Luluh hati tengok jasad terbaring kaku, pemandu ambulan tak sangka anak mangsa kemalangan. Tiada apa yang lebih menyebakkan tatkala diuji dengan kehilangan ahli keluarga yang kita sayangi.
Apatah lagi ianya satu pemergian mengejut kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pengalaman seorang bapa yang juga pemandu ambulan yang diarahkan untuk mengambil mangsa kemalangan bertukar menjadi memori sedih apabila mangsa tersebut adalah anaknya sendiri.
Dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan lori trelar di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, petang semalam, pemandu ambulan Mohd Taqwa Ismail, 49 sama sekali tidak menyangka mangsa kemalangan itu adalah anak lelakinya, Muhammad Aiman Mohd Taqwa.
Dirinya yang bertugas di Klinik Kesihatan Sungai Tong mengakui hatinya luluh tatkala mendapati jasad anaknya sudah terbaring kaku di jalan raya.
Arwah terlibat kemalangan dengan lori dan meninggal di tempat kejadian
Memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian itu, anaknya, Muhammad Aiman, 21, yang juga kakitangan Unit Landskap Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terbabit dalam nahas selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lori di lokasi kejadian, kira-kira jam 4.30 petang.
Taqwa berkata, dia mendapat panggilan meminta untuk mengambil mangsa kemalangan di lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Setiu.
“Namun apabila sampai di situ, saya seakan-akan mengenali motosikal itu dan apabila melihat nombor pendaftarannya, baru sedar rupanya anak sendiri menjadi mangsa kemalangan.
“Sejak saya bertugas menjadi pemandu ambulans kira-kira 21 tahun lalu, ini adalah pengalaman pertama terpaksa berdepan situasi membabitkan ahli keluarga sendiri.
Ads
“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sebak dan sedih saya ketika itu walaupun sebelum ini pernah mengambil mangsa kemalangan lagi serius tapi tidak terlalu beremosi seperti ini,” katanya di sini, hari ini.
Dia berkata, Aiman baru sahaja lima bulan bekerja di TTI dan kerap berulang-alik dari tempat kerja dan pulang ke rumah di Sungai Tong.
“Selalunya Aiman bawa bekal ke tempat kerja tetapi semalam dia berjanji mahu pulang untuk makan petang bersama saya di rumah.
“Kebetulan malam sebelum kejadian, saya sempat memasak ikan lampam goreng yang dibawa balik dari Tasik Kenyir dan dia sempat makan serta meminta lebihan ikan itu disimpan untuk dimakan keesokan harinya,” katanya.
Pihak pengurusan tempatnya bekerja menyifatkan arwah Aiman sebagai pekerja yang tekun, pendiam, rajin dan disenangi kawan kawan. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman
Katanya, Aiman anak kedua daripada lima beradik hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Zulnilawati Idris, 47, merupakan anak yang pendiam tetapi sangat disenangi ramai kerana pandai menyesuaikan diri.
Ads
“Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Belara kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tong di sini dari Kuala Nerus.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
“Lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Afandi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke Hulu Terengganu dari Kok Lanas, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat Muhammad Aiman dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sudah sampai masanya, sembilan beranak meninggal dunia selepas makan mi yang disimpan lama dalam peti sejuk. Kejadian yang berlaku di China ini meragut nyawa setelah beberapa hari mereka menikmati hidangan mi ini.
Sebuah keluarga di Jixi, China, meninggal dunia selepas makan sejenis mi tempatan yang terkenal. Di China, mi merupakan menu yang popular dan sering dimakan ketika majlis-majlis keraian.
Namun, di Jixi, China, satu keluarga yang terdiri daripada sembilan anak beranak telah meninggal dunia pada 10 Oktober yang lepas setelah makan mi jenama Suantangzi.
Memetik laporan Mirror UK, sembilan ahli keluarga itu disahkan meninggal dunia setelah makan mi jenis Suantangzi, sejenis mi yang terkenal di China. Ketika kejadian, mereka sekeluarga dipercayai memakan mi tersebut yang telah lama ditinggalkan di peti sejuk.
Foto: Mirror UK
Mi tersebut dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid kerana telah lama disimpan. Tujuh mangsa meninggal dunia terlebih dahulu, iaitu lima hari selepas memakan mi tersebut.
Kemudian, diikuti dua ahli keluarga yang lain. Hasil siasatan, pihak berkuasa tempatan mendapati, mi tersebut dibuat daripada tepung jagung yang diperam yang menyebabkan wujudnya Bongkrek Acid yang meracuni mereka sekeluarga.
Tiga kanak-kanak yang turut merupakan ahli keluarga ini bernasib baik kerana tidak memakan mi tersebut ketika kejadian.
Foto: Mirror UK
Bongkrek Acid Boleh Sebabkan Kematian
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, berkata Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut.
Katanya, kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.
Tambahnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.- Mirror UK
MW: Kadang-kadang dek kerana tidak mahu berlakunya pembaziran, ada segelitir mak, ayah sanggup menelan makanan yang telah disimpan lama dalam peti sejuk. Berhati-hati iya selepas ini, tak semua makanan mampu bertahan lama walaupun di simpan dalam peti sejuk.
Sumber: sinarplus
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kongsi Nornafishah Zamry, tak semua orang yang ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) keluarkan RM 10 K, ada yang cuma dapat keluarkan RM300 saja sebab cuma itu yang tersisa.
Itu pun keluarkan untuk beli baju raya anak-anak.
Tak Semestinya Kaya
Jadinya tak perlu fikir semua orang yang ada KWSP tu raya nanti mesti banyak duit. Elakkan lah bergurau bab duit sebab ada orang yang sensitif sebab dia tak ada pun sampai 10K tu.
“Haaa pegi salam mintak duit raya dekat maksu tu , dia banyak duit tu dapat 10K ”
Jangan ya ajar anak meminta-minta duit raya dekat orang. Tak elok.
Mingguan Wanita : Tak perlulah sindir orang yang keluarkan duit KWSP tanpa usul periksa. Lagi satu, itu duit dia biarlah dia nak keluarkan atau tidak dan terserahlah pada dia bagaiamana nak uruskan duit itu ke mana… Betul tak?
Intan Saleh selamat bernikah kali kedua. Tahniah diucapkan buat Intan Liana Saleh yang telah selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Aizam Yahya.
Selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal, Intan yang merupakan bekas isteri kepada pemuzik yang dikenali sebagai Ude Wahid telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang sudah berstatus isteri.
Ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki, Arish Muqri dan Ariq Muqri ini juga kelihatan begitu sebak tatkala suaminya Aizam menyarungkan cincin kepadanya.
Intan Saleh Selamat Bernikah Kali Kedua
Menerusi perkongsian sebuah video menerusi akaun rasmi Instagramnya, Intan telah sah menjadi isteri kepada Aizam dengan sekali lafaz pada Isnin, 20 Disember 2021.
Malah Intan yang kelihatan begitu berseri-seri dengan persalinan baju pengantin, mengalirkan airmata sebak disaat Aizam menyarungkan cincin kepadanya.
Menerusi ruangan kapsyen hantaran susulan di Instagram, Intan juga berharap agar perkahwinan kali kedua ini akan kekal hingga ke syurga.
“With my whole heart for my whole life!
“InsyaAllah… tak banyak yang ku pinta hanya kekal hingga ke syurga,” luah Intan.
Malah hantaran terbaru di Instagram juga Intan turut berkongsi rasa hatinya yang bersyukur dengan takdir Allah dapat bersatu dengan suami.
“Yang dihadapan belum diketahui, yang dibelakang sudah di lalui, yang penting sekarang harus ditempuhi.
“Dengan takdir jika Allah menginginkan dua hati untuk bersatu,
“Maka Allah akan mengerakkan keduanya, bukan hanya satu,” luah Intan.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.