Mak Wan Latah Akur Kontroversi Dilalui Ujian & Dugaan “Keistimewaannya Allah Bagi, Saya Kena Banyak Sabar”

Share

Mak Wan Latah akur kontroversi dilalui ujian & dugaan. Sebagai insan kerdil sememangnya akan hadir ujian dari Allah SWT. Apatah lagi bila bergelar selebriti. Semua yang dilakukan akan menjadi perhatian.

Begitu juga yang dihadapi oleh pelakon senior Mak Wan Julia atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mak Wan Latah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Antara aksi lakonan Mak Wan dalam drama.

Mak Wan Latah Akur Kontroversi Dilalui Ujian & Dugaan

Bagi diri pelakon wanita yang berusia 61 tahun ini, segala yang berlaku adalah ujian dari Allah. Malah dirinya sendiri tidak menduga akan hadir ujian dan kontroversi hadir sejak kebelakangan ini membabitan namanya hingga menuntut kesabaran besar.

“Apa yang berlaku sekarang ini adalah ujian yang Allah bagikan pada Mak Wan.

“Sekurang-kurangnya Mak Wan bersyukur kerana Allah masih bagi ujian kepada Mak Wan. Dia masih memilih Mak Wan untuk ujian-ujian dan dugaanNya,” begitulah yang diluahkan oleh Mak Wan seperti mana dipetik menerusi laporan Harian Metro.

Baca Disini : Mak Wan Latah REDA Apa Berlaku, Enggan Aibkan Sesiapa semuanya kuasa ALLAH

Zarina Sedih Bila Ibu Menangis Depan Pintu “Sayang Mak Tau, Selalu Lawan Sebab Ina Sayang

Kawan-Kawan Banyak Bagi Sokongan

Bukan itu saja Mak Wan juga reda dan pasrah dengan segala yang terjadi.

“Jadi keistimewaannya Allah bagi ialah Mak Wan banyak sabar. Dia pun nak tengok sesabar mana Mak Wan.

“Alhamdulillah kawan-kawan Mak Wan banyak bagi sokongan pada Mak Wan.

“Begitu juga warganet di luar sana. Mak Wan ucapkan terima kasih kepada semua yang ada diluar sana kerana banyak sokong Mak Wan.

“Dan Mak Wan juga maafkan mereka yang mungkin ada mengecam Mak Wan,” ungkap Mak Wan.

Bersama rakan artis.

Mingguan Wanita :  Suka lihat lakonan Mak Wan yang sememangnya memberi kesan kepada penonton. Wajah keibuannya cukup memberi ketenangan. 

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto : Instagram nina_fazurina

IKLAN