Ada benarnya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak perlukan ilmu. Sayang anak biarlah berpada-pada. Mak ayah berhentilah ‘micromanage’ anak sebelum terlambat. Janganlah terlalu bersikap ‘melindungi’ dan ‘prihatin’ dengan menguruskan serba serbi segala rutin kehidupan mereka. Risau mereka tak pandai berdikari dan terlalu mengharapkan bantuan kita pula nanti.
Untuk faham lebih lanjut cuba semak tanda-tanda ‘micromanage’ perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini.
Ini rupanya tanda bila kita terlalu Micromanage kepada anak!
1.Tak boleh nampak anak susah sikit cepat je nak menolong, “Aduh kasihannya dia, meh ibu tolong…”
2.Risau berlebih-lebihan, “eh mainan ni tak boleh nanti dia masuk mulut, eh panjat ni tak boleh nanti jatuh, eh tak boleh berlari nanti tersadung”
3.Selalu nak cepat, “Nak tunggu adik naik kereta sendiri memang terkial-kial, meh ayah angkatkan”
4.Mudah tak sampai hati dengan anak, contoh nak ajar anak potty train tapi bila tengok anak gelisah, susah benar nak buang air, terus fikir macam-macam kang sembelit pula budak ni.
5.Terlalu perfectionist sangat pun tak boleh. “tak cantik tulisan abg ni, tulis semula” kadang yang tak cantik tu la anak selesa dan happy belajar.
Ads
6.Tak suka rumah bersepah, “kakak main jangan bersepah-sepah” Suruh anak bermain tak bersepah ibarat kita suruh anak mandi tapi jangan basah. Tak releven langsung.
7.Terlalu obses nak anak jadi sebiji macam kita. “Ibu dulu pandai matematik, jadi abg pun kena pandai matematik”
8.Tak benarkan langsung anak buat salah atau gagal, suka membetulkan kerja sekolah anak sebelum anak habis buat pun lagi.
9.Cemas sangat kalau anak menangis, mengamuk atau tantrum. Terus beri apa sahaja anak minta masa itu adalah sangat bahaya, itu namanya kita Reward Bad Behaviour dia.
Ads
Tanpa sedar sikap micromanage ni sebenarnya melemahkan kemahiran self-manage anak kita.
– berdikari lemah
– autonomi lemah
– coping skil lemah
– self-control lemah
Ibarat kita ni jadi PA anak-anak, semua rutin kehidupan dia kita nak uruskan.Tanpa kita, anak langsung tak boleh survive!
Jika di rumah ( dunia kecil ) ni anak anak tak mampu untuk survive sendiri, bagaimana dia nak survive di dunia luar yang lebih buas, lebih ganas dan lebih merisaukan kita nanti.
Berhenti la micromanage sebelum terlambat!
Wallahu A’lam,
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnnya, mak ayah elakkanlah terlalu ‘micromanage’ anak-anak agar mereka dapat lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kita.
Setiap mak ayah pasti sayangkan anaknya sendiri bagai menatang minyak yang penuh. Namun sayangkan anak biarlah berpada-pada. Jangan biasakan menurut segala kehendak dan permintaan mereka yang boleh memberi kesan dalam diri mereka nanti. Ini kerana tanpa disedari kita yang mengajar anak-anak untuk menjadi ‘bos’ kepada mak dan ayahnya sendiri. Akibatnya, anak mula bersikap kurang ajar, tidak menghormati kita berpunca daripada kesilapan kita dalam mendidik mereka.
Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razifini, 5 tanda anak kita mula jadi BOS kepada mak ayahnya sebagai panduan;
1. Tak Sampai Hati Sekat Kebebasan Anak
Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.
2. Tak Berani Tegur Kesalahan
Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi
3. Takut Buat Peraturan
Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak
4. Tunaikan Semua Permintaan Anak
Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa
5. Terlalu Sayangkan Anak
Bila mak ayah terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba!
Taufiq Razif
Tetap sayang anak tapi berpada
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna.Awas tanda-tanda ini. Sayangkan anak biarlah berpada-pada, jangan sampai mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapanya.
“Eh, sikit pula susu hari ni. Adooii.. dah lah macam cair je. Nak makan apa lagi ni, macam-macam dah buat. Patutlah anak asyik tidur kejap-kejap. dan asyik merengek. Mesti tak kenyang! Hmmmmm…”
Ini satu dilema biasa bagi ibu-ibu yang gigih susukan anak tanpa guna susu formula. Kadang makan banyak pun tapi hasilnya kurang. Anak pula baru usia 3-4 bulan. Pelik kalau nak kata tak ada susu!
Ok, jangan risau… mak-mak boleh amalkan 5 petua ini, moga ada hasilnya!
Cara pekatkan susu badan
1. Makan nasi
Kalau breakfast nasi lemak, waktu sesi mengepam pukul 10 pagi mak-mak mesti dapat susu yang pekat berbanding hari yang breakfast dengan roti sahaja. Waktu lunch dengan dinner, mak-mak kena makan nasi.
2. Minum minuman coklat
Antara milkbooster yang perlu anda cuba adalah minuman bermalta seperti milo dan horlick. Kalau minum milo, susu perahan akan mengandungi lapisan lemak yang lebih tebal. Nak lagi pekat, campur milo dengan nestum atau oat. Confirm, pekat!
3. Makan oat
Mak-mak boleh amalkan sewaktu sarapan pagi dengan makan oat je. Memang susu yang dihasilkan akan jadi lebih pekat, tau!
4. Sediakan kurma
Kurma pun milkbooster yang bagus. Amalkan makan 7 biji kurma setiap hari. Paling kurang sebiji. Boleh nampak perbezaankalau mak-mak selalu makan kurma. Nak lagi best, campur kurma dengan susu dan sedikit badam. Punyalah sedap dan senang untuk kenyangkan bayi dengan susu anda. Atau anda boleh cuba resepi banyakkan da pekatkan susu ini…
Bahan-bahan:
1/2 kotak susu segar Magnolia
10 biji buah kurma – dibuang biji dan dibersihkan (nak letak lebih pun boleh)
1 cawan air panas
beberapa ketul ais – optional
sedikit gula – optional
Cara-cara:
1. Rendam buah kurma dalam air panas 15 minit.
2. Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga hancur. 3. Masukkan pula ais dan kisar lagi. Jika nak letak gula, masukkan sekali.
4. Masukkan susu segar dan kisar sebati.
5. Amalkan doa ibu menyusu
Ini patutnya semua mak-mak tahu dan boleh amalkan setiap hari. Niat elok-elok dan doa pada Allah moga urusan ibu dipermudahkan. Bacalah doa ini…
Ya ALLAH… permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN…”
Mak-mak kena rajin sikit lah, tapi tak apa, janji anak tidur lena sebab kenyang minum susu anda. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah tegurlah lembut anak-anak. Selalunya kalau anak buat hal, terus mak ayah tinggikan suara. Maklumlah kalau lembut-lembut ‘tak makan saman’, mesti akan buat lagi.
Itulah yang selalu dalam fikiran mak ayah. Kalau nak tegur lembut, mahunya anak buat tak endah. Lebih-lebih lagi, anak lelaki, lasak dan buasnya lain macam.
Hakikat yang sebenar, mak ayah tegurlah lembut anak-anak terutamanya anak lelaki. Sekeras, sedegil dan sebuas dia bila mak ayah tegur cara lembut, akan menusuk juga dalam hati dan jiwa anak.
Mak Ayah Tegurlah Lembut Anak, Jangan Didik Cara Kasar
Dalam perkongsian Mohd Fhais Salim initurut menegaskan agar mak ayah tegur anak cara lembut. Senakal dan sedegil mana pun anak lelaki tegur la dia dengan cara yang lembut
a) Lembut pada suaranya
b) Lembut pada bahasanya
c) Lembut pada pekertinya
d) Lembut pada nasihatnya
e) Lembut pada tegasnya
Banyak anak anak terutamanya anak lelaki jadi kasar, buas dan degil kerana hatinya di didik untuk jadi kasar, ganas dan keras.
Setiap kata-kata dari ibu dan ayah besar efeknya pada anak. Ibu ayah ada the most influential words dalam hidup anak anak. Semua kata-kata kita sentiasa di ambil serius oleh anak anak dan akan terus sampai ke hati.
Dia dengar atau tidak tu nombor dua. Nombor satu pasti sampai ke hati dulu. Sebab itu juga la perangai, tingkahlaku dan tabiat anak anak ini banyak mengikut kita.
Hati ni pusat keperibadian seorang manusia. Bila hati kasar, cara cakap pun akan kasar.
Bila hati kasar, tingkahlaku pun akan jadi kasar. Habit jadi kasar. Perangai jadi kasar.
Tegur Cara Sopan & Lembut
Nak ajar anak bertukang, berkebun, atau berperang sekalipun ajar la. Tapi bila menegur guna la cara yang sopan dan lembut.
Anak kena belajar bahawa kekuatan manusia bukan terletak pada lengan tapi kekuatan manusia terletak pada hati.
1. Kuat sabarnya
2. Yang kuat tahan marahnya
3. Kuat lawan nafsunya
4. Yang kuat tunduk egonya
5. Kuat kebaikannya
Makin lembut hati anak, makin mudah la kita nak lentur dan bentuk dia kelak
Wallahu a’lam.
Mingguan Wanita : Kalau mak ayah cakap kasar, nanti anak akan balas kasar, lagi membuak-buak kita marah. Bila tegur lembut, pasti akan lembutkan hati anak-anak juga.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...