Zaman sekarang ini ada mak-mak yang siap hantar kedai sebab malas nak lipat kain. Bukan nak membazir duit tapi kalau kain baju pun dah nak macam kubu perang, upah orang melipat lagi bagus.
Ini ikut poket masing-masing lah ya. Sekurang-kurangnya mata tak sakit dan kain baju tak berlonggok dan menimbun.
Haaa… tetapi ada juga mak-mak yang jenis letak dalam bakul siap-siap. Hujung minggu baru tarik bakul sebab nak lipat. Ok lah daripada main longgok atas sofa!
Jangan biasakan ya mak-mak walau suami OK je, seeloknya mak-mak cuba cari jalan macam mana nak selesaikan masalah kain baju ni secepat mungkin. Atau mak-mak boleh ikut idea yang dikongsikan kali ini…
Ads
Idea Lipat Kain Baju
Baju dan Seluar
Tudung dan Shawl
Pakaian Dalam
Peraturan Lipat Kain
1. Letak phone jauh-jauh, kalau melipat kain sambil main phone memang hasilnya kelaut. Kerja yang patut settle 15 minit pun boleh bertukar sejam kalau hadap phone.
Ads
2. Asing dulu kain besar dan kecil ikut kategori. Lepas itu, sila fokus kain besar-besar dulu. Yang ecil-kecil pungut letak BOX.
3. Gantungkan kain baju yang patut digantung, contoh mudah jubah, baju kurung dan kemeja suami. Haaa… tak payah lipatlah kemeja, senang nak gosok kalau dah gantung.
Ads
4. Boleh lipat cara gulung dan masukkan dalam kotak. Kemudian masukkan dalam laci almari.
Ok, kalau nak kemas dan cantik mak-mak boleh tiru cara lipat kain guna Teknik KonMari. Nak tahu apa itu Teknik Konmari boleh baca artikel ini:
Selain menjimatkan memang puas hati bila dapat makan bergedil kentang yang dibuat sendiri. Selalunya bergedil kentang ini dinikmati dengan menu seperti soto, namun ia juga sedap dimakan begitu sahaja untuk hidangan minum petang.Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri bergedil kentang sosej yang dikongsikan oleh Puan Leesa Alif.
Done.Untuk petang..selalu beli seketol singgit.. tak puas makan…kalau lambat pi selalu abihhh… Hari nie…puas hati ceq…beli kentang sekilo…bikin sendiri jaa.nak sangat makan kan.
1kg kentang (Dibuang kulit basuh bersih,potong-potong dan digoreng sampai kekuningan.Angkat dan lenyekkan sampai hancur masa panas-panas.)
Segenggam lobak merah yang dicincang
Segenggam bawang goreng
Segenggam daun bawang & daun sup yang dihiris
Sebiji telur ayam
Sebiji bawang besar dicincang
5 batang sosej dicincang
Sedikit garam
Sesudu kecil lada sulah
1.Gaul rata semua bahan-bahan tersebut.
2.Saja buat bentuk bunga. Acuan tu sapu sedikit minyak sikit.Isi adunan dalam acuan, tekan-tekan padat-padatkan, baru senang untuk dikeluarkan.Susun dalam loyang.Nak buat bentuk bulat-bulat pun boleh suka hati.
3.Celup bergedil dengan sebiji telur pun dah cukup untuk sekilo adunan tadi.
4.Goreng sampai sedikit kekuningan dan nampak garing sikit.
5.Dah nampak garing sikit bolehlaa diangkat dan toskan minyaknya.
Anggaran boleh dapat 25 biji. Sedap dicicah dengan sambal kicap.
Siap selamat mencuba!
Sumber: Leesa Alif
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Punyalah bertuah kaum wanita, bukan hari lahir sahaja orang sambut tetapi siap ada hari wanita dan majlis tertentu untuk meraikan pengorbanannya. Salah satunya boleh dilihat menerusi Malam Aspirasi Wanita 2018 yang dibuat di Dewan Hamzah beberapa hari lalu.
Ini semata-mata nak menghargai peranan, tanggungjawab dan sumbangan golongan wanita khususnya di daerah Klang, yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang.
Yang Dipertua, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sambutan itu diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun.
“Kita meraikan hari yang istimewa untuk para wanita ini bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan serta peranan mereka terhadap pembangunan negara.
“Sambutan Hari Wanita juga disambut sebagai perangsang kepada golongan itu dan bagi memenuhi hasrat serta aspirasi untuk terus bergiat lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan organisasi,” katanya ketika berucap di hadapan kaum wanita yang terdiri daripada kakitangan MPK dan jemputan.
Agenda pemberdayaan wanita sentiasa diberikan penekanan oleh Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
“Buktinya melalui pembentangan Bajet 2018 telah membuka peluang secara luar biasa kepada golongan wanita di negara ini.
“Beberapa inisiatif langsung dan tidak langsung dilihat mampu memberi manfaat kepada golongan wanita, antaranya mewajibkan 30 peratus wanita dalam keahlian sebagai lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun merupakan satu program bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengangkat wanita menerajui posisi,” katanya.
Keprihatinan itu juga ditunjukkan Kerajaan Negeri yang turut menyediakan bajet yang lebih mesra wanita berupa RM72 juta bagi meningkatkan martabat wanita dan golongan ibu menerusi pengenalan inisiatif berkebajikan, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Azabnya kesengsaraan fizikal yang ditanggung oleh anak kecil ini sebelum meninggal dunia akibat hilangya sifat perikemanusiaan seorang manusia.Dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak 6 tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, sehingga menemui ajal akibat disyaki didera oleh teman lelaki ibunya, kelmarin.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.
“Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.
Azisman berkata mangsa telah meninggal dunia pada 4 pagi Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu. Beliau berkata susulan kematian Mohamad Rayyan, polis telah menahan ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.
“Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal,” katanya.
Azisman berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pasangan itu bermula hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudaranya pada Rabu.
“Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.
“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.
“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.
“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan tengah malam tadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim.
Semoga anak kecil ini dicucuri rahmat dan berbahagia disyurga hendaknya. Pesanan buat para wanita mahupun mak-mak, jangan sesekali sanggup ‘korbankan’ anak, pejamkan mata yang berlaku demi cinta buta. Anak kecil seharusnya disayangi dan dilindungi bukannya dijadikan tempat melepaskan segala amarah dan rasa benci.