Dikatakan bahawa lelaki lebih bahagia kalau kahwin dengan isteri garang. Bila dapat wanita garang, ada kawan-kawan kata si dia jenis queen control. Kononnya tak bestlah kalau si dia garang, tetapi tahukah anda sebenarnya termasuk kategori bertuah?
Lelaki Lebih Bahagia Kalau Kahwin Isteri Garang
Ya, kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan/isteri garang. Mana tidaknya, semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga.
Ada LIMA sebab munasabah anda akan lebih bahagia jika seorang lelaki dapat dapat isteri garang.
LIMA SEBAB WANITA GARANG CONFIRM BUAT LELAKI LEBIH BAHAGIA
Ini Faktanya
1. Wanita Garang Akan Melindungi
Ads
Kita selidik mak anda sendiri, garang ke tak garang? Apa kesan daripada garang itu? Haruslah anda dilindungi, tak siapa berani usik! Kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda.
2. Anda selamat daripada bertindak sesuatu yang bodoh
Lelaki suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. Jadi, kalau dapat pasangan jenis garang ia dapat mengelakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.
Ads
3. Hidup lebih berdikari
Selalunya wanita garang bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada masalah.
4. Mereka bijak merancang
Wanita garang tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.
Ads
5. Jenis tak suka menyusahkan
Jika anda keluar makan bersama dan teman wanita/isteri anda mahu membayarnya, sila biarkan. Walaupun anda mampu berikan wang beribu ringgt, wanita jenis ini ada prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa.
Jadi kenapa nak rasa menyesal dapat pasangan garang. Untunglah anda dapat orang yang jenis ambil berat dan melindungi. Alhamdulillah…
Hidup sebagai suami isteri memang tidak dapat lagi daripada ujian berumah tangga. Tidak dapat dinafikan dalam dunia ini semuanya memerlukan wang. Dalam sesebuah perkahwinan, apabila isteri dilimpahi dengan kemewahan, si suami sudah menganggap dia sudah melunaskan tanggungjawab pada isterinya.
Namun bukan semua perkara boleh diganti dengan wang ringgit dan kebendaan semata. Ada isteri yang mahukan perhatian suami. Jika si suami terlalu sibuk mencari nafkah sehingga sang isteri terabai, segala kemewahan itu ibarat tidak memberi makna.
Melalui satu hantaran di laman Facebook, Ustazah Asmak Husin berkongsi tentang kisah seorang suami yang mengadu tentang perihal isterinya.
BELI GUCCI PUN MUKA MASAM
“Ustazah, setiap kali pergi mana-mana mesti saya akan beli hadiah untuk isteri saya. Bulan lepas saya dah bagi Gucci, bulan ni saya beli gelang emas pula untuk dia. Tapi dia masih lagi merungut dan bermasam muka dengan saya, asyik-asyik kitorang bergaduh. Macam mana saya nak buat supaya dia lebih menghargai semua pemberian dari saya? Saya buntu nak kena buat apa lagi untuk dia”
Persoalan sebegini juga sering saya terima dari ramai orang, isu dalam perhubungan suami isteri. Puncanya cuma apa, kerana ‘bahasa cinta’ setiap individu ini berbeza. Bersama pasangan sudah tentu memerlukan bahasa cinta.
Suami ingat dengan memberi barang material akan selesaikan masalah atau menghapuskan perasaan bersalah dia apabila tidak dapat memberi kasih sayang kepada isteri.
Suami perlu tahu bahasa cinta si isteri. Try and error mana satu bahasa cinta yang tepat bagi pasangan kita.
Saya nak nasihatkan, kalau boleh jangan ajar isteri dengan limpahan material. Sebab bila kita mula beli jiwa isteri dengan ‘wang’, lama-lama dia dah terbiasa dan kalau berlaku apa-apa nanti susah sebab dah ditarbiah isteri dengan benda-benda material.
Jadi, kesimpulannya kenali bahasa cinta pasangan masing-masing agar kita dapat menghargai dengan cara yang tepat dan keharmonian rumah tangga kekal bahagia.
Isteri kalau nak merajuk dengan suami, boleh, tiada masalah tapi jangan lebih tiga hari. Merajuk untuk mendapat perhatian pasangan kadangkala boleh mewujudkan kemesraan dalam perkahwinan.
Pada masa yang sama, merajuk juga ada implikasi negatif apabila pasangan yang suka merajuk dilihat sebagai terlalu mengada-ngada dan inginkan perhatian 24 jam sehari. Sememangnya lebih senang untuk merajuk dan menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pasangan tersayang. Sayangnya, merajuk tidak membawa kebaikan pada jangka masa panjang dan boleh menjauhkan serta memencilkan pasangan anda di rumah sendiri.
Sifat isteri memang ada ketikanya mudah merajuk. Tapi orang perempuan sebenarnya mudah juga reda hatinya. Asalkan suami tahu macam mana nak pujuk, belai, manjakan malah sayangi mereka. Biarlah sudah berpuluh tahun kahwin pun, memang itulah sifatnya.
Suami yang faham.. fahamlah. Yang tak mengerti atau buat-buat tak nak mengerti akan berkesudahan membawa konflik dalam rumahtangga. Isteri ini kalau dia merajuk bukanlah nak minta suami belikan intan berlian baru dia reda hati panasnya itu. Dia cuma mahukan perhatian suaminya saja. Tapi.. rupanya ada juga yang makan pujuk dengan ‘intan berlian’.. Tengok video kalau tak percaya.
Tapi kalau moodnya nampak lain. Jangan pula buat semua itu. Sia-sia je nanti. Biarkan dia merajuk. Tengok saja reaksi dia dalam dua tiga hari itu. Kalau dah masuk hari ketiga, masih tak bertegur sapa. Haaa.. itu dah masuk kategori ‘DANGER’.
Kena cepat-cepat pujuk. Bila suami mula ada perasaan MALAS MEMUJUK ISTERI. Danger itu makin berganda-ganda. Bimbang jadi konflik dan boleh menuju jalan perpisahan. Nauzubillah..
Kenapa Merajuk Lebih 3 Hari Itu Bahaya?
Rasulullah SAW Pun Pesan…
Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ertinya “Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami’: 7635)
Sebab itu isteri yang sedang merajuk kena cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa).Suami kita juga begitu. Tak sempurna mana pun. Samalah dengan kita wahai isteri. Ada masanya pun isteri tanpa sengaja melukakan hati suami. SEDARLAH SEGERA yang pasangan kita itu adalah hadiah terbaik yang Allah beri.
Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu. Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck’ dengan dia ni?” ‘Ya Allah.. mana kau nak lari’ Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir. Bukankah hidup kita ini memang satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh itu sangat kuat anda akan percaya. Dialah cinta terbaik yang tuhan berikan untuk anda.
Tiga Hari Tempoh Bertenang
Kalau dalam mana-mana perundangan pun ada istilah tempoh bertenang. Dalam konsep merajuk dengan suami pun ada istilah yang sama. Suami pula jangan terlalu memaksa isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab apa, orang perempuan bila tengah panas. Siramlah dengan air terjun sekalipun. Dia takkan jadi sejuk.
Bagi masa untuk isteri fikir kembali apa yang patut, apa yang tidak. Isteri ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Nanti bila dia dah mula sibuk dengan anak-anak, kerja rumah bagai lupalah dia yang dia sedang merajuk dengan suaminya. Kadang tu bukanlah lupa sepenuhnya. Tapi isteri yang baik takkan memanjangkan cerita.
Ikut kata ustaz, bila isteri merajuk apa cara terbaik memujuk
Kalaulah dah habis cara memujuk, isteri tak juga mahu hilang merajuk. Jangan putus asa. Sebabnya ada 1001 cara nak memujuk isteri yang merajuk ini. Ikut panduan yang dikongsikan oleh ustaz untuk mendamaikan hati pasangan yang sedang makan hati.
Sudah fahamkan, merajuk itu boleh tapi kenapa tak boleh lebih 3 hari? Haa.. buat suami, kalau isteri dah muncung sedepa tu cepat-cepatlah pujuk. Bagi tenang sikit emosi sensitifnya itu.
Kaum lelaki kalau anda rasa nak umur panjang, cubalah peluk isteri dua minit sehari. Tak perlu stres-stres. Sebabnya pelukan itu akan meredakan tekanan. Kajian menunjukkan pelukan ini akan mengeluarkan hormon gembira.
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.