kuih sri muka

Khas buat mak-mak penggemar Kuih Sri Muka Pandan, mudah je rupanya nak buat kuih yang lembut manis dan berlemak ni. Jika selalu mak-mak buat dalam loyang besar, kali ni boleh cuba kukus dalam bekas kecil pula.

Bukan apa, masalah yang selalu berlaku bila nak potong kuih srimuka ni ia jadi melekat-lekat dan tak cantik licin bila dipotong. Jadi bila guna bekas comel-comel macam ni lebih mudah, cepat dan senang nak makan. Kukus 10 minit, cedok dengan sudu dan boleh terus makan.

Berikut perkongsian oleh Puan Masni Bahari sebagai panduan mak-mak yang nak cuba resipi ini nanti.

“Akak kalau makan kuih ni mesti nak kepala dia berlemak & lembut tau..baru nikmat.. petang ni akak buat kuih ni dalam bekas cinonek ni. Bukan apa..senang cepat & mudah. Lepas masak bagi sejuk terus cedok dengan camca ja..tak yah potong-potong dah. #KuihSriMuka

Bahan-Bahan:

(Lapisan Bawah)
1 cawan Beras pulut
1 cawan Santan segar
Sedikit garam (Untuk lemakkan pulut)
Daun pandan

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!

(Lapisan Bawah)
1 cawan Santan pekat
1 cawan Air Daun Pandan
Setengah cawan Gula
2 sudu besar Tepung gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
Sebiji Telor
Sedikit Pewarna hijau
Sedikit garam

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!

IKLAN

Cara Membuat:

1.Basuh beras pulut selepas itu rendam selama 3 jam.
2.Tapiskan beras pulut tersebut dalam bekas, satukan semua bahan dan kukus sampai masak.

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!3.Ambil semua bahan-bahan lapisan atas dan blend sampai sebati.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!4.Lepas pulut dah siap masak bolehlah letakkan dalam bekas dan tekan tekan dengan sudu plastik. Tekan sehingga padat dan letak setengah mangkuk je.

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!5. Panaskan periuk kukus dan boleh letak bekas yang ada pulut tadi, kemudian tuang bancuhan tepung.

IKLAN

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!

6. Pastikan air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit.

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!

IKLAN

Siap!

Kuih Sri Muka Pandan Lembut Berlemak, Boleh Dapat 9 Bekas Kecil Cedok Guna Sudu Tak perlu Potong!

Info Ekstra!

Selain masak pulut macam biasa guna dapur gas boleh juga masak dalam microwave selama 7 minit. Sukatan macam masak nasi.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba!

Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.

Sumber: Masni Bahari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI