Tragedi menimpa adik Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, terus mendapat perhatian apabila pagi ini, lima remaja perempuan bawah umur dijangka didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes buli yang menggemparkan negara.
Kesemua remaja terbabit tiba di pekarangan mahkamah menaiki sebuah van diiringi polis sekitar jam 9.05 pagi. Remaja perempuan yang berusia di bawah 18 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan, berkaitan kesalahan menggunakan atau membuat sebarang perkataan atau komunikasi berbentuk ancaman, kesat atau penghinaan.
Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC), pihaknya telah meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk mendakwa beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada. Namun begitu, prosiding inkues tetap akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.
Tragedi ini bermula pada 16 Julai lalu, apabila Zara ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I, namun selepas sehari bertarung nyawa, Zara disahkan meninggal dunia pada 17 Julai.
Ads
Kisah duka ini bukan sekadar tentang kehilangan seorang anak, tetapi juga membuka mata masyarakat tentang isu buli di sekolah yang semakin membimbangkan. Bagi keluarga Zara, kesedihan ini masih segar, namun perjuangan menuntut keadilan untuk arwah kini menjadi tumpuan seluruh negara.
Hati mana yang tidak luluh bila mendengar berita tentang si kecil yang baru mengenal dunia, pergi terlalu cepat. Itulah yang berlaku kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muammar Aidil, yang meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di sebuah taska di Wangsa Maju, pada 26 Mei lalu.
Hari ini, insiden menyayat hati itu berakhir di kamar mahkamah apabila seorang pengasuh, Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuai dalam menjalankan pengawasan sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.
Nor Fatihah, yang hadir dengan jubah hijau, kelihatan sebak. Dia menangis teresak-esak selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Suasana menjadi pilu apabila dia ditenangkan ahli keluarga sebelum digari dan dibawa ke lokap mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal mengadakan pengawasan dan pemeliharaan wajar sehingga mengakibatkan kematian Muammar Aidil. Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jam 11.08 pagi di taska terbabit.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa raya memohon agar tiada jaminan diberikan memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi. Namun, sekiranya jaminan dibenarkan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM30,000 bersama syarat tambahan, termasuk melapor diri setiap bulan di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi.
Nor Fatihah, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kerana menanggung keluarga di kampung.
“Saya ada tanggungan ibu, adik dan ayah kandung sakit saraf. Selain itu, saya ada komitmen dan hujung tahun ini akan berkahwin,” katanya dalam rayuan penuh emosi.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Anak kepada peguam, Aidil Khalid, dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke taska. Menurut laporan Kosmo!, anak tunggalnya Muammar Aidil yang berusia tujuh bulan dikatakan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke premis jagaan itu pada pukul 9.20 pagi.
Pemergian bayi lelaki itu sangat mengejutkan memandangkan bayi itu dihantar dalam keadaan sihat dan ceria oleh ibunya, Nur Farihah Meor Mazli, 29 pada hari kejadian.
Mengulas lanjut, Aidil berkata pada hari kejadian bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom tidak sihat.
Aidil berkata, isterinya menerima panggilan daripada pihak taska yang memaklumkan bayi mereka dalam keadaan seakan-akan pengsan, selain terdapat susu keluar dari hidungnya.
Nur Farihah segera bergegas ke taska berkenaan sebelum membawa bayinya ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital swasta di Setapak.
“Doktor yang melakukan pemeriksaan beritahu bayi kami tidak menunjukkan sebarang respons tetapi pasukan perubatan tetap berusaha memberikan bantuan pernafasan selama 40 minit.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tragedi ini memberi pengajaran bahawa menitipkan anak bukanlah perkara kecil. Berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa:
Jika anda rasa sesuatu tidak kena dengan suasana taska atau cara pengasuh melayan anak, usah diabaikan.
Nyawa anak adalah amanah paling berharga. Ibu bapa tidak boleh berkompromi soal keselamatan, manakala pengasuh pula perlu sedar bahawa setiap bayi yang dijaga adalah tanggungjawab besar yang menuntut kesabaran, disiplin, dan ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fattah Amin, 35, tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abdul Ghani yang menjadi mangsa kecaman netizen baru-baru ini selepas timbul dakwaan kononnya beliau menggelar cucu sendiri, Fatima Aisya, “tidak comel”.
Mengakui ibunya berasa sedih dengan serangan di media sosial, Fattah menasihati agar wanita yang amat disayanginya itu tidak membaca atau melayan komen negatif.
“Pastilah dia rasa sedih, tapi saya cakap tak perlu baca dan dengar perkara begini. Orang luar tak tahu apa yang berlaku, mereka boleh buat andaian, cakap macam-macam dan fitnah sesuka hati.
Kalau benda itu tak betul, kita jangan rasa bersalah atau terkesan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi dan pengumuman duta baharu Amber Eksklusif Casual Wear semalam.
Sebagai bapa, Fattah mengakui hatinya turut terusik apabila isu yang tidak berasas ini melibatkan anak perempuannya yang baru berusia lima tahun. Beliau berharap agar peminat dan orang ramai lebih berhati-hati sebelum meninggalkan komen yang boleh menimbulkan fitnah atau persepsi negatif.
“Saya rasa kesal bila benda-benda begini berlaku kepada ahli keluarga saya. Saya selalu nasihatkan peminat, kalau nak komen sekali pun, cakaplah yang baik-baik. Tapi kita tak boleh kawal semua orang nak taip, cakap dan fikir,” ujarnya lagi.
Mengulas mengenai hubungan Fatima dengan ibunya, Fattah berkata semuanya dalam keadaan baik dan tidak perlu diperbesar-besarkan.
“Setakat ini Fatima tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi negatif. Hubungan kami sekeluarga semuanya masih okey dan tiada masalah,”ujar Fattah.
Fattah juga melahirkan rasa kesal dengan isu yang tular dan meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian negatif. Fattah turut berkongsi video yang menunjukkan keakraban Fatima dengan neneknya dan merancang untuk bercuti bersama di Disneyland.
Bagi Fattah, keluarganya adalah keutamaan. Dan dalam dunia yang penuh dengan suara di hujung jari, memilih untuk tidak memberi ruang kepada kata-kata yang menyakitkan adalah cara terbaik menjaga hati yang kita sayang.
Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengundang senyum ramai apabila membuat kejutan manis. Beliau bakal bergelar ayah tidak lama lagi!
Lebih bermakna, dalam satu majlis yang berlangsung semalam, Noh dan isteri tercinta, Fatin Athirah Mustapa, turut mendedahkan jantina bayi sulung mereka. Dengan percikan berwarna merah jambu, terjawablah teka-teki, pasangan ini bakal menyambut kehadiran seorang puteri kecil.
Menurut Noh, pengumuman itu bagai satu kelegaan setelah sekian lama menyimpan berita gembira ini hanya untuk diri mereka.
“Insya-Allah semua berjalan lancar di bawah restu dan lindungan Allah SWT serta doa orang tua kami hingga hari kelahiran nanti.
Lama juga kami simpan. Pendedahan jantina ini kalau tunggu waktu lahir pun tidak mengapa, tapi kami rindukan kemeriahan kasih sayang kalian.
Biar bayi dalam perut ada mukadimah dan dengar betapa ‘riotnya’ kita di luar ini. Tak sabar nak kenalkan dia kepada insan-insan penyayang yang mengelilingi orang tuanya,” ujar Noh penuh syukur.
Walaupun begitu, pasangan ini memilih untuk tidak mendedahkan usia kandungan buat masa ini.
Sejurus berita tersebut dikongsi, ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan doa dan ucapan tahniah daripada para peminat.
“Alhamdulillah Noh dan isteri. Tahniah bakal bergelar ibu bapa!”
“Tumpang gembira, inilah rahsia Tuhan buat kalian berdua.”
Rezeki Selepas Dugaan
Untuk rekod, Noh dan Athirah mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023. Namun pada Februari tahun lalu, mereka diuji apabila kehilangan anak pertama yang dikandung Athirah. Pada September tahun lalu, Noh berkongsi khabar duka di Instagram mengenai kehilangan anak sulung yang diberi nama Julian.
Kini, selepas segala pahit manis perjalanan hidup, doa dan kasih sayang peminat mengiringi Noh dan Athirah untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka. Sesungguhnya, setiap kehilangan dahulu terbayar dengan hadiah paling berharga daripada Tuhan.
Hijab Uniqlo cetus perdebatan netizen selepas iklan produk itu dipersoalkan kerana cara pemakaian model. Ini pandangan kedua-dua pihak mengenai isu berkenaan.