Majlis istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berlangsung dengan sempurna. Namun antara perkara yang mencuri tumpuan ramai adalah soleken minimalis namun menawan serta busana indah persalinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa persalinan indah baginda tuanku merupakan hasil rekaan Pereka Fesyen Datuk Rizalman Ibrahim, begitu juga solekan manis hasil sentuhan Juru Mekap terkenal Khir Khalid.

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong

Sentuhan Magis Pereka Fesyen Rizalman Ibrahim

Datuk Rizalman Ibrahim yang dikenali dengan sentuhan magis pada setiap rekaannya, berkesempatan berkongsi cerita menarik disebalik perincian persalinan indah yang disarungkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda putera puteri baginda.

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong

Beliau berkongsi di IG storiesnya sehari sebelum dibawa mengadap dan persembahkan dihadapan tuanku untuk dipakai pada majlis istiadat Pertabalan di pagi hari.

IKLAN

6 perkara menarik yang dikongsikan;

1.Persalinan baginda tuanku berwarna putih gading beserta selendang dengan sulaman kerawang.

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong

2.Ia merupakan kain tenunan hasil kerja tangan penghuni-penghuni penjara di penjara Penor dan Bentong yang diilhamkan oleh tuanku baginda sendiri.

3. Baginda tuanku mengilhamkan untuk meletakkan “colek” pada persalinan baginda. Colek iaitu bentuk didalam kain menggunakan benang perak.Ia mempunyai lambang Pahang iaitu gading dan tombak serta lambang Johor iaitu bulan dan bintang.

IKLAN

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong

4. Rizalman meletakkan sulaman kerawang dan perincian “beading” dibuat satu persatu menggunakan tangan. Mempunyai lambang tersendiri, mutiara, batu berlian dan kepingan emas.

5.Istimewanya, kepingan emas pada persalinan baginda tuanku permaisuri dipinjam daripada almarhum bonda Tuanku Zanariah.Menurut Rizalman, ia dilekatkan semula pada persalinan baginda, kerana baginda berkenan mengembalikan nostalgia zaman-zaman dahulu, turun temurun.

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong

IKLAN

6. Persalinan indah ini merupakan kombinasi hak milik kerajaan Johor dan Pahang.Ia dijahit satu persatu mengikut susunan bunga.

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong

Sementara itu, memetik perkongsian dari Istana negara, sejarah berulang apabila busana yang dipakai oleh YAM Tengku Puteri Jihan pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI hari ini adalah merupakan busana yang pernah dipakai oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika Istiadat Pertabalan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar Al- Haj pada tahun 1984.

Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong
Kredit foto: Istana Negara
Rizalman Kongsi Cerita Menarik Di Sebalik Persalinan Indah Raja Permaisuri Agong
Kredit Foto: Istana Negara

MW: Bertuahnya Datuk Rizalman Ibrahim dapat membuat busana persalinan indah pada hari penuh bersejarah buat ahli kerabat diraja. Raja permaisuri agong nampak sungguh berseri-seri dan cantik rupawan dengan persalinan indah tersebut.

Sumber/Foto: Instagram Rizalman71 & Istana Negara