Nak lipat baju ini bukan setakat kena kumpul kekuatan ‘RAJIN’kan diri, tapi perlukan waktu yang teliti. Kerja itu mudah tapi renyah. Pertama, lipat baju, kemudian pilih baju ikut kategori. Seterusnya, susun pula dalam almari.
Tapi, bila tiba-tiba kita dah penat-penat lipat dan susun, anak-anak suka hati tarik sampai berterabur memang membara-bara je perasaan ibu. Haa.. lipat baju cara origami ni jalan penyelesaiannya.
“Lain orang, lain cara lipat bajunya. Sebagai ibu, mesti geram je rasa kan bila kita dah susah-susah, lipat cantik-cantik, susun elok-elok dalam almari@ drawer, tapi bila anak-anak suka suki je ambil baju ikut sesedap rasa nak pakai yang mana, maka baju yang bersusun berlipat tadi akan berterabur balik.”
“Maka, di sini saya nak kongsikan cara lipat baju anak-anak yang pasti dapat menyelesaikan masalah yang saya sebutkan tadi. Kalau tak percaya, cubalah.. lepas lipat, confirm tak terbuka lipatan walau dibaling ke dinding sekalipun.”
Keluarga Puan Rahimah Ramian.
Step By Step Lipat Baju Cara Origami
Step tu nampak saja banyak, dekat 10 step tapi sebenarnya mudah saja. Sambil melipat sambil terkenang memori buat origami masa kelas pendidikan seni kat sek rendah dulu.
Ads
Bentang baju tegang-tegang macam biasa.
Lipat bahagian bawah baju lebih kurang 1/3 daripada labuh baju.
Terbalikkan baju dan lipat macam ni. Buat di kedua-dua bahagian kiri dan kanan.
Selepas dilipat di kedua-dua bahagian baju.
Ads
Kita terbalikkan view untuk mudah faham step seterusnya.
Letak seluarnya atas baju yang dilipat tadi. Seluar panjangpun boleh buat macam ni. Kalau seluar terlebih (terkeluar) dari lipatan baju bawah tu, just ignore je..no problem
Seterusnya, lipat baju & seluar tadi macam ni. Pastikan bahagian bahu baju sama dengan lipatan yang mula-mula kita buat tadi (boleh check tengok kat lapis bawah sekali)
Kemudian, lipat lagi bagi habis tak nampak macam ada lebihan kain terkeluar.
Terbalikkan baju, ibu akan nampak lipatan yang mula-mula kita buat tadi macam ni. Lipatan ni kita kena pusingkan ke belakang. Ni step paling saya suka. Azzam pun yang umur 5 tahun tu kalau saya lipat baju dia, sampai part ni dia akan willing minta nak sambung sendiri. Almaklumlah ala-ala macam buat origami gitu.
Taraa…saja nak tunjuk gambar baju selepas dimasukkan dalam poket lipatan pertama yang dah dipusingkan tadi.
Nak Lagi Faham, Tengok Video Ini
“Video ni saya paksa Ammar ( anak sulung umur 12 tahun ) jadi modelnya. Tapi tak model sangat pun sebab tuan badan tak mau tunjuk muka, malu katanya. Almaklumlah tengah berlengging ( tak berbaju), hanya pakai kain pelekat je.”
Sumber/Foto/Video : Facebook Rahimah Ramian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mestilah semua mak ayah nak sangat anak bijak dalam buat semua perkara, tak kisahlah dalam berfikir atau bertindak.
Tetapi pernah tak anda ambil tahu yang ada beberapa jenis aktiviti sukan mampu cuit otak anak untuk fokus dan menguatkan daya ingatan? Haaa… ini yang mak ayah patut gali! Untuk bacaan penuh, semak perkongsian ilmu daripada Puan Ilyani Munsarikh ini…
Kanak-kanak yang ada isu dengan fokus, impulsif, tidak sabar dan tidak boleh tunggu, ada isu dengan frontal lobe.
Kanak-kanak lemah perancangan, memori, koordinasi, biasanya ada isu dengan frontal lobe.
Frontal lobe bukan setakat kawal emosi, ia juga kawal planning, membuat keputusan dan memori.
Kanak-kanak perlu bermain. Tetapi kanak-kanak yang ada isu-isu seperti di atas, perlu memilih permainan untuk meningkatkan fungsi frontal lobe otak.
Baca seterusnya:
4 jenis sukan sesuai untuk tingkatkan frontal lobe’.
Tarian meningkatkan kreativiti melalui kepelbagaian koregrafi. Kanak-kanak akan meningkatkan fungsi frontal lobe dengan merangsang bahagian ini merancang koreografi dan ikut temponya.
Seni mempertahankan diri seperti silat, karate do, tae kwan do membantu frontal lobe dengan mengajar kanak-kanak kawalan diri mental, emosi dan tingkah laku. Teknik pernafasan dan latihan fizikal yang kuat menguatkan bahagian kawalan emosi dan fizikal di frontal lobe.
Permainan bola seperti ping pong, badminton, tenis, squash bagus untuk meningkatkan fungsi sebahagian frontal lobe. Kanak-kanak perlu cepat dan sentiasa alert dengan bola di mana dan bagaimana kanak-kanak mengembalikan bola untuk menentang pihak lawan. Ini meningkatkan fungsi perancangan dan membuat keputusan. Kanak-kanak meningkatkan kemahiran daya tumpuan dan perhatian.
Apabila belajar berenang, kanak-kanak perlu membuat gerakan ikut langkah-langkah yang ditetapkan untuk membolehkan badan terapung. Kanak-kanak belajar merancang pergerakan dan seterusnya meningkatkan fungsi frontal lobe.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hebatnya pengorbanan penyanyi popular, Wany Hasrita, 25 ketika ibunya diberi ujian diberhentikan kerja. Pada tahun akhir pengajian, ibunya Norita Jaafar, 46 diberhentikan kerja (oil & gas). Sedangkan selama belajar, ibu tercinta banyak berkorban, membesarkan dan menyara hidupnya.
Ujian yang dihadapi ibu pelantun lagu Menahan Rindu ini rupanya pernah membuatkan dia terpaksa melupakan seketika cita-cita menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran. Masalah kewangan yang dihadapi ketika di tahun akhir itulah memaksanya menerima hakikat ini; berhenti belajar dan terima tawaran menjadi artis rakaman.
“Ibu tanggung kos pendidikan saya. Apa yang ibu lalui buatkan saya melupakan seketika impian nak sambung pelajaran. Pada masa yang sama saya ditawarkan menjadi artis rakaman.
“Saya terima dengan niat nak menyara ibu. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan.” Berkat kesabaran dan kasih sayang ahli keluarga ini, akhirnya Wany Hasrita berjaya juga memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan di Management Science University (MSU) di Shah Alam sekitar Ogos lalu.
Niat murni anak gadis ini memudahkan perjalanan seninya. Dengar saja nyanyiannya ramai boleh jatuh suka. Lembut dan merdu suaranya. Wany Hasrita juga popular dengan lagu duetnya bersama Tajul Arif berjudul Di Sana Cinta Di Sini Rindu.
Bila dengar lagu duet ini, terbayang zaman-zaman Achik (spin) dengan Nana (Siti Nordiana). Terus terimbas-imbas memori tahun 2000an.
Walaupun jadi penyanyi, Wany ini cukup bijak membahagikan masa dengan pelajarannya. Tak pernah pun di berhadapan masalah dalam pembelajaran sepanjang mempromosi dan lakukan persembahan dalam karier nyanyiannya.
“Semuanya saya lakukan selepas habis praktikal dan peperiksan.” Itulah tips kejayaan Wany tak mencampur adukkan pengajian dan karier. Sampai sekarang pun, Wany Hasrita tak pernah padamkan impiannya mahu sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi iaitu Sarjana.
“Ibu selalu pesan, teruskan belajar sebab itu penting dalam kehidupan.” Pesanan ibu Wany banyak benarnya. Sebagai anak yang mendengar kata, tentulah Wany takkan mengabaikan kata-kata ibunya itu.
Dalam pada itu, Wany Hasrita juga dah ada single solo kedua, Rintihan Hati ciptaan Ibnu dan Gouffran. “Sekelip mata peminat sudah kenal, buat saya sedar.. banyak lagi nak kena belajar. Apa pun, saya beri yang terbaik buat peminat pada masa depan. Tak boleh mengharapkan magis single sulung semata-mata.”
Wany tak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya apabila lagu Menahan Rindu juga dinyanyikan penyanyi no. 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ketika media minta penyanyi idolanya itu menyanyikan lagu tersebut dan video itu menjadi tular.
“Mula-mula saya dapat tahu Datuk Siti nyanyi lagu Menahan Rindu bila ramai kawan dan wartawan yang mesej. Malah, saya ada juga menonton video tersebut menerusi Instagram pengurusnya.
“Saya sangat berbesar hati sebabnya Datuk Seri Siti Nurhaliza ini idola saya. Saya kena akui, beliau nyanyi lagu tersebut sangat sedap. Rasa bangga pun ada dan sebab itulah saya repost video tersebut di Instagram.
“Baru-baru kami ada bersua di sebuah majlis dan saya ucapkan terima kasih padanya. Pesan Datuk Seri Siti, all the best dan good luck dalam kerjaya seni. Sejak kecil saya minat sungguh dengan beliau.
“Saya ikuti kerjaya seninya dari solo hinggalah beliau berkahwin.” Antara yang menawan hati Wany tentu-tentulah keperibadian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baik.
Foto: Mohd Izari Rosli (Foto KMK), FMC Records
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak buat Kek keju atau Cheese Cake memang ada macam-macam cara .Perkongsian resipi Mini Peach Cheese Cake daripada Amanda Rania Zafreenini memang istimewa sebab bahagian ‘base’ hanya guna Biskut Tiger je. Cukup mudah dan senang nak buat serta yang pastinya sangat sedap! Bagi penggemar cheese mahupun cheese cake WAJIB cuba resipi ini.
Mini cheesecake untuk anak-anak.Base akak guna biskut tiger. Mudah dan ringkas untuk anak-anak. Asas cheesecake akak tambah dengan sedikit hirisan buah peach.Yang nak cuba boleh je guna resipi dibawah :
500gm cream cheese ( saya guna tatura)
2biji telor ( gred A)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan whipping cream
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh sunquick ( oren mandarin)
Sedikit hirisan buah peach. ( optional)
Kepingan biskut tiger utk asas/dasarnya.
1.Semua bahan dipukul sekali kecuali buah peach dan kepingan biskut. Pukul hingga sebati.
2.Susun biskut dalam papercup dan gunakan acuan muffin ( seperti dalam gambar).
3.Letakkan sedikit hirisan buah peach sebelum dituangkan adunan cheese tadi.
4.Bakar dengan kaedah doubleboiled dengan suhu 150° selama 20-25minit.
Apabila masak, sejukkan & hidang. Mudah kan…. Happy baking…
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.