman yang paling membahagiakan dan terakhir kamu.
“Tanpa sakit dia dijemput Ilahi dibawah jagaan pengasuh pada hari pertama. Dikejutkan kamu tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999. Saat itu hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama. Dan saat itu mama terpaksa berlakon kuat dihadapan semua orang namun rebah bila kamu dibawa ke hospital. Cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih. Walaupun tahu kamu sudah tiada, terima kasih Allah pinjamkan dia kepada kami. Cinta kami sampai ke syurga, InshaAllah..
Bahkan Fizah juga ada memuat naik video momen-momen akhir yang sempat dirakam buat anak kesayangannya itu.
Tulisnya, nampak cekal dan kuat diri ini. Itu kerana aku pernah diuji rebah, jatuh, terbaring dan patah sayap untuk berterbang. Tapi dalam hati tak ada siapa yang boleh membacanya kecuali yang Maha Esa. Kuatnya diri ini hanya pinjaman yg diberikan dan kecekalan yang diberikan pinjaman untuk melawan yang pedih. Relakan hati redha walaupun selalu merindui, cekalkan hati untuk bangkit dan terus berjuang.
Kesakitan dirasainya saat mencium jenazah anak syurganya adalah momen paling sukar dilupakan hingga kiniSaat rindu itu hadir, Fizah memakaikan baju terakhir anaknya pada teddy bear untuk dirinya terus kuat menghadapi ujian ini
Bahkan untuk melerai rindunya, baju-baju tinggalan yang masih ada bau Aisyah disarungkan ke teddy bear, untuk dirinya terus memandang dan mencium anak syurganya itu.
Dapat dirasai kepedihan dan kesakitan dilaluinya. Kata Fizah, dirinya hampir rebah kerana rasa rindu seorang ibu kepada anak syurga. Semalam mama mencari setiap helaian pakaian anak syurga mama. Mencari bau yang tertinggal.
Sebagai pengubat rindu, tiada yang tertinggal kecuali lampin putih itu. Ya Allah kuatkan aku tulisnya sambil menambah pilu bila baju baru yang dibeli tidak sempat dipakai oleh anak syurga. Allahu, moga aku terus kuat kongsinya.
Berita yang cukup sedih dilaporkan oleh agensi berita Antara dan media tempatan lain di Indonesia, penyanyi popular dari negara itu, Glenn Fredly telah meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta.
Glenn, 44, yang juga terkenal di Malaysia menerusi lagu popular ‘Januari’, dilaporkan menghembus nafas terakhirnya pada 6 petang semalam. Punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta itu masih belum diketahui.
Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Rakan Artis Glenn Fredly Turut Bersedih
Berita sedih itu turut disampaikan rakan baik Glenn iaitu Tompi melalui pesanan WhatsApp kepada Kompas.com.
“Telah berpulang (meninggal) saudara kami, Glenn Fredly malam ini.
“Mohon dimaafkan semua salahnya, dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,” tulis Tompi.
Rakan artis lain turut berkongsi rasa sedih dengan pemergiaan sebutir mutiara dari negara seberang itu antaranya Ariel Noah dan Rossa menerusi akaun instagram milik mereka.
Tinggalkan Isteri & Anak Perempuan Baru Berusia 2 Bulan
Glenn meninggalkan isterinya, Mutia Ayu dan seorang anak perempuan yang baru berusia dua bulan.
Dalam status terakhir di Instagramnya, Mutia Ayu memuatnaik potret kebahagiaan sambil memeluk Glenn.
“Ketika Gewa dewasa nanti dan mengerti, Gewa pasti akan berkata ‘Gewa Bangga menjadi anak Perempuan Ayah’ Tuhan selalu jaga kami,” tulis Mutia Ayu pada kapsyen foto itu.