Bersyukur bila ada suami dan ayah yang tak berkira, apatah lagi kedekut dengan isteri mahupun anak-anak. Bahagia seisi rumah kerana ayah tahu dengan membahagiakan hati mereka, bermakna tenanglah nanti jiwa ayah.
Sememangnya itu pun formula hidup bahagia. Selalu bahagiakan hati isteri dan anak-anak, Allah tambahkan rezeki suami dan tenangkan hidupnya. Sebab itulah, ayah ini Pe Chey tak berkira dengan anak-anaknya.
Sebelum ini pernah viral kisahnya yang belikan anak perempuan gelang emas yang dipanggilnya ‘gelang getah’ dengan lebihan duit moratorium. Kali ini, anak-anak lelaki ayah hadiahkan jam pula. Bukan sebarang jam, tapi jam yang ada nilai masa depan.
“Ayah, adik- adik dapat “gelang getah”, tak kan kami tak dapat apa. Nak jugak yah, kotlah ayah nak bagi kami juga.” Kata si anak lelaki.
Bila ada anak 5 orang ni, aku kena berlaku adil. Tambah lagi yang besarnya anak lelaki, yang kecilnya anak-anak perempuan.
“Ayah bagi GShock boleh? Baru ngam korang pakai. Kat tangan juga macam adik lain, takkan nak pakai gelang pulakkan bang?
Aku cuba fahamkan anak-anak.
Bukanlah aku ni jenis memanjakan sangat, bukan juga seorang yang terlalu kedekut berkira dengan anak dan isteri. Cumanya, sesekali, memang aku akan berikan apa yang aku rasa patut diberi. Aku suka gitu.
Bukan selalu pun duit moratarium ni dapat. Aku rasa pun sekali ni je rasanya. Itu pun dek sebab pandemik Covid19 punya penangan. Jika tak, takdenya kita semua merasa kemudahan ini.
Aku nasihatkan anak-anak lelaki,
“Jam ni, ada harga. Lagi lama kita simpan, inshaAllah satu hari nanti, harganya akan melambung tinggi. Jadi, simpan baik-baik. Ayah tak tahu ayah boleh bagi harta lain kat korang, cuma inilah sedikit yang ada. Jadi, jangan dijual tak semena, simpan sebab sentimental.”
Kalau nak diperkisahkan, akan apa yang aku lalui dulu seusia anak, aku langsung tak merasa apa yang mereka rasa. Iyalah, dengan kemiskinan, dengan adik beradik yang ramai, mana mungkinlah aku merasa kemewahan.
Ads
“Terima kasih ayah. Kami syukur, ayah baik hati nak bagi kami “gelang getah” juga. Jam Gshock vintage ini pun pada kami dah mahal, betapa ayah sayangkan kami. Terima kasih.”
Anak-anak lelaki aku berterima kasih.
Ayah Tak Nak Berkira Dengan Anak-anak
Bukan mudah sebagai ayah beranak 5 nak layankan selera anaknya seorang demi seorang. Jadinya, bila ada kemudahan, aku berikan mereka dulu merasa yang jarang mereka dapat rasa. Bila lagikan?
Inilah masanya. Aku tak nak berkira sangat.
Ads
Biarlah orang nak kata apa, aku saja yang tahu macam mana aku kena uruskan kewangan keluarga. Orang sedap je berkata sedangkan mereka tak pernah nak tanya pun sebenarnya,
“Beras kat rumah kau Pechey ada lagi tak?”
Tak ada. Tak pernah.
#NfI #gelanggetahanaklelaki
Aku suka lagi bagikan anak lelaki, jam Gshock vintage. Biar pun harganya agak keras, nilai sentimentelnya sangat tinggi. Sungguh.
MW :Semoga jadi kisah bermanfaat untuk para suami sekalian.
Ajal, maut di tangan Tuhan. Seorang bapa meninggal dunia dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah apabila terlibat dalam kemalangan. Manakala pemandu BMW yang melanggar mangsa hilangkan diri.
Semoga pesalah dapat dicari dengan segera. MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan ini.
Bapa Meninggal Anak Parah
Permaisuri: Seorang lelaki maut, manakala empat individu lain parah dan seorang cedera selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan di Kilometer (KM) 38 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Tong di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Abdullah Zulekipli Jusoh, 61, meninggal dunia selepas kereta Honda City dipandunya bertembung kereta BMW yang datang dari arah Kota Bharu.
Pertembungan itu turut menyebabkan perlanggaran dua lagi kereta iaitu Honda Insight dan Perodua Axia.
Bapa Dalam Perjalanan Hantar Anak Ke Sekolah
Ketika kejadian, Abdullah yang berasal dari Felda Belada dalam perjalanan menghantar anaknya, Mohd Hasiffudin, 13, ke sekolah.
Mohd Hasiffudin yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, parah, manakala pemandu BMW menghilangkan diri dan masih dikesan polis.
Turut parah adalah pemandu serta penumpang Honda Insight iaitu Sharifah Fauziah Zani, 40; suaminya, Mohd Muslim Mohd Yunus, 41, dan anak mereka Nur Insyirah Husna, 6, yang dari Segamat, Johor.
Sementara pemandu Perodua Axia, Mohd Alghafa Shafiee, 31, cedera ringan.
Pemandu BMW Hilang Gagal Memotong
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila BMW dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal dan bertembung kenderaan mangsa.
“Honda Insight dan Perodua Axia di belakang kereta mangsa pula gagal mengelak dan berlaku perlanggaran.
“Pemandu BMW melarikan diri sejurus kemalangan dan usaha mengesan sedang dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.
MW: Al-Fatihah untuk mangsa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Diharap pemandu BMW dapat dikesan dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi “manis” jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama “Manis” yang menjadi mangsa keganasan manusia tanpa sebab.
Manis yang merupakan kucing indoor ditemui tidak bermaya di dalam longkang ketika dicari tuannya, dikenali sebagai @Kak Yong yang agak panik selepas mendapati Manis tiada di dalam sangkar ketika mahu keluar bekerja. Dalam panik mencari, Kak Yong yang juga seorang makeup artis (MUA) ternampak seorang jirannya sedang memukul sesuatu di dalam longkang namun kemudian beredar dari situ selepas ternampak dirinya.
Kucing Dipukul & Disumbat Dalam Longkang Tanpa Sebab
Berkongsi peristiwa ini, Kak Yong mengakui hatinya luluh saat menarik Manis dari dalam longkang. Sambil menjerit “kau nak bunuh kucing aku”, sambil menarik Manis yang sudah longlai.
“Hari ini dalam sejarah . Luruh hati aku. Anak aku kene tibai & kene sumbat dalam longkang dengan apek jiran selang serumah. Dia nak bunuh ank bulu aku.
“Kucing aku indoor dan tak pernah keluar langsung. Apatah lagi berak kencing rumah org memang tak pernah! Hari ini aku bukak tingkap dan aku lupa dia tak masuk sangkar lagi.
Beginilah keadaan manis ketika dijumpai dalam longkang.
Wanita Kongsi “Manis” Jadi Mangsa Jiran Bencikan Kucing
“Rupanya die dh keluar. Masa nak pergi kerja baru perasan dia tak ada dalam rumah. Puas aku cari-cari di lorong rumah aku. Lorong taman sebelah semua tak ada. Tanya juga pakcik-pakcik buat longkang pun tak ada nampak.
“On the way berjalan balik rumah sambil aku doa temukan aku dengan anak bulu aku, tiba- nmpak apek sebelah tengah jolok-jolok sesuatu dalam longkang supaya barang tu ke dalam lagi.
“Dia nampak aku dan terus masuk rumah but my instict kuat nak tahu apa benda. Dan aku tak nak harap itu anak aku. Aku sertakan video yang aku mendengus berdebar masa nak tengok longkang tu dan apa yang aku jumpa ialah anak bulu aku. Ketika aku tarik dia, muka anak bulu aku dah berlumur darah. Hancur ya Allah hati aku,” ceritanya sambil membuat emoji menangis.
“Korang share sebanyaknya.Manusia hati iblis macam ni. Aku otw buat repor,” katanya yang terlampau bersedih dengan kesakitan yang perlu manis tempuhi akibat manusia begini.
Dalam pada itu, Kak Yong menjelaskan, selepas Manis dibawa ke klinik haiwan, pemeriksaan awal doktor mendapati anak bulusnya mengalami kecederaan agak teruk.
“Bahagian telinga lebam-lebam, dalam mata pembulu bahagian badan dan kaki semua okay cuma bahagian kepala memang “bad injuries”, so memang kena ketuk kuat area kepala ya Allah.“Data computer doctor tunjukkan yang Manis “super stres” dan sangat sakit. Sekarang manis perlu di monitor 48 jam. Tapi sekarang doctor cuba bantu call vet muar (paling dekat) untuk xtray. So jom kita doa sama-sama semoga dipermudahkan, semoga vet Muar terima untuk x-ray Manis hari ini jugak.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Punyalah berharga pinggan mangkuk isi lauk yang kadang tak disangka ada dalam rak hiasan mak-mak. Untuk jenis mangkuk antik berjenama Corningware Vintage ini, harganya di dalam portal jualan atas talian boleh mencecah USD6,000 bersamaan RM24,000.
Kata Hazwani Mohd Noor, 32 dia sendiri tak sangka harga jualan semula dan harga semasa set pinggan mangkuk tahun 1990-an ini begitu bernilai tinggi.
Bila mana, dirujuk di laman eBay dan Lazada, Hazwani menemukan harga jualannya antara RM5,000 ke RM24,000. Malah, MW pun membuat survey yang sama. Sememangnya, set pinggan mangkuk yang dinamakan ‘Spice Of Life’ di laman jualan ini harganya lebih bernilai tinggi dan tentunya ada peminat yang tersendiri.
Kredit foto : Lazada.
Selepas terkejut dengan harga jualan sebegitu tinggi, Hazwani pun menggeledah rak pinggan mangkuk di rumah. Saling tak tumpah macam pinggan mangkuk milik ibunya.
“Tak sangka mangkuk yang saya guna untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai.”
Kredit foto : Hazwani.
Kualiti Pinggan Mangkuk Lama
Dalam masa yang sama, Hazwani ini pun seorang pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik. Jadi, dia dapat membandingkan perbezaan pinggan mangkuk keluaran zaman dahulu terutama dari segi kualiti pembuatan.
“Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu ‘Pyroceram’ yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.”
“Sekarang ini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dahulu.”
Dan bila dirujuk ke laman jualan online ini harga pinggan mangkuk itu menjadi lebih mahal jika tahun pembuatannya semakin jauh terkebelakang. Misalnya set pinggan mangkuk CorningWare Vintage tahun 1970 ini mencecah harga jualan RM15,000.
Kredit foto : eBay
Kredit foto : eBay
Waktu Dilancarkan Pinggan Mangkuk Ini Tak Popular
Kata pakar Porselin, Dean Six, waktu mangkuk CorningWare bercorak ini tak banyak dihasilkan malah waktu dilancarkan pada tahun 1970-an, rekaan corak ini tak dianggap popular. Hari ini, di laman eBay nilai jualannya USD7,000 (RM28,000)
Tapi tak semua corakflora bernilai tinggi. Paling popular adalah corak Cornflower. Rekaan Wildflower yang dihasilkan antara tahun 1977 hingga 1984 dan Floral Bouquet (1971 hingga 1975) boleh dijual sehingga USD10,000 (RM40,000)
Set pinggan mangkuk ini terkenal dari tahun 1970-an hingga 1990-an. Dijadikan hadiah perkahwinan untuk pengantin baru. Dahulu harganya dalam lingkungan RM200 sahaja. Sekarang ini dah jadi koleksi rare di kalangan pengumpul tegar.
Apa lagi mak-mak, bolehlah selongkar pinggan mangkuk dalam rak hiasan mak ayah kita. Mana tahu, ribuan ringgit jumlahnya.
MW : Sis isi lauk guna pinggan kangkung je. Tapi siapa tahu suatu hari nanti ribuan juga nilainya… hiks!
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.