Foto Hiasan: Drama 'Hati Yang Tersakiti' 

“Lihat ya orang ketiga, bukan setakat didenda malahan boleh dipenjara” begitulah nasihat daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kepada si penyondol rumah tangga orang.

Kebanyakan isteri yang berdepan dengan masalah gangguan orang ketiga dalam perkahwinan tidak membawa isu ini ke muka pengadilan disebabkan kurang pasti bentuk tindakan undang-undang yang terpakai untuk kes si penyondol rumah tangga.

“Lihat Ya Orang Ketiga, Bukan Setakat Didenda Malahan Boleh Dipenjara” Penyondol Tolong Ambil Tahu Ya!
gambar hiasan

“Lihat Ya Orang Ketiga, Bukan Setakat Didenda Malahan Boleh Dipenjara”

Kehadiran orang ketiga umpama racun dalam perhubungan suami isteri yang merosakkan kerukunan rumah tangga dibina, justeru seharusnya isteri menggunakan hak mereka untuk mendapat keadilan.

Rupa-rupanya ada peruntukan boleh dikenakan kepada si penyondol rumah tangga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga seseorang.

Ikuti perkongsian Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang berguna buat wanita yang rumah tangga mereka diganggu si penyondol.

“Tolong hormati orang yang dah berpunya.

Kerap sangat Tok Abah dapat kes mengadu hal yang sama.

Zaman sekarang ni memang cukup luar biasa.

Penyondol sudah tak kisah sama ada suami atau isteri orang.

Mana yang nampak cantik dan menarik, itu yang direbutnya seolah-olah orang tu tak berpunya.

Merosakkan hubungan dalam rumahtangga, hukumnya haram dan berdosa. Apatah lagi menganggu keharmonian pasangan suami isteri.

IKLAN

Mendekati atas nama ‘persahabatan’ ini semuanya tak boleh percaya bulat-bulat.

Lelaki dan wanita susah nak berkawan rapat.

Rapat punya rapat sekali terikat susah nak lepas.

Kena hati-hati bab ini.

Dalam undang-undang, ia adalah sebuah jenayah ye, para penyondol sekalian.

Di sini Tok Abah sisipkan buat rujukan bersama:

IKLAN

ENAKMEN 11 TAHUN 2013

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 2013

BAHAGIAN V – KESALAHAN PELBAGAI

Seksyen 43. Mengganggu rumah tangga orang lain

Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara dan mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

Lihat ya orang ketiga,

Bukan setakat didenda malahan boleh dipenjara ye. Jadi, jangan pandang ringan soal ini. Undang-undang dah melarang, apatah lagi ajaran Islam kita juga melarang keras akan hal ini.

Para penyondol lebih layak dikategorikan sebagai penjenayah,” kongsi Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Baca Disini : Suami Orang Boleh Disondol Apatah Lagi Bekas Suami Sendiri, Kahwin Cerai Bukan Benda Main-Main Ya

IKLAN

Suami ORANG Nampak Stabil Sebab Banyak BEBANAN DiTanggung Bersama ISTERI, Maka Jangan Ganggu

“Elak Bermesej Dengan Suami Orang” Warganet 

Menerusi ruangan komen warganet punya pendapat yang tersendiri.

“Lihat Ya Orang Ketiga, Bukan Setakat Didenda Malahan Boleh Dipenjara” Penyondol Tolong Ambil Tahu Ya! “Lihat Ya Orang Ketiga, Bukan Setakat Didenda Malahan Boleh Dipenjara” Penyondol Tolong Ambil Tahu Ya! “Lihat Ya Orang Ketiga, Bukan Setakat Didenda Malahan Boleh Dipenjara” Penyondol Tolong Ambil Tahu Ya!

Mingguan Wanita : Hormatilah rumah tangga orang lain, jangan dilayan lelaki yang sudah punya isteri.

Sumber : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Foto Hiasan: Drama ‘Hati Yang Tersakiti’ 

ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI