Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur: Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan. Pada malam yang istimewa minggu lalu,  Grand Johor Ballroom di Shangri-La Kuala Lumpur bercahaya dengan sinar kasih sayang dan kegembiraan.

Majlis tahunan “Embrace Gift of Life”  menyatukan 140 tetamu yang mewakili kepelbagaian masyarakat termasuk 60 anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Qaseh Ibu dan juga anak-anak penerima Embrace bersama keluarga mereka.

Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur, Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan

Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur

Majlis ini tidak sekadar sekadar majlis berbuka puasa tetapi satu usaha bersama untuk menyokong program amal yang telah berlangsung sejak 1985.

“Embrace Gift of Life” merupakan tangan kasih kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung bawaan atau penyakit jantung yang serius. Dana yang dikumpul pada malam itu dan di setiap majlis sebelum ini, membawa sinar harapan kepada keluarga yang memerlukan.

Pengurus Besar Shangri-La Kuala Lumpur, Daniel Kaeflein, menyuarakan rasa terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau menegaskan komitmen hotel untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang prihatin.

Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur, Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan

IKLAN

Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan

Baginya, “Embrace Gift of Life” bukan sekadar program amal, tetapi satu panggilan untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Pada malam itu, semangat kebaikan begitu kuat. Para tetamu dan sukarelawan berkongsi senyuman dan cerita, seolah-olah masa berlalu tanpa bebanan, tanpa kesedihan.

Melihat kegembiraan di wajah anak-anak dari Rumah Qaseh Ibu menikmati makanan penuh berselera dan bermain ternyata kasih sayang ini turut menyatukan semua orang.

Istimewanya, majlis ini turut mendapat rakan penaja yang prihatin. Bas Hop On Hop Off telah menyediakan pengangkutan bagi anak-anak dari Rumah Qaseh Ibu, memastikan mereka tiba dengan gembira dan selamat selain kerjasama dengan  Nanyang Press.

IKLAN

Persembahan anak-anak Istimewa dari  Heavenly Star Music Academy  turut memeriahkan majlis. Bakat-bakat kecil berusia 3 hingga 12 tahun memukau hati para tetamu dengan bakat mereka yang mengagumkan. Di antara nada-nada yang indah, kita merasakan betapa berharganya setiap momen yang kita miliki.

Majlis Buka Puasa “Embrace Gift of Life” Di Shangri-La Kuala Lumpur, Menggetarkan Hati Dengan Kebaikan

Shangri-La Kuala Lumpur dengan tegas mengulangi komitmen mereka untuk menyokong program “Embrace Gift of Life” dan inisiatif komuniti lainnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak, Datuk Red Akui Lalai “Asyik Minta Maaf Banyak Kali”

IKLAN

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Datuk Red

Berkawan Baik Dengan Madu, Adira Akui Suami Kena Main Peranan Penting Serta Perlu Adil

Datuk Red Pertahankan Rumah Tangga, Masih Sayangkan Perkahwinan Dengan Adira

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI