Lempuk Makanan Tradisi Berasaskan Durian, Sedap Namun Makin Dilupakan

Lempuk atau dipanggil lepuk dalam dialek Terengganu, merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada isi durian. Agaknya ramai yang sudah tak kenal makanan ini kan lebih-lebih lagi generasi muda.

Jadi, elok juga mak-mak buat lempuk ini untuk anak-anak rasa dan kenal. Tengah musim durian ni, bolehlah buat.

Sebenarnya kagum dengan orang zaman dahulu yang sangat kreatif dalam penyediaan makanan. Cara yang mudah. Tetapi sangat sedap untuk dimakan. Misalnya lempuk ini. Bagi mengelakkan lambakan durian yang tidak terjual, mereka mengolah makanan tersebut supaya dapat disimpan dan tahan lama.

Lempuk Daripada Isi Durian

Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula  dan dimasak sehingga berjelira dan sebati.

Lempuk merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat.

Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup kepada lempuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Cara membuatnya agak renyah sedikit. Dari proses mengasingkan isi dengan bijinya sehinggalah proses memasaknya selama beberapa jam.

Lempuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat sapuan roti. Boleh juga ditambah di dalam pelbagai jenis bubur atau cekodok durian. Sedap tau!

IKLAN

Baca lagi sini:

Durian..Semua Orang Boleh Makan, TAPI Jangan Overdose!

Ikuti MW di sini:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

Bagaimana Nak Buat?

Hanya perlukan durian dan gula saja. Ringkas je bahannya. Namun ia perlu dimasak selama beberapa jam. Maka terciptalah lempuk. Kat orang, hanya yang sabar dan rajin sahaja yang mempu membuat kuih tradisional ini.

Ini Resipinya:

1 kg durian

400-500 gram gula (terpulang pada tahap kemanisan yang diingini).

Cara membuat:

Lempuk Makanan Tradisi Berasaskan Durian, Sedap Namun Makin Dilupakan

IKLAN

Asingkan isi daripada bijinya. Letak di dalam satu periuk. Masukkan gula.

Lempuk Makanan Tradisi Berasaskan Durian, Sedap Namun Makin Dilupakan

Masak di atas api. Kacau isi durian tu sampai pekat, kental dan bertukar menjadi hitam. Lagi lama lagi elok. Api sederhana jangan terlampau kuat. Takut mudah berkerak di bahagian bawahnya. Siap!

Info Tambahan: Bila masak, ia bukan warna hitam, tapi keperang-perangan. Cara buat lebih kurang macam buat dodol. Tujuan letak gula banyak supaya lempuk tersebut boleh tahan lama untuk disimpan. Selamat mencuba ye!

Resipi: Cikgu Salmah

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI