Pelakon Linda Rafardan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.
Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.
Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.
“Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”
Dah Tahu Tak Sabar, Nak Juga Jaga Anak Orang
Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.
Ads
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”
Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”
“Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”
Ads
Betul Ke Orang Melaka?
Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.
“Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”
Ads
Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.
Bukan dalam rumah saja kena nampak kemas dan cantik, kawasan laman pun patut dibersih dari segala sampah dan rumput liar. Kalau dibiarkan rumput liar tumbuh subur dengan ‘jayanya’, silap-silap boleh undang macam-macam haiwan berbisa. Malah, kehadiran rumput-rumput meliar pada ruang halaman rumah boleh menyakitkan mata yang memandang.
Sebenarnya ada banyak cara untuk lenyapkan rumput itu, tapi kalau tak suka guna racun herbisid macam paraquat, anda boleh buat herbisid organik sendiri dengan menggunakan bahan asas yang ada kat rumah.
Cuma perlu sediakan cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Juga alat penyembur supaya senang kerja. Apa yang paling penting cara ini selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Cuka Masakan
Sabun Cecair Pencuci Pinggan
Alat Penyembur (Spray)
Cara Membuat:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan kedalam alat penyembur tersebut.
3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput-rumput tersebut secara menyeluruh.
Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput-rumput ini mudah mati.
Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.
Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Selamat mencuba kaedah ini, semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuih Bengkang Ubi banyak meninggalkan kenangan manis dan nostalgia buat sebahagian daripada golongan mak-mak.Jika dahulu, kuih ni lah yang paling mudah dibuat untuk hidangan minum petang, sarapan pagi mahupun waktu kenduri kendara. Memandangkan ubi kayu mudah didapati dan ditanam sekeliling rumah.
Tak sangka rupanya 4 bahan je diperlukan untuk buat kuih tradisonal Bengkang Ubi.Mak-mak boleh cuba perkongsian resipi daripada Zurinanuar Ina ini. Menurut beliau,kali pertama membuat kuih bengkang ubi ni, terus menjadi dan sedap rasanya.
“Sumpah sedap sangat bengkang ubi kayu nie baru siap makan panas-panas.Pertama kali sis buat nie menjadi seronoknya.Selalu suka makan ja.”
Resepi yang sangat mudah.
4 cawan ubi yang telah diparut dan diperah airnya (simpan sagunya untuk dicampur dengan ubi)
2 1/2 cawan pati santan
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
1.Semua bahan diatas digaul, rasa sehingga gula larut ye.
2.Kemudian loyang disapu marjerin sekelilingnya, tuang adunan kedalam loyang bakar suhu 200c selama satu jam setengah suhu atas bawah ok.
Allahyarham Tun Syed Nasir Al-Syahab merupakan seorang tokoh yang sangat terkenal. Dalam bidang keagamaan pula, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa pusat Musabaqah al-Quran peringkat Kebangsaan dan antarabangsa sebanyak 15 kali. Di samping merupakan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah dan Presiden Mubalig Islam.
Malah beliau juga memegang jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat yang disandang mulai Januari 1978 sehingga ke akhir hayatnya iaitu pada 16 Mac 1982. Beliau meninggal dunia pada tahun 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara Kuala Lumpur. Mengimbau kembali sejarah pada waktu itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyifatkan pemergiaan Allahyarham merupakan satu kehilangan dan sukar dicari ganti. Tun Syed Nasir juga merupakan seorang Tokoh Pejuang Bahasa Kebangsaan dan merupakan seorang Speaker yang adil. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pendakwah yang gigih.
Penulis berasa sangat beruntung dapat menemubual salah seorang anak dan cucu kepada Allahyarham Tun Syed Nasir iaitu Puan Sharifah Bahaiyah Tun Syed Nasir Al-Syahab dan juga Sharifah Nadia Syed Ibrahim Al-Habshi, 40.
Sharifah Bahaiyah merupakan anak keempat dan kini tinggal di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, suaminya pula Syed Ibrahim Syed Agil Al-Habshi. Mempunyai tiga orang anak Almarhumah Sharifah Nurulhuda, Sharifah Nadiah dan Sharifah Nasirah. Ketiga-tiga anaknya berjaya dalam agama dan menghafaz al-Quran.
“Saya sangat beruntung kerana arwah ayah merupakan seorang yang sangat displin. Sejak kecil kami diberikan ilmu agama dan pembelajaran yang baik. Malah arwah anak sulung (Sharifah Nurulhuda) yang juga cucu sulung mengikut jejak langkah arwah ayah di mana sepanjang hayatnya kuat bekerja. Malah arwah anak saya juga bersungguh-sungguh dalam agama sebelum dia meninggal dunia tiga tahun lalu pada usia, 42 tahun, dia sudah membuka sebuah sekolah agama iaitu Maahad Tahfiz Al-Aqsa dan kemudiannya sebuah lagi usahanya untuk membuka sekolah agama direalisasikan oleh keluarga.
“Saya sering teringat akan kata-kata arwah di mana dia mahu kejayaannya sebagai bekalan bukan sahaja untuk hidup di dunia tetapi di akhirat kelak. Malah dua orang anak arwah Nurulhuda juga alhamdulillah kini sedang menuntut di Maahad Tahfiz Al-Aqsa iaitu Syed Muhammad Ahmad dan Syed Muhammad Mustofo.
“Selain arwah anak, arwah ayah yang juga seorang tokoh negarawan dan Almarhumah ibu, Toh Puan Sharifah Aisyah Al-Habshi juga merupakan seorang yang sangat mementingkan agama. Malah saya masih ingat lagi kata-kata hikmah yang selalu dipegang “Jangan bagi aku kekayaan, kalau kekayaan itu buat aku lupa padamu”.
“Semasa arwah ibu masih ada, saya sering mengikutinya ke kelas-kelas agama dan mendengar syarahan. Kami juga sering ke kelas Fardu Ain dan belajar mengaji. Malah arwah ibu dan juga ayah minat berzanji. Malah saya dan anak-anak dan cucu juga ada kumpulan berzanji dan kami pernah djemput untuk berzanji di rumah Toh Puan Raha (yang juga merupakan rakan baik arwah ibu). Saya sangat bersyukur kerana ketiga-tiga anak saya berjaya dalam agama dan merupakan Hufaz Al-Quran,”ujar Shariah Bahaiyah yang cukup peramah.
Anak kedua, Sharifah Bahaiyah iaitu Sharifah Nadiah pula menceritakan dirinya mendapat pengalaman mengenal huruf dan mengaji dari zaman kanak-kanak daripada ibunya sendiri yang juga seorang guru al-Quran.
“Saya beruntung kerana ibu seorang guru al-Quran di sekolah dan saya pelajari ilmu mengalunkan taranum daripada arwah kakak saya Sharifah Nurulhuda. Mereka semua menitik beratkan sebutan huruf-huruf Hijaiyyah dengan tepat. Saya juga mendapat bimbingan dan semangat daripada Almarhum Tun Syed Nasir Al-dan Almarhumah Tokmi saya iaitu Toh Puan Sharifah Aisyah Al-Habshi yang turut melatih saya mengaji dan berzanji. Pada saya al-Quran dapat mengubah cara hidup saya dgn memberi ketenangan jiwa, penyelesai segala masalah kerana menjadikan al-Quran panduan hidup dalam setiap urusan dan juga penawar segala penyakit.
“Juga memberi keyakinan diri kerana pernah menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah sehingga ke peringkat Kebangsaan, tempat Ketiga Peringkat Negeri Pulau Pinang (Peringkat Dewasa) dan Johan Kanak-Kanak Peringkat Angkatan Tentera. Sekarang ini saya mencurahkan ilmu dengan membuka kelas-kelas pengajian al -Quran di rumah, kelas pengajian untuk muslimat dewasa, kelas al-Quran untuk kanak-kanak dan pekerja-pekerja di pejabat suami di Alhaddad Manufacturing.
“Dalam masa yang sama, saya juga masih menuntut ilmu-ilmu al- Quran daripada guru-gurudan mendalami terjemahan al-Quran secara harfiyah (perkata). Saya mendapat keizinan dan sokongan penuh daripada suami tercinta untuk terus belajar dan mengajar al-Quran hingga ke akhir hayat. Kami suami isteri juga menanamkan rasa kecintaan al-Quran terhadap anak-anak agar mereka juga menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup. Saya juga menyertai kumpulan ODOJ(ONE DAY ONE JUZUK) yang disertai oleh 30 orang seluruh Malaysia dan perlu melapor setiap hari mengikut masa yang ditetapkan.
“Kumpulan ODOJ ini diasaskan oleh Almarhumah kakak saya (seorang hafizah). Ini menjadikan hidup saya lebih berdisiplin dan Allah mengatur masa dan hidup saya dengan lebih sempurna,” yang menyatakan surah yang paling dekat dengan dirinya ialah surah Al- Baqarah kerana terlalu banyak intipati dan pengajaran mengajarkan erti kehidupan sebagai seorang muslim sejati.
Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!