Mak ayah adalah orang terpenting dalam membentuk dan mendorong kejayaan anak-anak dalam hidup mereka. Titipkan tujuh pesanan ini untuk mereka pegang dalam mengejar kejayaan. Bukan saja untuk duniawi semata-mata.
PESAN 1: Ikat Hati Pada Allah SWT
Jagalah Allah SWT nescaya Allah SWT sentiasa menjagamu. Anak-anakku, fahamilah oleh mu bahawa Allah SWT itu Tuhanmu. Justeru, yang kamu jaga itu adalah hubunganmu dengan Allah SWT.
Ingatlah sedalam-dalamnya, peganglah sekuat-kuatnya bahawa Allah SWT tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun. Maka usahlah kita mengambil pilihan untuk tidak bersama-Nya di mana sahaja wajah kita berpaling, di mana sahaja kaki kita melangkah dan di mana sahaja nafas kita sedut.
Anak-anakku, janganlah kamu mengatakan yang kamu mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT sedangkan kamu tidak mahu terikat dengan-Nya. Keterikatannya itu adalah satu matlamat para kekasih-Nya.
Justeru, ikatlah perasaanmu hanya dengan Allah SWT. Janganlah kamu suka bercerita kedekatanmu dengan-Nya tetapi hatimu sentiasa dekat dengan material duniamu. Usahlah kamu berangan-angan tentang-Nya sedangkan kamu cukup takut meninggalkan darjat, pangkat, harta duniamu.
PESAN 2 : Jangan Sekadar Berpelajaran Tapi Tak Berilmu
Wahai anak-anakku, utamakanlah pelajaran dan ilmu. Ketahuilah oleh mu, ramai yang berpelajaran tetapi tidak berilmu maka jiwanya kosong. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mengisi jiwanya.
Begitu juga ada orang berilmu tetapi tidak berpelajaran maka hidup bermakna biar tidak ke mana. Anak-anakku, alangkah indahnya kamu memiliki keduanya kerana itu menjadikan kamu sebaik-baik hamba. Pelajaran akan menjadi tongkat dunia mu manakala ilmu menjadi penjaga akhirat mu agar kamu tidak tersasar di sebalik keindahan dunia yang penuh tipu daya.
Ads
PESAN 3: Bersandar Pada Kebolehan Diri Bukan orang Lain
Anak-anakku, berusahalah untuk diri mu. Usah kamu bersandar pada orang lain kerana ayahanda tidak senang mendengar ungkitan. Setiap sandaran kita perlukan pulangan. Setiap pertolongan orang itu perlukan pembalasan walaupun tidak diminta. Ada yang mahukan balasan yang material. Ada juga yang hanya mahukan doa. Tak kurang juga yang mahukan balasan sikap dan sifat. Semuanya itu bentuk pembalasan.
Namun, kita mungkin tidak dapat memberinya sepanjang hidup kita. Justeru, anak-anakku, berusahalah sedaya upaya dengan akal dan kudrat kurniaan Allah SWT agar kamu mengurangkan sandaran kamu terhadap orang lain.
Ia menjauhkan kamu dari rasa sakit hati apabila setiap yang disandarkan menjadi ungkitan biarpun sandaran yang diberi sudah terbalas sekian lama. Ingatlah anak-anakku, jangan sesekali kamu mengungkit kerana ungkitan itu memadamkan rasa. Orang yang mengungkit tidak pernah terguris rasa tetapi orang yang diungkit akan selalu ngilu perasaan.
PESAN 4: Taat Pada Pasangan
Apabila kamu berpasangan kelak, taati pasanganmu daripada dua sudut nescaya hidup kamu bahagia hingga akhir hayat. Taatlah dengan zahir, tunaikan tanggungjawab mu sebagai orang yang diamanahkan.
Berikanlah khidmat kepada pasanganmu dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Setiap pasangan itu perlu saling berkhidmat antara satu sama lain. Taatilah pasanganmu dengan perasaan.
Ads
Usahlah biarkan perasaan mu diisi dengan ketaatan kepada yang bukan haknya. Ingatlah anak-anakku, sentiasalah dahulukan yang berhak. Jangan biarkan dia melihat apa yg tidak disukainya. Jauhkan pendengarannya dari apa yg dibencinya. Jaga hidungnya agar tidak mencium apa yg tidak digemarinya.
Wahai anak-anakku, berhentilah mengkritik orang lain sebelum kamu mengkritik dirimu sendiri. Nasihatilah dirimu sebelum menasihati orang lain. Jagalah kata-katamu kerana sepotong ayat yang tidak dijaga akan melukakan hati sepanjang hayat.
Kelak nanti kamu tercari-cari mengapa orang berjauh hati dengan mu. Kasihanilah dirimu sebelum kamu mengasihani orang lain agar rasa kasihan yang kamu berikan kepada orang lain datangnya dari lubuk hati dan perasaanmu dan bukan produk keluaran bibirmu.
Berbicaralah dengan lisan lembut dan suara yang rendah. Kata-kata yang kamu lontarkan adalah personaliti kamu. Sentiasa rendahkan suaramu agar nanti kamu tidak tersasar tinggi suara pada Tuhanmu. Jadilah kamu orang yg bermanfaat untuk orang lain.
Jadilah kamu orang yang bisu dalam memperkatakan kelemahan orang lain. Jadilah kamu orang yang buta melihat kekurangan orang lain. Jika tidak, kesemuanya akan menjadi sikap dan sifatmu kelak.
PESAN 6: Belajar Memberi Dan Menerima
Anak-anakku, ayahanda wariskan kepadamu apa yang hak untuk kamu. Usahlah kamu tamak. Usahlah kamu berkira. Belajarlah untuk memberi dan menerima. Jangan kamu pertikai apa yang bukan hak kamu kerana itu semua membuka pintu kenistaan.
Jangan kamu ambil apa yang bukan hak kamu dan jangan kamu berikan kepada orang yang tiada haknya. Ia menjadikan kamu jatuh ke lembah ketidakadilan. Ia pasti merosakkan silaturahim antara kamu dan orang lain.
PESAN 7: Jangan Takut Buat Silap
Anak-anakku, jangan pernah kamu takut untuk melakukan sesuatu yang baru kerana setiap orang yang berjaya pasti pernah melalui kesilapan. Jika kamu takut silap maka kamu akan sentiasa silap. Wahai anak-anakku, inilah yang ayahanda suratkan. Semoga ia menjadi pedoman hidup mu agar kekal ber’Tuhan’.
Artikel: Dato’ Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak kalau menangis, biasanya itu sebab dia gagal mendapatkan sesuatu yang dia nak. Kadang siap berguling tempat orang ramai sebab suruh mak ayah ikut kehendaknya. Ya, itulah senjata anak kecil.
Jadi mak ayah kena menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk dan bagi dia berhenti menangis. Jiwanya sangat sensitif, selalu menangis dan mudah marah.
Untuk mengatasi masalah ini, mak-mak boleh ikut tip redakan anak menangis daripada Puan Anayasmin Azmi ini.
“Oh..adik nangis sebab sedih ya..” “Adik nangis sebab sakit ya..ok…ok..”
Paling worst kalau anak tengah tantrum kita cakap “tengok tu..budak tu tak nangis pun..”
Ini 5 Cara hadapi tantrum si kecil; yg saya belajar dari developmental consultant semalam:
1. tantrum pasti ada trigger. Sebaiknya kenal pasti trigger dan cuba prevent trigger berlaku.
2. Bila emosi tengah peak…buatlah ‘ignore’ therapy beberapa minit.
3. Perhatikan bagaimana anak ‘calm down’. Berapa lama dia ambil masa nak ‘settle’ kan emosinya…Ini berguna jika berlaku lagi situasi yang sama.
4. Dah calm down..dekatilah dan bicaralah dengan lembut.
5. Kuatkan hati hadapi pandangan umum. Kerana majoriti situasi, kita marah dan pukul anak disebabkan ‘pressure’ dari sekitar.
Saya ingatkan diri saya dan semua yang membaca..bersabarlah..berilah peluang anak belajar mengenal emosi.
Nota Daripada Penulis:
Perkara yang boleh dibuat untuk meredakan anak yang sedang mengamuk adalah:
1. Peluk anak dari arah belakang.
2. Bisik ke telinganya yang anda sayang dan sangat faham dengan perasaannya.
3. Bacakan Surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun-ubun anak
4. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga sendiri perlu bertenang.
5. Jangan sekali-kali marah dan menjerit atau memukul anak dengan tujuan untuk mendisiplinkannya. Iani hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau semakin suka memberontak.
Haaa… tak susah, bukan? Moga mak ayah mampu mendidik anak kecil dengan cara paling manja dan tetapi tegas walau sibuk dengan urusan mencari rezeki.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KEJAM, itu yang perkataan pertama yang akan keluar dari mulut apabila tahu seorang ibu sanggup campak bayi lelakinya dari tingkat dua sebuah bangunan di Hentian Bas Kajang semalam.
Thayalan Paliand, 33 mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit
Cerita lelaki yang mahu dikenali sebagai Ajey, walau panik dia tetap bawa bayi itu ke klinik.
“Tengok keadaan bayi itu dalam keadaan biru, saya panik dan badan saya menggigil.”
Terdengar Bunyi Dentuman Kuat
Ketika makan, dia terdengar bunyi kuat dari bumbung restoran itu dua kali. Tiba-tiba dia terdengar pekerja wanita restoran itu menjerit sebelum bergegas ke bahagian belakang premis berkenaan.
“Saya terkejut apabila menemui bayi lelaki dalam keadaan bogel berhampiran besi konkrit. Pada mulanya, saya menyangka bayi itu sudah mati, namun tangannya bergerak.”
Balut Dan Bawa Bayi Ke Klinik Berdekatan
Ajey berkata, dia kemudian berlari mendapatkan apron yang bersidai di premis berkenaan untuk membalut bayi terbabit.
“Saya melihat kaki dan tangan bayi itu biru, ada darah di kepala dan hidung selain kesan calar di bahunya. Saya terus berlari ke depan restoran dan menahan sebuah van lalu mengarahkan pemandunya membawa saya ke klinik berhampiran.
“Sepanjang mendukung bayi itu, saya rasa panik dan badan mengigil melihat keadaannya seperti susah bernafas. Saya risau tidak sempat sampai ke klinik untuk menyelamatkan nyawanya,” katanya yang juga seorang peniaga.
Sebaik tiba di klinik berkenaan, doktor meminta saya membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan lanjut kerana kecederaan parah dialaminya.
“Pihak Hospital Kajang yang dihubungi mengambil bayi berkenaan dari klinik berkenaan.
Difahamkan bayi itu dicampak oleh pekerja kilang warga asing dari tingkap bilik air sebuah rumah di tingkat dua bangunan lima tingkat terbabit sebelum jatuh pada bumbung restoran berkenaan dan berguling jatuh ke bawah.
“Dentuman yang saya dengar itu dipercayai bunyi bayi berkenaan dicampak dan kali kedua pula (bunyi) uri yang dibuang dari tingkap berkenaan,” katanya.
Bayi Hidup Tapi Masih Kritikal
Menurutnya, dia ada melawat bayi berkenaan yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
“Saya terlihat status dimuat naik di Facebook yang memaklumkan bayi itu sudah meninggal dunia. Namun, doktor memaklumkan keadaan bayi itu ktitikal tetapi stabil.
Apa yang cukup menyedihkan, keadaan bahu kanan bayi itu patah dan dia turut mengalami pendarahan di bahagian kepala.
Namun dia tetap berharap bayi berkenaan sihat dan dapat memberikan sumbangan kepadanya.
“Sekiranya dia sudah sihat nanti, saya mahu memberikan bantuan dari segi sumbangan bahan keperluan kepadanya. Namun jika hayatnya di dunia ini singkat (meninggal dunia), saya sanggup membantu urusan pengebumiannya,”akhirinya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...