perut buncit

Jangan nak salahkan orang lain kalau perut masih buncit selepas berpantang sebab selalunya mesti ada pantang larang yang anda dah langgar kalau kesannya perut tak kempis! Nak semak apa kesalahan yang mungkin anda dah buat, baca perkongsian daripada Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Siti Aishah

Kak ice dah urut ramai ibu-ibu dalam pantang.

Tetapi apa yang kak ice nampak… ibu yang rajin berbengkung, pengamal herba yang melawaskan najis dan darah nifas dan tidak minum air kosong lebih mudah kempis.

Kadang-kadang kak ice datang buat rawatan penutup pada hari ke 30, perut ibu masih membukit ketika baring. Bila dikelek perutnya, terasa sebu angin, dan kadang-kadang ketul-ketuk najis yang terkumpul.

Bila dipegang kawasan ari-ari, keras. Ia menunjukkan darah nifas tak habis keluar.

IKLAN

Sepatutnya hari ke 30 perut dah mampu kelihatan kempis ketika berbaring. Normallah kalau kulit perut mengayak ketepi badan. Tetapi tidak normal kalau perut masih membukit selepas 30 hari berpantang.

Antara aturan berpantang yang tidak dititikberatkan oleh ibu-ibu ini ialah:-

1. Culas berbengkung. Berbengkung ini membantu memegang otot perut yang dah kembang 9 bulan masa hamil. Otot perut yang dibiarkan tanpa sokongan akan mengakibatkan otot kanan dan otot kiri perut mengembang. Dan organ2 dalaman seperti rahim, usus akan menolak kehadapan. Keadaan ini membuatkan ibu boroi.

IKLAN

2. Sembelit. Proses meneran najis yang extreme melemahkan lagi otot2 perut. Sebab tu penting amalkan Phyto Natal dari NR utk melancarkan oengeluaran najis

3. Bidan-bidan Melayu percaya, darah nifas yang tidak habis keluar akan mengakibatkan ari-ari ibu kelihatan membukit. Dan ibu akan mudah terkena rengat dan senggugut lepas bersalin.

IKLAN

4. Amalan air kosong. Ramai cakap kena minum air kosong utk elakkan dehidrasi dan banyakkan susu. Tetapi amalan air kosong semata-mata ada padahnya. Perut membuncit. Kulit badan menggeleber. Lelehan faraj yang berterusan. Gantikan amalan air kosong dengan air Akar Herbanika. Akar ini membantu mengeluarkan lebihan air dari tubuh badan tanpa mengakibatkan dehidrasi. Ia juga membantu mencuci pundi kencing, buah pinggang dan hati. Dan yang lebih penting pengeluaran susu meriah.

Kalau nak trim balik perut, tengah bulan Ramadhan ni, rajin-rajin amalkan air Akar Herbanika. Berbengkung masa tidur. Bergirdle masa pergi kerja. 10 sit up setiap kali lepas solat.Elakkan minum air setengah jam selepas makan. Elakkan terus air berais masa Ramadhan.

Cara dah bagi, antara malas atau rajin je korang nak ikut.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI