Mangayamma Yaramati dan suaminya Sitarama Rajarao. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS

Sebelum ini Mingguan Wanita pernah berkongsi kisah Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar mak dan ayah tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri lanjut usia dari India untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.

Namun demikian, terkini dilaporkan pasangan ibu bapa tertua di dunia tersebut telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India, seminggu selepas si isteri melahirkan anak kembar pada usia 73 tahun, 5 September lalu.

57 Tahun Menanti, Sejurus Dapat Anak Pasangan Warga Emas Masuk ICU
Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS

Belum sempat mencurah kasih pada anak-anak tersayang yang pertama kali dilahirkan secara pembedahan, pasangan ini telah jatuh sakit. Mangayamma Yaramati mengalami angin ahmar sejurus selepas bersalin, manakala suaminya Sitarama Rajarao, 82, mengalami serangan jantung.

IKLAN

57 Tahun Menanti Cahaya Mata

Pasangan itu berkahwin pada 1962 dan menunggu selama 57 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) yang disifatkan sebagai keajaiban dalam dunia perubatan.

IKLAN

Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat pasangan itu berkata, Mangayamma dimasukkan ke ICU kerana tekanan selepas melalui proses bersalin selama tiga jam dan ditempatkan di unit itu sejak lebih seminggu lalu.

IKLAN

MW: Bersalin lewat usia apatah lagi pada usia warga emas memang mempunyai risiko yang tinggi. Ditambah faktor kesihatan yang tidak menentu. Semoga pasangan warga emas ni diberi kesihatan yang baik dan berpeluang mencurah kasih pada anak-anak yang dilahirkan.

Sumber:Sinar Harian, NZHerald

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI