Berita kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang maut akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu, benar-benar meruntun hati ramai pihak.Namun yang paling terkesan dengan kehilangan tersebut pastinya kedua mak ayah hero negara ini.
Bagi seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anak dengan sihat dan sempurna, pastinya tidak terjangkau dek fikiran macam mana anak yang dikandung 9 bulan terlebih dahulu pergi meninggalkan dirinya dalam keadaan sebegitu. Dalam redha menerima segala takdir dan ketentuannya, pastinya wujud rasa amarah, kecewa dan sakit hati bersisa dihati.
Diheret Ke Muka Pengadilan
“Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu… sampai bunuh anak saya,” itu luahan Asma Aziz, 51, iaitu ibu kepada Muhammad Adib.
Asma berkata, besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat individu tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan sebagai pembelaan terhadap kematian anaknya itu.
Dan apabila waktu itu tiba nanti, Asma berkata, dirinya sendiri mahu melihat sendiri wajah individu yang tergamak meragut nyawa Muhammad Adib ketika anaknya itu sedang bertugas untuk negara.
“Saya nak depa (mereka) dibawa ke muka pengadilan, apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini.
Ads
Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.
Pada masa sama, Asma berkata pihaknya menghargai keprihatinan ramai pihak khususnya di media sosial yang mahu kematian anaknya itu turut dibela ke muka pengadilan.
“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)…saya tak sanggup lagi.
Ads
Adib Rapat Dengan Keluarga
Mengimbas semula sifat Muhammad Adib, Asma berkata, anak kedua daripada empat beradik itu amat rapat dengan keluarga malah sentiasa pulang ke kampung menaiki pengangkutan awam setiap kali cuti.
Katanya, selain itu, Muhammad Adib juga akan mengambil cuti untuk membantu bapanya mengerjakan sawah setiap kali musim menanam padi tiba.
“Kalau cuti dua hari pun arwah akan pulang ke rumah menaiki kereta api atau bas sebab arwah memang rapat dengan keluarga.
Ads
“Kalau musim menanam padi tiba, arwah akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah,” katanya yang mengakui tidak dapat tidur lena malam tadi berikutan merindui Muhammad Adib.
Malah ketika ditanya lebih lanjut mengenai Muhammad Adib, Asma bagaimanapun tidak dapat menjawab berikutan terlalu sebak.
Katanya, dirinya sekeluarga juga tidak membuat keputusan lagi sama ada mahu ‘menukar’ majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung 22 Disember ini sebagai kenduri tahlil berikutan masih terlalu sedih dengan insiden menimpa mereka.
MW: Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga Muhammad Adib ini. Semoga pelaku yang melakukan perbuatan kejam ini, segera dibawa kemuka pengadilan dan mendapat pembalasan yang setimpal.
Inilah masalahnya apabila pilih nama anak terlalu panjang, mak ayah berdepan masalah dapatkan sijil kelahiran.
Sesungguhnya nama adalah doa. Justeru, mak ayah sebaiknya bertanggungjawab memberikan nama yang baik serta mambawa makna yang elok untuk bayi yang dilahirkan.
Pilih Nama Anak Terlalu Panjang
Begitu juga dengan pasangan ini. Suami isteri di Jawa Timur memilih nama yang baik buat cahaya mata mereka bagaimanapun ia terlalu panjang sehingga berhadapan masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.
Tidak seperti kebanyakan nama yang panjang hanya terdiri atas kombinasi tiga hingga empat perkataan sahaja, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah memilih nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta buat anak lelaki mereka yang terdiri daripada 19 perkataan dan 115 huruf.
Kata Arif, nama yang dipilih untuk membawa makna adalah berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam. Ia dipilih hasil perbincangan saudara mereka yang juga seorang budayawan, Mujoko Zahid.
Berhadapan dengan masalah dokumen rasmi kelahiran, menurut laporan Detik, pasangan itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Berdepan Masalah Dapatkan Sijil Kelahiran
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menyarankan agar pasangan berkenaan memendekkan nama anak mereka, lapor Kompas.
Ia berikutan tindakan pihak berkuasa yang menolak permohonan dokumentasi pasangan itu kerana had jumlah abjad yang dibenarkan ialah 55 abjad iaitu separuh daripada nama kanak-kanak yang mesra dipanggil Cordo itu.
55 karakter tersebut ialah termasuk huruf dan jarak.
Antara nama yang menjadi nama terpanjang di dunia ialah Willow Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Taylor-Brown.
Gadis itu berusia 13 itu berasal dari England memiliki nama tengah sebanyak 25 perkataan.
Mingguan Wanita : Setiap mak ayah berhak memilih nama terbaik untuk anak-anak. Namun fikirlah secara waras agar tidak mendatangkan masalah kepada mereka atau kepada anak itu sendiri. Renung-renungkan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Berhenti bandingkan keputusan. “Masih ramai yang cemerlang spm tapi akhlaknya gagal. Tak salah raikan anak-anak yang berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi berpada-padalah.
SPM bukanlah pengakhiran hidup sebaliknya ianya permulaan kepada anak-anak untuk menempuh masa depan. Sekalipun mereka gagal, insyallah masih ada banyak peluang untuk mereka tebus kegagalan hari ini.
Ikuti perkongsian Dr Arisman MD ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Berhenti Bandingkan Keputusan
“Berapa A anak akak dapat? 10A? 9A?”
“Anak akak dapat 10A SPM. Nak jadi doktor katanya… anak ko siti dapat berapa A? Sama-sama pergi tuisyen kan?”
“Oklah dapat 5A anak bongsu aku tu… kakak-kakak dia semua dapat 6A. Ada anak orang lain yang tak dapat A langsung. Bersyukurlah kan Kiah..”
Antara ayat yang kita akan dengar apabila hari keputusan SPM diumumkan.
Kadang-kadang ibu bapa yang berkata atau bertanya sedemikian tidak mempunyai niat untuk memperkecilkan atau membandingkan.
Tetapi lumrah seorang ibu atau bapa mahu melihat bagaimana pencapaian anak mereka tersebut dengan anak-anak SPM yang lain.
Nak tahu sama ada tahun SPM anak dia tu susah atau senang. Iyalah, kalau ramai yang dapat A, so dia akan cakap SPM tahun itu senang. Lebih kurang begitulah…
Tapi sebaiknya janganlah keluarkan lagi pertanyaan sebegitu. Jika nak beritahu keputusan anak kerana bangga dengan pencapaian dan didikan kita, sampaikanlah dengan mesej bersederhana.
Tapi Akhlaknya Gagal
Kemudian pada akhir ucapan atau perkataan, doakan kepada anak-anak lain yang kurang cemerlang untuk jangan berputus asa. Berikan selingan nasihat dan pujian sama rata.
Dalam rumah, nak puji nak bangga diri silakan. Itu dalam rumah dan hak anda. Tiada siapa akan berkecil hati melainkan adik beradik sendiri hehe..
Mesej terakhir, berhentilah untuk membandingkan keputusan. Insyallah itu akan membuatkan kita sebagai ibu bapa menjadi lebih positif dan terus bersyukur dengan takdir Allah. Begitu juga si anak.
Dr. Arisman, MD.
Jangan putus asa. Doa dan teruskan buat yang terbaik. Insyallah yang terbaik akan datang kepada mu.
Mingguan Wanita : Mak ayah jika anak-anak gagal hari ini, beri nasihat dan kata-kata semangat. Mereka juga sudah pasti kecewa, cubalah fahami mereka.
Ayah Zarina Zainuddin meninggal dunia. Salam takziah diucapkan buat pelakon dan juga pempengaruh media sosial, Zarina Zainuddin yang telah kehilangan ayah tercinta Zainuddin Ibrahim.
Ayah Zarina Zainuddin Meninggal Dunia
Allahyarham telah menghembuskan nafas terkakhir pada pukul 6.40 petang hari Isnin akibat kanser prostat tahap empat.
Menurut Zarina Allahyarham yang berusia 73 meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.
“Ayah saya disahkan menghidap kanser prostat sejak beberapa bulan lalu. Keadaan dia memang uzur selepas sakit.
“Semalam (Isnin) adik hubungi saya dan maklumkan ayah perlu ke hospital kerana berlaku pendarahan. Tidak lama kemudian adik maklumkan sekali lagi ayah sudah meninggal dunia,” kongsi seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Jenazah Selamat Dikebumikan
Seperti yang dimaklumkan di laman sosial milik Zarina, Allahyarham bapanya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan kediaman pada malam Isnin.
Zarina juga memberitahu sebelum ini dirinya pernah berhasrat membawa bapanya menerima rawatan di Kuala Lumpur.
“Sejak sakit pernah juga saya beritahu nak bawa dia tinggal di KL dan dapatkan rawatan di sini. Namun dia tetap nak terus tinggal di rumahnya.
“Ada juga saya menziarahi ayah baru-baru ini. Keadaannya pun sudah uzur sehingga saya sendiri tak sanggup nak kongsi gambar kami bersama,” sambungnya.
Zarina juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan arwah bapanya.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...