Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
Ada 4 petua yang dikongsikan oleh beliau.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
Ads
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak ayah.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, hari yang lebih baik dan dikurniakan ganjaran pahala yang lebih besar dari pergi berjihad ialah pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Bulan Zulhijjah antara bulan kebesaran Islam. Oleh yang demikian, kita sangatlah dituntut untuk menambah nilai ibadah untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan terutamanya pada 10 hari pertama dalam bulan ini.
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. (HR al-Bukhari)
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar: والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain. (Fath al-Bari)
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau: أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah. Sabda
Rasulullah: ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Mingguan Wanita: Sama-sama kita mempertingkankan amalan apabila memasuki bula Zulhijjah ini, lebih-lebih lagi pada 10 hari pertama. Semoga diperolehi ganjaran pahala berlipat ganda yang lebih besar dari pergi berjihad di jalan Allah.
‘Mak singa buat anak menjadi?’ Elak mengaum ikut emosi, tapi mak-mak marahlah anak dalam keadaan rasional. Di saat anda dapat memikirkan kesannya ke atas anak-anak.
Tidak dinafikan ramai yang berpendapat mak singa atau mak yang garang buatkan anak-anak menjadi atau patuh. Itu adalah jawapan mengikut logik akal.
Sebaliknya mengikut sains, ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi dan fahami apa yang disampaikan:
Baru-baru ni, baby Cikgu Muhammad Nazmi demam lepas jadi saksi bapanya ditempik dan dimaki. Boleh bayang lah level tempikan tu dasyat mana sampai budak pun boleh demam.
Macam mana boleh sampai demam?
Betul ke budak bila terlalu rindu pun boleh demam?
Ya, boleh bila badan anak bertukar ke mode Toxic Stress.
Kebiasaannya, bila otak kita terima ancaman, dia akan bagi arahan kat badan untuk keluarkan ADRENALIN dan KORTISOL.
2 hormon ni adalah hormon stres, yang membuatkan kita punya badan jadi alert terhadap ancaman.
Contoh keadaan :
Lari bila nampak ular.
Asyik terkejut-terkejut lepas nampak lipas yang kita geli.
Jadi alert lain macam bila dengar ada benda mengilai atas pokok.
Laki kita tetiba melompat dari sofa dan tiba-tiba ligat buat kerja lepas dengar suara kita menjerit marahkan anak.
Itu antara tanda badan kita dah ada Adrenalin dan Kortisol yang buat kita alert.
Alert inilah contoh Positive Stress yang bantu kita terus survive. Berterima kasih kat 2 hormon ni. Asbab 2 hormon tu, manusia boleh survive berjuta-juta tahun tanpa pupus.
TAPI!!!
Lain yang jadi kalau badan kita terima hormon stress ni secara berterusan.
Kalau setiap hari anak dipekik, dipukul, didera, dimaki, disumpah seranah, dilayan macam anak tiri, Adrenalin dan Cortisol jadi berlambak-lambak dalam badan.
Dan membuatkan badan kita berada dalam keadaan TOXIC STRESS.
Macam anak cikgu Najmi, oleh kerana beliau masih bayi, toleransi dia terhadap stres sangat rendah. Menyebabkan badan dia detect sebagai ancaman secara berlebihan. Dah jadi Toxic Stress.
Anak kita pulak macam mana?
Imagine, badan anak berada dalam keadaan alert sepanjang masa. Sentiasa rasa diancam. Maka tahap ni, otak primitif anak menjadi semakin dominan berbanding otak rasionalnya.
Apa jadi bila otak primitif lebih dominan?
Badan anak akan keluarkan respon Fight, Flight, Freeze secara berlebihan.
FIGHT : Anak akan jadi cepat marah, suka memberontak dan impulsif dalam bertindak.
FLIGHT : Otak anak mengenalpasti kita sebagai ancaman. Jadi dia menjauhkan diri dari kita. Atau diam bila kita ada berdekatan.
FREEZE : Anak jadi super pendiam dan takut nak buat apa-apa bila kita ada berdekatan mereka.
Sekali sekala mengaum tak salah. Cuma jangan la sampai diri sendiri pun letih dan stres.
Kalau boleh, elakkanlah mengaum ikut emosi. Marah waktu emosi hanya akan kecutkan otak otak kita.
Tapi marahlah dalam keadaan rasional. Dengan niat mendidik dan highlight ketegasan.
Kalau kita perasan anak kita berada dalam keadaan Toxic Stress, bantu anak keluarkan Hormon Oxytocin. Iaitu hormon yang power untuk membunuh hormon stress dalam badan.
Cara untuk keluarkan Hormon Oxytocin adalah, dengan belai anak, peluk, cium dan beri kata-kata indah. Seindah macam kita mengayat isteri kita sebelum kahwin dulu.
Mingguan Wanita: Marah anak-anak itu perlu dengan niat mendidik dan mengajar. Tetapi janganlah terlalu mengikut emosi hingga membunuh perasaan anak-anak.
‘Lahirkan 44 anak dengan 15 kelahiran.’ Ibu ini dikurniakan gelaran wanita tersubur di dunia. Rezeki sungguh beranak ramai tapi tak boleh membayangkan hidupnya bagaimana sehari-hari.
Mak-mak yang beranak lima atau enam pun merasakan huru hara hidup, bagaimanalah dia melayan karenah anak-anaknya yang sangat ramai itu.
Rupa-rupanya ada wanita yang paling subur di dunia yang memiliki anak seramai 44 orang dengan hanya 15 kelahiran.
Di dera, dijual untuk berkahwin pada usia 12 tahun, dan sekarang ibu tunggal kepada 44 orang anak. Inilah kisah Mariam Nabatanzi dari Uganda.
Tiada yang lebih penting selain keluarga. Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh seorang mama tabah ini.
Mariam Nabatanzi yang berasal dari Uganda, telah melahirkan sebanyak 4 kali kembar dua, 5 kali kembar tiga, dan 5 kali kembar 4 ketika dia berusia 36 tahun.
Kalau diikutkan, doktor telah pun menghalang mama Mariam daripada hamil lagi dengan cara mengikat saluran tiub falopio (saluran peranakan).
Namun proses itu tidak dapat dilakukan kerana kilang sel telur mama Mariam dihasilkan dengan terlalu banyak.
Dikurniakan gelaran sebagai wanita tersubur di dunia, mama Mariam pernah dijual pada usia remaja dan diarahkan untuk bernikah pada saat itu. Ketika usia mama Mariam 13 tahun, dia melahirkan anak yang pertama.
Hasil daripada 44 kelahiran ini, 6 daripada mereka telah meninggal dunia, dan yang tinggal seramai 38 orang.
Malangnya, suami mama Mariam meninggalkan Mariam dan semua 38 anak anaknya beberapa tahun yang lalu.
Ada kajian menulis Mariam disahkan mengalami keadaan pelik yang melibatkan genetik dan penghasilan sel telur yang terlalu banyak.
Pada asalnya Mariam hanya mahukan enam orang anak. Cuma rezekinya luar biasa dapat melahirkan seramai 44 orang anak. – Temuramah Aljazeera.
Serius takjub sangat dengan perjuangan insan bernama Mariam ini.
Tambah mengharukan satu-satunya harapan yang diinginkan oleh mama ini ialah agar anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna satu hari nanti.
Fuh! Bayangkan jika anda dalam situasi ini apa agaknya yang terjadi.
Mingguan Wanita : Semoga Tuhan mempermudahkan urusannya. Sudahlah anak ramai, ditinggalkan suami dan bergelar ibu tunggal pula. Harapnya ramai yang membantu Mariam.
Masih ramai yang kurang tahu pasal kelebihan pakai niacinamide untuk kulit wajah. Rugi sangat kalau anda tak pernah sapu pada wajah, nak-nak kalau umur dah masuk 30an.