duit-balik-kampung

Walaupun dilimpahi rezeki perniagaan yang banyak, instafamous merangkap usahawan terkenal ini, Hafiz Mahamad tidak lokek untuk meneruskan kerja-kerja amal. Terbaru, Hafiz menaja tiket balik kampung percuma untuk 5 buah bas, bagi membolehkan mereka yang ketiadaan duit balik kampung.

Asalnya, dia cuma mahu menaja 3 buah bas saja. Sambutan yang diterima membuatkan dia menambah lagi 2 buah bas. Menjadikan 5 buah bas kesemuanya.

Beberapa hari lalu, Hafiz menyatakan niatnya itu mahu menaja orang ramai yang mahu pulang ke kampung atau balik ke kolej kediaman masing-masing. Dan setiap daripada individu mendapat 3 tiket dari Kuala Lumpur ke Selatan, Pantai Timur dan Utara

Malah, setiap mereka akan dibekalkan dengan makanan dan kit ujian Covid-19.

Hafiz turut ditemani isteri, Syafigah Aaina ketika menghantar para penumpang ini menaiki bas untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Empat Tahun Tak Balik Kampung

Kirim salam mak ayah awak di kampung bila sampai nanti tau

Saya teringin nak balik kampung tapi saya tahu ada sahabat yang takda duit nak balik kampung & hanya mampu melihat kita semua balik kampung jumpa mak ayah.

Tergerak hati nak booking 3 bas, masyaAllah ramai sahabat yang nak balik. Alhamdulilah saya upgrade ke 5 bas.

IKLAN

Tadi bila berborak dgn sahabat, ada yang kata, “Saya 4 tahun tak balik, ni baru nak jumpa mak ayah.

Sambil tunjuk anak ni dah usia 4-5 tahun. Ini 1st time nak balik kampung jumpa atuk.

Baca sini : Waktu bantu sahabat strok masuk kereta, isteri call anak dalam kandungan dah tiada

Rezeki Dapat Tiket Bas Percuma

Ada yang sedih lagi, sorang adik ni datang KL nak cari kerja untuk interview. Duit ngam ngam untuk makan beberapa hari sebab nak cari kerja & Alhamdulilah rezeki dapat balik dengan ticket free ni.

IKLAN

Banyak lagi cerita sahabat tadi & rasa happy sangat dapat bantu mereka. Tadi saya ada bagi makanan & test kit untuk mereka juga. Alhamdulilah selamat 5 bas bertolak ke Utara, Pantai Timur & Selatan

Ini je saya mampu usahakan, insyaAllah next saya cuba uruskan sahabat untuk balik ke Sabah,Sarawak pula dengan Flight

Ini semua hasil dari perniagaan @ainaabeautyofficial & sahabat semua. Takkan pernah saya lupa diri sebab selama ni sahabat yg doa & support. Malu diri ni kalau tak “beri balik” pada mereka

Sahabat yang balik tadi, awak kirim salam mak ayah di kampung tau. Saya dan isteri ingat nak balik, tapi tak boleh balik kampung lagi, ada kerja dan tanggungjawab kena selesaikan

IKLAN

Takpa, awak balik dulu tau.”

Terima Kasih team Ainaa sebab kerja keras uruskan ini. Terima Kasih @kiffahtravelofficial bantu saya uruskan ini & Terima Kasih semua sahabat, team & customer selalu doakan kami semua

Doakan kami terus, saya takkan pernah lari dari ini “Kejayaan Demi Kebahagiaan

Mingguan Wanita : Semoga dimurahkan rezeki untuk terus membantu orang lain.

Sumber/Foto : Hafiz Mahamad

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI