Laksam lembut cantik licin elok bergulung, kukus guna pinggan plastik!
Rupanya ada cara mudah dan tip untuk buat laksam supaya jadi tak melekat, lembut cantik, licin malah elok bergulung. Syaratnya kena pakai pinggan plastik yang disapu sedikit minyak.
Ini resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Fiza Mh sebagai panduan;
Flawless teruk guys laksam ni. Siapa yang nk cuba, ini resepinya.
Bahan-Bahan:
1cawan tepung beras cap teratai
1sdm penuh tepung gandung cap ros
21/2 cawan air ( cawan yang sama dengan tepung tadi)
Minyak untuk disapu pada pinggan
**Guna pinggan plastik high heat yang bebas bpa ye. Bukannya apa, untuk keselamatan dan kesejahteraan hidup kita.
Cara Membuat:
1.Panaskan kukusan. Sapu pinggan plastik dengan minyak masak.
2.Bancuh ramuan di atas kacau sampai larut dan jangan bergentel. Curah dalam pinggan yang telah disapu minyak kemudian kukus 4-5minit.
3.Kalau dah menggelembung itu tandanya dah masak. Tunggu sejuk baru gulung ya. Buat sampai habis step ni.
Ads
Nota: Untuk kali kedua dan seterusnya tidak perlu sapu pinggan plastik dengan minyak. Cukup sekali.
Lipat baju, tak semua rajin dan suka. Silap haribulan, mahunya makan masa seminggu baru nak lipat, sampai menggunung tinggilah. Tapi, ada juga yang lepas jemur, angkat dan terus lipat. Rasa tenang hati tengok pakaian dah berlipat.
Rata-rata lipat baju antara kerja rumah yang paling malas mak-mak nak buat. Tapi tak semua, mungkin ada sesetengahnya kalau melipat baju seronok, sebaliknya nak menjemur pula malasnya. Citarasa masing-masing.
Perkongsian daripada Siti Hasiah Muhammad boleh membantu mak-mak untuk rajin lipat baju. Baju yang bertimbun seperti gunung pun berjaya dilipat dan cantik tersusun dalam almari. Aca cara nak bagi rajin lipat baju.
“Malasnya nak lipat kain. Antara banyak-banyak kerja rumah. Bab yang satu ni, liat sungguh.”
Bila kain dah setinggi Everest.
Hati bersemangat waja ini membawa bakul berisi timbunan kain di hadapan kaca tv.
Dengan harapan, seronok lah dapat lipat kain sambil menonton rancangan kegemaran. Mula-mula rancak tangan melipat sama seperti rancaknya adegan drama di tv. Alih-alih, bila sampai bab konflik. Mata tajam memerhati. Tidak sedar tangan sudah berhenti. Bila habis sahaja drama.
“Aik? Belum surut lagi timbunan kain aku ni.”
Pernah jadi kan?
Ada kalanya.
Mula-mula semangat nak lipat kain.
Bila buka tv, ada pula movie yang best terus tolak ketepilah jawabnya bakul kain tu.
Dulu: Lipat kain di hadapan tv.
.
Sekarang:
Lipat kain di dalam bilik tertutup.
Dulu: Sambil lipat kain, kepala memikirkan banyak perkara. Fikir apa nak masak kejap lagi, fikir rumah bersepah lagi, fikir perkara yang lepas, fikir masa depan yang tidak tahu lagi bagaimana. Banyak sangat yang kita fikir. Kalau fikirkan perkara positif, Alhamdulillah. Tetapi jika kita fikirkan perkara yang negatif, kita akan jadi cepat letih. Double letih lah bila kita buat perkara yang kita tidak gemar pula (lipat kain).
Sekarang:
Cuba tumpukan sepenuh perhatian pada kain-kain yang kita lipat.
Lihat satu-satu kain itu.
Sambil lipat, kita zahirkan sekali rasa syukur.
Syukur, keluargaku mampu membeli baju-baju yang pelbagai warna dan corak.
Sambil lipat seluar anak. Syukur, anakku sempurna sifatnya.
Punya sepasang kaki yang cantik untuk menyarungkan seluar ini.
Sambil lipat baju kerja suami. Syukur, aku punya suami yang bekerja kuat mencari rezeki yang halal buat kami.
Sambil lipat baju sendiri. Syukur, baju ini yang aku teringin sangat dahulu.
Sambil lipat baju anak sulung dan anak bongsu. Ya Allah, dah besar rupanya anak-anakku. Setiap helai seluar, setiap pasang baju.
Nikmatilah dan amatilah dengan tetliti.
Perasaan lipat kain tidak akan sama lagi selepas ini.
Dulu: Lipat kain sambil dengar radio atau tv.
Sekarang:
Jadikan waktu lipat kain ialah waktu bertenang.
Boleh pasangkan muzik instrumental yang menenangkan.
Ataupun muzik yang berfrekuensi tinggi.
Boleh juga pasangkan apa sahaja audio yang menjadi santapan rohani.
Dulu: Lipat kain sebab nak bagi rumah kemas. Nak bagi anak-anak senang ambil baju. Nak bagi suami tampak segak untuk ke tempat kerja.
.
Sekarang:
Lipat kain ini adalah ibadahku.
Niatkan kerja kita melipat kain itu untuk meraih redha Allah.
Percayalah, hanya dengan merubah niat sahaja.
Kita akan rasa berbeza.
Ini sahaja tips mudah dan rasai perbezaannya.
Semoga ia bermanfaat juga untuk kalian.
4 tip bahagia melipat kain:
1. Lakukan di bilik tertutup.
2. Tumpukan sepenuh perhatian dan zahirkan rasa syukur.
3. Pasang alunan yang menenangkan.
4. Ini sebahagian ibadahku.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Betul sangat, nak melipat kena ada mood dan hari-hari tenang. Tapi kalau tengok kain bertimbun pun tak boleh jugak. Tak senang hati pula.
Rupanya apabila mengalami masalah sembelit, batuk mahupun gatal tekak boleh amalkan minum air rendaman buah kembang semangkuk ini. Ia merupakan salah satu remedi mudah dalam kaedah Perubatan Tradisional Cina yang mudah dan boleh kita cuba amalkan.
Bukan apa, kadang-kala macam-macam cara dah kita cuba, baik perubatan moden guna ubat hospital mahupun pelbagai petua lain. Boleh cuba remedi yang dikongsikan ini pula. Malah sesuai untuk anak-anak juga.
Al Fateh batuk. Tokmi (mak mentua saya) pernah berpesan, minum air rendaman kembang semangkuk ni bagus untuk minum waktu batuk atau gatal tekak. Kaedah ini merupakan kaedah perubatan tradisional Cina.
Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.
Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.
Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.
Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.
Nisbah air rendaman adalah 1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar
Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.
Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.
Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.
Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika anak ada masalah batuk atau sembelit boleh amalkan air rendaman buah kembang semangkuk ini. Semoga menjadi salah satu ikhtiar menyembuhkan penyakit.
Bilik Air Sentiasa Wangi, Guna Pelembut Pakaian & Ubat Gegat, Mudah & Jimat! Bilik air yang bersih dan wangi merupakan impian bagi setiap penghuni rumah. Selain bilik air perlu sentiasa dalam keadaan bersih, bonus jika ia selalu dalam keadaan harum mewangi. Kita nak gunakan rasa seronok bahkan tetamu yang datang nak gunakan bilik air pun rasa selesa.
Sebenarnya ada cara mudah untuk buat sendiri pewangi bilik air ni. Barulah bilik air kekal sentiasa wangi. Tak perlu beli pewangi mahal-mahal, hanya gunakan 2 bahan je. Memang mudah dan menjimatkan.
Cuba buat sendiri pewangi bilik air seperti yang dikongsikan oleh Puan Azlin Alias ini. Memang mudah dan menjimatkan.
Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut.
Pelembut Pakaian
Ubat Gegat
Bekas lilin/ bekas kosong
1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin.
2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.