Tak dinafikan, kalau tengok orang cina kebanyakannya anak tak ramai. Dapat sepasang pun dah cukup. Ini kerana keadaan sekarang yang cukup mencabar. Berbeza dengan orang melayu, anak tak ramai mulalah bertanya, bila nak tambah. Dah ramai kata tak ada perancang keluarga pula.

Tak kisahlah anak ramai atau tak ramai, sepatutnya kena ada family planning. Belum lagi betapa strugglenya mak ayah dalam menjaga dan mendidik anak-anak ini. Sebab itu, jangan pelik bila kita tengok orang cina anak tak ramai.

Perkongsian daripada Adam Kelvin, tentang pandangan lelaki cina mengenai family planning. Memang betul apa yang dikatakan itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Anak Ramai Cukup Ke, Tak Penat?” Tak Perlu Mengeluh, Setiap Mereka Ada Rezekinya

Jangan Bangga ANAK RAMAI, Biar Berkualiti Walaupun Hanya SEORANG, Itulah Rezeki & Amanah

Anak Tak Ramai, Perlu Ada Family Planning

1. Struggle In Motherhood & Fatherhood Are Real.

Kami berdua mengaku memang struggling dalam fasa parenthood. Bila ada anak, saya kena ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi di zaman kanak-kanak saya, tidak berulang kepada anak saya.

Kami berdua masing-masing ada trauma zaman kanak-kanak. We are still healing from it. Cuba sedaya upaya untuk elak anak heal trauma dari kami berdua apabila dia dewasa kelak.

2. Ada Banyak Masa

Masa untuk saya dan isteri belajar mengenai karakter anak & parenting skill lebih banyak.

Nak jaga emosi bayi, emosi anak sulung, jaga emosi isteri dan pada masa yang sama nak jaga emosi diri sendiri lagi? Tipulah semua smooth kan? Ada masa badai melanda juga. Belum termasuk tsunami, walaupun baru anak seorang.

IKLAN

Ada masa saya juga terbabas bila marah anak. Rasa teruknya sebagai seorang ayah.

3. Hormati Hak Dan Badan Isteri.

Sebenarnya, sebelum berkahwin, isteri saya ada bagitau yang dia tak nak ramai anak sebab dia anak sulung dari 9 beradik. Emosinya banyak terabai kerana menjaga adik-adik yang semuanya jarak rapat-rapat. Setiap orang hanya jarak 2 tahun saja.

Dia pula ada mindset yang lelaki akan berubah bila dah ada anak. Itu yang dia nampak dan lalui masa kecil dan remajanya. Jadi dia fikir, kalau anak tak ramai, senang dia nak berdikari. Nak angkut anak lari ke apa senang kalau tak ramai.

Bunyi macam kelakar juga. Tapi kasut orang tak sama kan? Hanya yang pernah pakai kasut seperti tu saja yang faham betapa peritnya nak jaga 9 adik dan imbangkan pelajaran.

Tapi saya okay saja sebab saya sendiri pun tak nak anak ramai. Paling-paling pun 2 orang saja. Namun, isterisaya memang mengalami trauma yang teruk selepas bersalin sampai ke hari ini.

IKLAN

Isteri perlukan masa untuk recover dari sakit bersalin dan nak kembalikan bentuk badan macam sebelum bersalin.

Lagi satu, yang mengandungnya isteri. Yang hadap morning sicknessnya isteri, yang hadap sakit dan azab sakit bersalinnya isteri. Saya tengok sendiri isteri masih muntah-muntah beberapa jam sebelum ditolak ke labour room. Kesian sangat.

Belum lagi tambah keserabutan isteri bila menyusukan anak. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak. Jadi, tak salah pakai perancang kalau kita nak isteri cantik selalu. Suami kenalah support dan bagi kerjasama.

3. FINANCIAL

Sebenarnya ini isu pokok dari semua di atas.
Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki tu sentiasa ada. Tak dinafikan. Esok masih hidup pun dikira rezeki. Dapat makan hari ini pun dikira rezeki, kan?

Anak saya perbelanjaan seorang pun RM1,000 sebulan.
Pengasuh RM500
Insurans RM200
ASB RM200
Pampers RM120

Masa ni 100% anak minum susu ibu. Bukan susu formula. Boleh bayang kalau susu formula punya harga dikira sekali? Itu belum termasuk makan minum, pakaiannya lagi. Dah menelan belanja RM1k lebih.

Paling kurang, bagilah kita sebagai mak ayah dapat bernafas dan selesa dengan kedudukan kewangan sebelum menambah anak.

IKLAN

Duit simpanan atau lebih RM1,000 tu boleh guna untuk hantar ke tadika yang berkualiti sikit. Tambah pula sekarang anak dah masuk tadika. Yuran tahunan segala bagai dah beribu-ribu. Saya pun sedia maklum early childhood education memang mahal. Nak yang terbaik, memang kena usahakan juga.

Jangan Pelik

Tak pelik kalau orang Cina memang tak memiliki ramai anak. Anak mostly 2 orang saja.

Paling ramai pun 3 orang. 4 orang tu kira ramailah bagi keluarga cina. Tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki.

FAMILY PLANNING INDEED IS VERY CRUCIAL.

Setelah mengambil kira semua faktor di atas, kami ambil keputusan untuk ada anak seorang saja buat masa ini cukup.

Jangan pedulikan orang kata mental koyak ke apa sebab mereka tak berada di tempat kita. Hakikat itu pahit and it’s way too expensive to have another baby. Reality check.

Mingguan Wanita : Biarlah orang nak cakap anak sedikit atau ramai. Yang penting berkualiti dan jagalah amanah yang diberikan. Terima rezeki yang Allah beri.

Sumber: Adam Kelvin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita