Sembilan bulan mengandungkan bayi dalam perut penuh cinta dan air mata, bukan semudah ABC seorang ibu dapat menyerahkannya pada orang lain. Biar pun ibu itu, serba kekurangan naluri ibu anak memang takkan mudah untuk diputuskan.

Dalam keadaan serba mendesak, pasangan suami isteri OKU penglihatan ini tabah hadapi sangkaan ketakyakinan masyarakat sekeliling dengan keupayaan mereka menjaga anak sendiri. Inilah yang dilalui Nur Hidayah Binti Jefry, 31 dan suami, Ehsan Mohamad, 32 tahun.

Teringat semasa melahirkan baby Imran dulu, ramai orang datang ke rumah Hidayah kerana nak ambil baby Imran untuk menjaganya.

Mereka mengatakan bahawa kami tidak layak menjaga baby kerana kami OKU. Mereka khuatir akan keselamatan baby dan sanggup ambil baby Imran sebagai anak angkat.

Siapa tak sayang anak oooi! Dengan mudah beri anak kepada orang lain atas alasan kami OKU. Apa pun terjadi kami nekad untuk menjaga baby Imran sendiri kerana kami yakin Allah itu ada.”

Kini anak kecilnya itu, Imran Solihin dah berusia 14 bulan.

Alhamdulillah sepanjang kami menjaganya sendiri tiada masaalah berat berlaku terhadap keluarga kami.”

Sekiranya ibu ini berhadapan masalah tentang baby, dia akan merujuk hal itu dalam grup Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) untuk mencari info tentang baby dan sebagainya.

IKLAN

Saya besarkan baby berdasarkan pengalaman. Sejak tahun 2009, saya dah tak nampak. Dari kecil penglihatan saya normal. Sampailah umur 23 tahun saya telah dikategorikan sebagai adult blind atau buta ketika dewasa.

Berbeza dengan suami yang tak nampak sejak dari kecil lagi. Masuk umur 6 tahun dia mula hilang penglihatan.

 

“Lepas Habis Pantang, Berebut Orang Nak Ambil Anak” Suami Isteri OKU Ini Nekad Ke KL Demi Besarkan Bayi Mereka Sendiri

Waktu Nak Beri Makan, Teraba-raba Cari Mulut Anak

Walaupun serba kekurangan, Hidayah tak bermasalah membesarkan anak kecilnya. “Mak saya seorang pengasuh. Jadi dari kecil saya memang dah biasa jaga baby. Umur 4 tahun saya dah pandai buat semua itu.

IKLAN

Bila dah kahwin, pengalaman itu buat saya yakin boleh jaga baby sendiri. Bezanya dulu mata saya nampak, sekarang dah tak nampak.

Kesukaran itu perkara normal yang perlu mereka lalui hari-hari. “Kami bergilir beri makan Imran. Kadang saya, kadang suami. Kena raba-raba sebab nak cari mulut dia. Pernah juga termasuk hidung.

Biasanya kami beri dekat tangan, nanti dia makan dengan sendiri (ini untuk makanan pejal). Comot itu memang standard.”

Selepas bersalin Hidayah dan suami cuma tinggal selama 3 bulan di kampung. Masuk bulan ke-4 dia nekad mahu ke Kuala Lumpur. Sebab tak sanggup dengan permintaan orang yang mahu menjaga anaknya.

IKLAN

Apa nak jadi.. jadilah.” Tekadnya.

Mulanya keluarganya tak yakin dengan keputusannya. Walaupun demikian, ayahnya tetap menghantar mereka sampai dengan selamat di Kuala Lumpur.

Sebaik menetap di KL, Hidayah tak bekerja dan sepenuhnya menjaga anak kecilnya itu. Jika mereka terpaksa keluar rumah, baby Imran akan dibawanya sekali. Hari ini suami isteri OKU ini dah buktikan yang mereka mampu membesarkan anak sendiri biarpun tak mampu melihat.

Semoga urusan kami dipermudahkan dan semoga baby Imran menjadi anak yang soleh untuk saham akhirat ayah dan ummie nanti. Amin” Doanya.

Sumber/Foto : Primadona Ummie Hidayah

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI