Kalau sedang berdiet, macam-macam dugaan dan cabaran yang perlu dilalui. Lebih-lebih lagi tentang makanan yang menjadi ‘pantang larang’ untuk kita ambil semasa berdiet. Masa ini, kalau ada makanan depan mata, mahu dimakannya.
Bagi yang sedang berdiet, sebolehnya cuba elakkan makanan yang banyak kalori. Bukan tidak boleh makan, tapi takutnya diet ke laut dan mulalah menyesal lepas makan. Mulalah berjanji bagai tak nak makan lagi.
Malah, bagi anfa yang sedang berdiet, tidak bermakna tidak boleh mengambil semua makanan tetapi kenalah tengok kepada jenis makanan tersebut. Disiplin dan kena ada semnagat yang tinggi supaya diet sukses demi mendapatkan berat badan yang diinginkan.
Kali ini, perkongsian daripada Ayu Zule ini, sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Kuih lepat pisang yang dibuat versi sihat. Jadi, tak perlulah risau dengan kalori yang diambil sebab bahan pun hanya dua sahaja.
Kali ini,saya ingin kongi resipi sihat lepat pisang tanpa tepung dan tanpa gula.
Ads
Hanya guna 2 bahan sahaja.
Rolled oat & pisang.
Sangatt sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan nak makan kuih tapi dalam versi sihat.
Nak buat sendiri, lepat pisang biasa pun tiada masalah. Boleh saja piliba masing-masing.
Resipi Sihat Lepat Pisang
Ads
1/4 cawan rolled oat – gunakan yang biasa, kisar kering sehingga hancur.
1 biji pisang – dilenyek, gunakan pisang berangan
(Jenis pisang apa-apa pun tak ada masalah).
Cara Membuat:
1. Gaul rolled oat dan pisang yang telah dilenyek tadi sehingga sebati.
2. Selepas itu, layurkan daun pisang di atas api untuk mudahkan cara nak membungkusnya.
3. Letakkan 1 ½ sudu besar bancuhan kuih tadi di atas daun pisang dan balut seperti biasa.
4. Kukus kuih dalam pengukus selama lebih kurang 15 – 20 minit.
5. Tekstur dan rasa sama sahaja dengan buat menggunakan tepung biasa.
6. Tak perlu manis sebab pisang itu pun dah cukup manis.
Ads
Resipi ini boleh dapat 3 biji kuih lepat tapi makan 2 biji pun dah kenyang.
Kalori anggalan dalam 250kcal untuk 3 biji tu..
Jika nak buat banyak, boleh saja gandakan bahan tersebut dan frozen dalam peti ais. Nak makan boleh kukus seketika.
Selamat mencuba.
#healthydiet
#eatcleanmenu
#resepisihatayuzule
MW: Kalau nak sihat, macam-macam cara boleh kita buat. Paling penting kena rajin dan istiqamah untuk sesuatu yang diinginkan.
Bersua wajah dengan personaliti yang memenuhi ruangan Gaya Hidup VIP, Datin Fadzilah Mat Idin, 59, atau lebih selesa dengan panggilan Tok Mak, terserlah sifat keibuan.
Suaminya yang juga Pegawai Khas kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatudin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah, Dato’ Hj Jamaluddin Hj Ahmad, 68, juga tidak keberatan merestui pertemuan bagi sesi temubual ini.
Wanita yang bergelar suri rumah, aktif berniaga secara online dan guru personal kelas masakan ini sebenarnya sangat dikenali di laman sosial Facebook. Sebut saja menu popular air tangannya, Puding Raja Tok Mak pasti membuatkan ramai yang terliur dengan keenakan pencuci mulut istimewa ini.
FOTO: NURUL NIZA
Puding Raja Tok Mak Istimewa
Malah Puding Raja Tok Mak juga pernah menjadi hidangan buat santapan YDA dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Memandangkan suami bekerja di Istana Pahang lebih 40 tahun jadi Tok Mak pun sudah tinggal di kawasan Pekan selama itu. Walaupun Tok Mak ni orang Pahang (asal Kuala Lipis) sewaktu baru-baru berkahwin dengan suami, di kampung Tok Mak tak ada Puding Raja.
“Puding raja ini sangat istimewa kerana merupakan salah satu sajian istimewa yang terdapat di Pekan. Pada awalnya Tok Mak tak pernah terfikir dari telur kuning boleh menjadi jala emas. Jika singgah di Pekan, wajib merasai makanan ini kerana tidak terdapat di tempat lain. Kiranya dulu pencuci mulut ini hanya dihidangkan di istana saja dan kini ramai yang sudah komersialkan. Namun Tok Mak bersyukur kerana mendapat resipi istimewa Puding Raja ini daripada Dato Hanizah Dato Sri Ghazali yang juga Pengurus Icah Catering. Beliau merupakan guru yang mengajar Tok Mak buat Puding Raja. Tok Mak sangat berterima kasih kepada beliau. Malah beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan santapan di raja Pahang dalam majlis-majlis rasmi dan personal,” ungkap Tok Mak.
Paling menggembirakan hati Tok Mak, Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli berkunjung ke kediamannya.
“Suami Tok Mak sudah bekerja dengan istana Pahang lebih 40 tahun jadi hubungan kami agak rapat dengan keluarga diraja. Raja Permaisuri Agong juga pernah mencemar duli ke rumah kami. Sambil menikmati hidangan Puding Raja yang Tok Mak masak, Raja Permaisuri Agong juga memberikan tips. Tok Mak juga sangat kagumi Raja Permaisuri Agong dan menjadikan bukunya, Air Tangan Tengku Puan Pahang-Masakan Tradisional Pahang sebagai panduan dalam masakan,” terang Tok Mak yang beruntung kerana sering mendapat tips masakan dari tukang masak istana.
Anak kedua Tok Mak mewarisi legasi ibunya,
8 Tahun Kongsi Resipi Di Facebook
Dek kerana ilmu masakan yang ada, sejak lapan tahun lalu, Tok Mak sudah berkongsi resipi masakan di FB miliknya. Pada awal hobi melayari laman sosial hanya sekadar mengisi masa lapang dan berhubungan lebih rapat dengan anak ketiganya yang melanjutkan pelajaran di Australia namun Tok Mak tidak menyangka penulisannya menjadi ikutan ramai rakan Facebook.
“Tok Mak tak sangka ramai yang menghargai perkongsian resipi masakan Tok Mak di Facebook. Bila Tok Mak ada masa lapang, akan kongsi resipi, gaya hidup Tok Mak yang ala kampung dan berkongsi cara mendeko meja makan. Paling tak disangkakan rakan yang ramai memberi maklum balas terdiri dari golongan ibu muda. Malah Tok Mak juga melayan rakan-rakan di Facebook seperti keluarga sendiri. Dimana Tok Mak menyantuni mereka dan beramah mesra dengan semua orang,” ungkap Tok Mak yang turut menurunkan ilmu masakan kepada anak keduanya Nurhafiza. Selain Puding Raja Tok Mak juga menghasilkan sendiri Rempah Soto dan produk tersebut ternyata mendapat sambutan.
Suami tercinta.
Anggap Anak-Anak Sebagai Sahabat
Selepas mendirikan rumahtangga, Tok Mak bergelar suri rumah sepenuh masa. Jadual kerja suaminya amat padat, disebabkan oleh itu Tok Mak memberi segala perhatian dan mementingkan pendidikan anak-anak.
“Tok Mak lakukan yang terbaik untuk memberi didikan kepada anak-anak. Tok Mak melahirkan anak ketiga pada usia 25 tahun. Sebagai seorang ibu dalam baik ada garangnya. Tok Mak berusaha lebih iaitu 200 peratus untuk ketiga-tiga anak bijak dalam pelajaran. Tok Mak juga rajin hantar tuisyen, bila anak-anak masuk asrama Tok Mak tak pernah lalai menjenguk mereka.
“Tok Mak juga berkenalan dengan semua tenaga pengajar anak-anak. Tak pernah putus memberikan anak-anak didikan yang terbaik. Malah Tok Mak anggap anak-anak sebagai sahabat. Syukur alhamdulillah ketiga-tiga anak berjaya, yang sulung Nurlina bertugas di luar negara, yang kedua Nurhafiza sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengurus di sebuah bank di Kuala Lumpur manakala anak yang ketiga Ahmad Jaffri kini merupakan Atlet Paralimpik Negara bagi Sukan Memanah. Anak lelaki Tok Mak sebelum ini normal, namun selepas mengalami kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu dia lumpuh dan pernah melanjutkan pelajaran di Australia dalam jurusan Sains Sukan.
“Pada Tok Mak dalam mendidik anak-anak biarlah secara sederhana, walau banyak duit tapi kita makan apa saja yang ada. Selain itu Tok Mak juga tak nak anak-anak besar diri. Tok Mak juga kenal dengan semua rakan-akan anak namun Tok Mak tetap menghormati privasi anak-anak. Tok Mak juga anggap anak sebagai sahabat kalau marah biar mereka dengan secara santai,” sambung Tok Mak yang turut berbangga bergelar seorang ibu.
Jangan Cepat Sombong
Tatkala menyentuh tentang pesanan arwah ibunya yang paling diingati, suara Tok Mak bergetar dan dia kelihatan begitu sebak tatkala melontarkan kata-kata.
“Paling saya tak boleh lupa, arwah ibu suruh sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Jangan cepat berasa sombong, tak rugi jika kita mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua orang. Tok Mak juga pupukkan perkara yang sama pada jiwa anak-anak. Tok Mak sendiri akui ramai kenalan di Facebook yang Tok Mak tak pernah jumpa. Dalam ramai kawan-kawan ada yang bukan calang-calang orang. Pada Tok Mak siapa pun kawan kita itu berbuat baiklah dengan mereka.
“Memandangkan Tok Mak berkahwin dengan lelaki yang lebih tua sembilan tahun dari Tok Mak. Ternyata banyak yang Tok Mak belajar dari Dato’ dan lebih mematangkan fikiran kita. Dato’ orangnya tidak suka makan di luar, jadi selepas berkahwin Tok Mak belajar memasak dan Dato’ juga banyak memberi pandangan dan idea untuk Tok Mak perluaskan ilmu memasak. Suami juga seorang yang sangat cool dan tidak banyak karenah. Antara menu yang menjadi kesukaan Dato’, Ikan Masak Taucu, Stew Ayam, Puding Raja dan Sago Gula Melaka,” luah Tok Mak.
Agak jarang bercuti ke luar negara namun Tok Mak dan suami akan pastikan akan curi masa untuk menghabiskan cuti bersama-sama.
“Memandangkan Dato’ sangat sibuk, jadi kami memang jarang bercuti apatah lagi ke luar negara. Sekali sekala kami akan ke Hong Kong menjenguk anak sulung kami yang bekerja di sana. Jarang sekali melancong, tetapi Tok Mak tak boleh lupakan pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga. Momen itu sangat berharga dalam hidup Tok Mak,” akhiri Tok Mak.
Keenakan Nasi lemak selain pada nasinya yang berlemak, sambalnya juga perlu sedap merah berkilat dan pedas secukup rasa.
Ada pelbagai cara dan resipi untuk menghasilkan sambal tumis Nasi Lemak. Namun kalau nak dapatkan sambal Nasi Lemak yang cantik warna, merah berkilat dan sedap secukup rasa, cuba masukkan sedikit gula melaka.
Boleh cuba resipi Sambal Nasi Lemak yang dikongsikan oleh Nurul Shima ini.
Sambal nasi lemak, resepi turun temurun:
Bahan-Bahan:
3 sudu besar bawang merah kisar
3 sudu besar ikan bilis (mentah) kisar halus
7 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar gula melaka
5 sudu kecil garam
7 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah sampai naik bau wangi.
2. Masukkan ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
3. Masukkan cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu. Saya tak nak pedas sangat.
4. Masukkan gula melaka yang dah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api tu jangan besar dan jangan kecik, just nice.
5. Dah nampak sambal tu merah berkilat, masukkan garam dan air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.
6. Apabila sambal dah mula pekat, masukkan gula putih dan daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.
Setelah 20 minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.
InsyaAllah sambal nasi lemak cara saya ni tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.
Info Ekstra!
Gula melaka tu main peranan bagi warna cantik.Gula melaka yang buat warna sambal jadi agak berkilat dibandingkan dengan gula putih.
Gula putih pun boleh tapi warna sambal tak berkilat cantik.
Saya Tak guna bawang putih. Saya tak nak sambal tu rasa tajam selepas masak.
Tak perlu letak air sebab nanti sambal tu pecah minyak, dah berair pun. Lagipun ada air asam jawa kan (bukan pes asam jawa yer).
Sambal nasi lemak, resepi turun temurun:
– Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi.
– Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
– Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu.… pic.twitter.com/QkL5l3PTJ2
Mingguan Wanita: Cantik berkilat warna sambal nasi lemak ni, masam, manis pedas secukup rasa. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan, sambal memang tahan lama walaupun letak pada suhu bilik.
Resepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Resepi Sambal Garing Pedas Homemade
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cara membuat :
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...