Lelaki curang bukan sebab rupa tapi perangai sendiri. Selalu kita dengar orang cakap, “Lelaki curang sebab perempuan lain lebih cantik,” atau “Kalau girlfriend lawa, confirm lelaki takkan cari lain.” Tapi betul ke?
Lelaki Curang Bukan Sebab Rupa Tapi Perangai Sendiri
Hakikatnya, kecurangan seorang lelaki bukan bergantung pada rupa paras pasangan, tapi lebih kepada sikap dan prinsip hidup dia sendiri. Lelaki yang curang bukan sebab dia jumpa perempuan yang lebih lawa, tapi sebab dia sendiri yang buat pilihan untuk berlaku curang.
Curang Itu Pilihan, Bukan Kebetulan
Kalau seseorang lelaki itu jenis setia, dia takkan mudah tergoda walaupun ramai perempuan cantik di sekelilingnya. Tapi kalau memang perangai dia suka ‘try and error’, memang tak kisah la betapa sempurna pun pasangan dia, tetap akan cari alasan untuk curang.
Bukan Salah Pasangan, Tapi Salah Diri Sendiri
Kadang-kadang ada lelaki yang suka salahkan pasangan bila dia curang. Kononnya, pasangan tak cukup beri perhatian, tak cukup memahami, atau dah berubah selepas lama bercinta.
Tapi kalau betul ada masalah dalam hubungan, kenapa tak bincang dan selesaikan? Curang bukan cara yang matang untuk selesaikan masalah. Sebenarnya, lelaki yang curang lebih kepada mencari keseronokan sementara dan bukannya sebab pasangan dia ada kekurangan.
Perangai PlayBoy Tak Kenal Wajah
Ada lelaki yang muka biasa-biasa, tapi perangai kuat ‘mengayat’. Ada pula lelaki yang rupa paras kacak, tapi setia pada seorang. Maksudnya? Rupa paras bukan faktor utama seseorang itu setia atau curang. Ia lebih kepada didikan, prinsip hidup dan bagaimana seseorang lelaki itu menghargai hubungan yang dia ada.
Ads
Godaan Sentiasa Ada, Tapi Pegangan Diri Itu Penting
Zaman sekarang, dengan media sosial yang penuh dengan godaan, memang susah nak elak daripada berkenalan dengan orang baru. Tapi di sinilah letaknya ujian kesetiaan. Kalau lelaki itu betul-betul hargai hubungan dia, dia akan tahu batas. Dia takkan layan DM perempuan lain dengan niat nak “test market” atau sekadar “suka-suka.”
Nak kata lelaki curang sebab rupa paras pasangan tu tak betul. Kalau betul begitu, kenapa ada perempuan yang dah cukup cantik pun masih kena curang? Sebab akhirnya, semuanya tentang prinsip dan sikap lelaki itu sendiri.
Kalau dia jenis yang setia, dia akan setia tak kira siapa pun pasangannya. Kalau dia jenis yang tak pernah cukup dengan satu, bagi la perempuan secantik bidadari pun, tetap akan cari lain.
Jadi, jangan salahkan diri sendiri kalau pasangan curang. Itu bukan salah kita, tapi salah dia yang tak tahu menghargai.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kita berkahwin bukan dengan hanya pasangan tetapi turut melibatkan keluarga termasuklah ipar duai. Tak dinafikan awal kahwin, semuanya nampak baik. Lama-kelamaan, nampaklah warna sebenar, baik kita yang memang sudah tahu perangainya begitu dan juga ipar duai.
Ada pula yang baik depan, belakang lain. Lagi teruk bila ipar-duai langsung tak tegur sapa. Macam mana nak rapatkan kembali hubungan dengan ipar yang tak sebulu, seperti mula-mula berkenalan dengan mereka. Jom kita semak…
1. Letak Diri Anda Ditempat Dia
Anda sebagai orang baru jangan fikir mereka kena faham tentang anda. Sebaliknya, anda kenalah faham mereka dulu.
2. Curi Masa Kenal Hati Budi
Tak salah, luang masa dengan mereka pada hujung minggu atau pun datang ziarah bertanya khabar. Jarak jauh bukan halangan untuk rapatkan hubungan keluarga.
3. Sedekah Atau Banyakkan Menghulur
Tak salah pun beri hadiah pada mereka. Lebih-lebih lagi pada anak saudara. Hadiah kecil pun jadilah, untuk eratkan hubungan yang ada.
4. Kongsi Pendapat
Kalau ada masalah, tak salah tanya pendapat mereka. Ini boleh sahaja membantu hubungan anda lebih rapat.
5. Elak Buka Aib Di Media Sosial
Hidup zaman internet ni, anda kena jaga banyak sudut. Ini paling penting sebab dek kerana sikap sendiri yang suka post status ‘mengarut’ itulah boleh keruhkan hubungan.
6. Bantu Selagi Boleh
Bila saudara ipar hadapi masalah, jangan ragu untuk bantu. Dan tolonglah jangan berkira.
7. Jadi Pendengar Yang Baik
Golongan perempuan ni suka meluah jadi apa salahnya anda jadi pendengar yang baik tapi jangan pula nak tambah-tambah api kemarahan sampai timbul pergaduhan.
8. Join Majlis
Apabila ada majlis berkumpul bersama sanak saudara, pergilah turut sama. Masa inilah anda nak kenal saudara ipar-duai.
9. Berbual Benda Baik
Masa berkumpul, tolonglah elak berbual tentang perkara yang tak baik tentang keluarga lain. Ini jalan mudah tak nak keruhkan hubungan.
10. Elak Buka Aib Sendiri
Jangan nak bercerita tentang masalah rumah tangga anda dengan saudara ipar walaupun anda baik dengannya.
11. Jangan Sombong, Kena Pandai Bertegur
Kalau ada group whatsapp keluarga ipar, janganlah buat perangai sombong, sekali sekala menyampuk mana yang perlu. Sekurang-kurangnya dia tahu kehadiran anda dalam kumpulan itu dan istilah ‘tak reti bertegur sapa’ mesti tak wujud!
12. Jaga Cara Bercakap
Belajar jangan cakap lepas. Siapa tahu ada ipar duai kita yang jenis cepat sentap!
13. Sesekali Kena Mengalah
Mengalah tak bererti kalah. Kadang kala, anda perlu mengalah, tapi jangan asyik mengalah sebab ada masanya anda pun perlu pertahankan pendapat anda.
14. Jangan Libatkan Pasangan
Kalau sesekali anda terasa hati, jangan hasut pasangan sendiri untuk masuk belah anda. Meluah OK, tapi jangan sesekali mengarah suruh pasangan bertindak ‘macam-macam’.
15. Jangan Jadi Batu Api
Tolak ketepi sikap nak keruhkan keadaan, paling teruk sikap BATU API. Semua orang pernah buat silap, dan kalau boleh anda sendiri kena belajar memaafkan. Sekali pun tak suka, elak mencanang! Ini mengeruhkan hubungan kekeluargaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak dinafikan sukar menahan rasa marah, namun sebagai suami cubalah kawal sikap kuat melenting kerana sekali isteri terasa dan terluka, dia akan ingat sampai bila-bila. Isteri ini halus perasaannya, sensitif sangat apatah lagi dengan suami yang dia sangat sayangi.
Setiap kali rasa marah itu datang, suami sebaiknya cuba mengawal dengan cara fikirkan tentang perkara lain. Memang tak mudah untuk dilakukan, tetapi menjaga hati isteri adalah langkah terbaik dalam menjamin kebahagiaan dalam hubungan suami, isteri.
Bila rasa nak marah, ketap bibir dan terus pandang ke arah lain, pergi ke tempat lain, buat kerja lain…
Boleh saja hendak marah, mungkin masalah itu boleh selesai, salah itu tak diulang, tetapi satu yang akan kekal ialah dia akan terasa hati dan benda ini pula dia akan ingat sampai bila-bila…
Yang ini yang tak seronok… Titik kegembiraan dan kebahagiaan dalam diri seorang wanita itu adalah di hati…
Memang Masalah Selesai Kalau Melenting TAPI
Perasaan yang ada dalam hati itu… Kalau kita hendak dia gembira, nak dia bahagia, maka jangan bagi dia terasa atau terluka…
Kadang-kadang kita ini melenting bukan atas hal-hal yang berat… Hal-hal remeh-temeh itulah yang kita perbesarkan…
Balik kerja terpijak mainan, buka tudung tidak ada makanan, kita panggil dia tak dengar, lambat bersiap, call tak angkat, mesej tak balas dan sebagainya…
Boleh saja kita selesaikan dengan cara lain tanpa perlu marah dia… Bila terpijak mainan, panggil saja anak-anak untuk kutip dan simpan…
Paling tidak pun kita sendiri yang lakukan… Bila buka tudung tidak ada makanan, terus ajak makan luar atau keluar bungkus makanan…
Kita panggil dia tak dengar, kita sendiri pergi depan dia, beritahu apa yang kita mahukan…
Bila nak ajak keluar, time kita tak mandi lagi sudah kena suruh dia start bersiap… Dia sudah pakai tudung, barulah kita mandi…
Tak Perlu Melenting, Kawal Sikap
Malas hendak meninggi suara, malas nak marah-marah… Kita jadi tak seronok, dia lagi tak seronok…
Benda yang kena marah itu pula, bukannya macam bawa kereta langgar lembu… Reverse, parking, langgar tiang lampu…
Buang atau kawal sikap cepat nak melenting, cepat nak marah, panas baran sebab ini semua sikap syaitan…
Syaitan suka kita dalam keadaan macam ini… Apa yang keluar dari mulut kita itu, kita sendiri tak sedar, tapi hati yang sedar sudah pun disakiti dengan kata-kata tersebut…
Tip untuk elak marah, diam, alih pandangan, pergi tempat lain, buat kerja lain… Bila sudah cool down nanti, baru tegur elok-elok apa yang patut diperbaiki dan diperbetulkan…
MW: Ini tidak bermakna seoarang suami tidak boleh memarahi isterinya. Jika ada kesalahan isteri yang perlu ditegur, suami boleh menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Menegur dengan penuh kasih sayang demi kebaikan bersama. Isteri juga manusia biasa yang punyai perasaan.
Membesar dengan adik-beradik, memang akan ada drama bertengkar sampai buat orang tua pening kepala. Tapi itu semua normal, hakikatnya adik-beradik tetap saling menyayangi. Akhirnya, sains membuktikan yang kehadiran adik mahupun kakak akan membuatkan kehidupan anda jadi lebih baik lagi.
Kajian ini dijalankan pada tahun 2010 dan dicatatkan dalam The Journal of Family Psychology. Melibatkan 400 keluarga yang mempunyai adik beradik yang pelbagai. Usia mereka antara 10 ke 14 tahun. Hasilnya, kehadiran kakak menyuntik mental yang positif di kalangan adik-beradik mereka.
Keputusan kajian itu juga menunjukkan mereka yang punya adik-beradik ini akan lebih mudah bersimpati, pandai berkomunikasi dan bijak menyelesaikan konflik. Manakala, seorang profesor dari University School of Family Life, Laura Padilla-Walker menjelaskan walaupun adik beradik ada yang saling bertelingkah, selagi adanya perasaan sayang, gaduh itu tak berpanjangan.
Kalau Adik Beradik Bergaduh..
Semasa adik beradik ini bertelingkah, mereka sebenarnya sedang belajar bagaimana untuk mengatur emosi. Inilah kemahiran yang amat bermanfaat untuk mereka menjalani kehidupan. Dan walaupun adik kakak kadangkala tak sebulu, tak dinafikan ketiadaan salah seorang akan membuatkan kehidupan menjadi sunyi.
Sebab itulah adik beradik perempuan lebih banyak bercakap berbanding lelaki. Jika anda ada seorang kakak, anda akan lebih banyak bercakap tentang masalah kehidupan.
Anda juga perlu tahu yang anak lelaki yang membesar dengan kehadiran seorang kakak, akan lebih baik dalam berkomunikasi dengan pasangannya. Yang lebih menarik dari kajian ini, dibuktikan bahawa selepas ketiadaan orang tua kelak, kakaklah yang akan mengambil alih tanggungjawab mak ayah untuk memastikan adik-beradiknya saling bersatu.
Anugerah Adik Beradik Cuma Sekali
Sebab itulah anda kena faham di sini, mungkin hari ini anda ada berselisih faham dengan adik beradik. Anggaplah itu cuma pertelingkahan atau perselisihan pendapat yang kecil yang terjadi pada kalian.
Ini kerana, biar apa pun terjadi, air dicincang takkan putus dan adik beradiklah yang akan sentiasa mengingat dan membantu anda kelak. Justeru, pastikan anda saling rapat dan menjaga anugerah hubungan adik beradik yang Allah berikan untuk anda. Yang mana, hadiah tuhan beri ini cuma satu saja di dunia ini.. Jagalah ia.
Sumber : goodfullness.net
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.