Kuih sagu antara kuih tradisional kesukaan ramai orang. Bahan-bahan nak buat kuih ni pun tak banyak. Cuma bila salah cara yang sebenar nak membuatnya, memang tak jadi. Kuih sagu ini akan jadi keras dan berbiji putih. Perlu tahu biji sagu tak boleh dicuci dengan kasar, tak perlu cuci banyak kali dan perlu direndam secukupnya. Malah jika selalu biji sagu yang telah direndam dikacau atau kuali, rupanya hanya perlu dikukus sahaja, barulah jadi.
Mak-mak yang nak buah kuih sagu ini lembut, kenyal dan wangi boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nanie Shaffieeini sebagai rujukan. Gerenti jadi ikut cara yang dikongsikan.
“Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak duduk umah kak nanie. 2 kali mak request nak makan kuih sagu ni..mak kata dulu-dulu dia buat tak pernah jadi. Mesti putih sagu tu tak hilang-hilang walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado.”
Jom sesiap nak try buat..ikut gambar step by step ya. Jangan derhaka tau. Guna sudu makan..loyang kak nanie size 9 inci ye. Pandai-pandai la agak-agak. Kot loyang kecik, buat 2 loyang, tak pun buat separuh sukatan jek. Dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek. Nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke..jangan pergi tido sudah. Resepi sama pernah niaga dulu-dulu”.
Bahan-Bahan:
1/2 kilo Sagu
12-13 sudu makan gula pasir
Pewarna merah/ sirap ros
Air secukupnya
Kelapa Parut
secubit garam
Cara Membuat:
Cuci biji sagu jangan kasar-kasar tau..cuci manja-manja je gitu. Cuci jangan banyak kali, nanti kekurangan kanji/kanji hilang. Lepas tu rendam sagu air agak-agak macam dalam gambar ya. Lebih kurang 1/2 inci atas sagu sementara nak tunggu sagu kembang. Pi panaskan pengukus siap-siap jangan dok termenung pulak.
2. Lebih kurang 10 minit sagu akan kembang camni. Dah tak nampak dah air yang kita rendam tadi.
Ads
3. Masukkan gula lebih kurang 12-13 sudu makan atau sesedap rasa ditekak masing-masing la senang.Rasa la nanti tahap manisnya tu. Kak nanie rasa tak tau banyak mana nak dapat ketepatan manisnya yang tekak kak nanie nak.
4. Selepas itu, letak la pewarna..kak nanie suka letak Sirap Ros. wangiiiii..sedapppp. Suka hati ler nak merah banyak mana. Jangan merah makngah sangat udah lerr..kang tak tertelan kang.
5. Kak nanie suka guna sirap brand nih.
Ads
6. Kacau rata-rata. Ini la rupa selepas campur gula dan sirap. Kira dah secukup rasa lah ni.Bila kita kacau, nanti akan nampak airnya. Air pun banyak gitu je. Jangan dibuang airnya tu. Jangan pandai-pandai tambah air gak, kang terlembik kak nanie tak bertanggungjawab.
7. Selepas itu, letak dalam loyang. Kak nanie takde tambah air dah ya. Air tu yang awal-awal kak nanie rendam sagu. Tapi tengok keadaan sagunya juga la. Air paras-paras sagu, masih nampak sagunya. Loyang tu kak nanie gris dengan minyak sikit, nipis-nipis je.Tujuan supaya tak melekat..haaa..pastu kukus la lebih kurang 30 – 40 minit gitu. Sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit tak hilang-hilang putihnya kak nanie lak disalahkannya. Dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke, sapu rumah ke, siram pokok Bunga ke, jangan pegi tido sudah.
Ads
8. Tadaaaaaa…gini la kejadiannya.Setengah kilo ngam-ngam dengan loyang kak nanie.Loyang korang kak nanie tak tau ya. Pastu tunggu la sejuk dulu baru potong. Jangan panas-panas korang potong.Haaaa..apa lagi..pi cepat-cepat buat satgi boleh ngapppp.
9. Dah sejuk bolehlah dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata-rata dengan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jangan lelama. Tujuan untuk kelapa tahan lama dan tak cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tangan kak nanie yang kasar.
Info Ekstra!
Cuci sagu tak boleh kasar, nanti sagu hancur. Kemudian tak boleh cuci banyak-banyak kali. Nanti kanji sagu hilang, bila masak kuihnya akan jadi keras.
Sagu direndam untuk memudahkan proses memasak supaya biji-biji putih sagu semua hilang bila siap dimasak dalam jangka masa tak lama.
Kacau dalam kuali boleh tapi kebarangkalian untuk sagu nampak jernih semua susah. Mesti akan nampak putih tu. Putih-putih tu maksudnya sagu tak dapat kembang habis.
Cuba buat ikut resepi ni ya. In Sha Allah jadi. Alhamdulillah dah ramai sahabat-sahabat yang mencuba dan jadi.
MW: Semoga perkongsian resipi kuih sagu ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, kenyal, wangi dan sedap!
Rupanya mudah je mak-mak boleh buat aiskrim sendiri di rumah yang rasanya sama macam beli di kedai. Cuma bezanya bila buat aiskrim sendiri, kita boleh kawal kemanisannya dan bebas daripada sebarang pewarna mahupun perisa tambahan.Kebersihannya pun terjamin dan puas hati bila nak bagi anak-anak merasa aiskrim buatan sendiri ni.
Berikut perkongsian oleh Puan Nur Hidayah sebagai panduan ;
“Saya pernah berkongsi resepi ais krim sebelum ni. Ada kawan terdekat mintak buatkan & cakap sedap tak manis.Alhamdulillah. ♥♥♥ Ni saya kongsikan semula kalau ada yang terlepas, boleh lah ibu-ibu try untuk anak-anak.. bujang pun leh buat tau. Senang sangat.Saya pun tanya En.Gugel..cuma saya kurangkan susu je. Bila anak suka, memang tak beli dah aiskrim.”
Bahan-Bahan:
1 tin susu cair
1 Sudu besar ovelatte
1 Sudu susu pekat
(Bagi saya ni dah manis lemak, tapi kalau ade yang suka manis boleh lebihkan susu pekat)
1 penutup esen vanila
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan. Boleh guna mixer, blender @ food processor. Mix lebih kurang 15 minit guna mixer & blender.Kalau dah likat tu dah okla. Tak sampai 15 minit pun kadang dah likat. Kalau guna food processor tu biasa tak sampai 15 minit memang dah likat.
2.Kalau guna blender, disarankan buat sukatan separuh-separuh. Maksudnya buat setengah tin susu cair & setengah bahan-bahan lain. Selepas tu buat lagi setengah sebab bils blend dia akan mengembang nanti.Takut blender tak muat.
3.Kemudian, boleh bahagikan ikut perisa ape nak letak. Macam saya ni..saya bahagi 2 bahagian je. 1 bahagian letak koko. Sesudu setengah cukupla.Jangan banyak sangat nanti pahit tak sedap pulak.
4.Selepas itu, untuk deko letaklah hiasan yang disukai. Simpan dalam peti sejuk selama 24jam.
Selamat mencuba ♥
Semoga bermanfaat ♥
Mudah je rupanya mak-mak nak buat aiskrim sendiri ni di rumah. Cuti sekolah tak lama lagi, boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak. Mesti mereka teruja bila buat aiskrim sendiri, malah kemanisannya pun boleh kita kawal.
Muak juga kalau asyik makan benda yang sama je. Bila tiba raya haji, tentu ramai yang menerima pemberian daging korban atau diri sendiri membuat ibadah tersebut. Jadi stok daging memang banyak.
Mungkin ada yang sudah muak dan bosan juga dengan aneka hidangan raya lebih-lebih lagi berasaskan daging. Lagi pula, daging kena kawal juga pengambilannya. Lebih-lebih lagi yang berpenyakit.
Hari raya Aidiladha ini pasti ramai yang pulang ke kampung. Nak kelainan? Mungkin menu pasta ini memberikan tarikan tersendiri. Jadi ambil peluang ini untuk memasak aneka pasta ini untuk hidangan ahli keluarga yang pulang beraya. Apapun, kita dalam tempoh PKPP, maka SOP jangan lupa ye walau pun sedang beraya!
**Resipi yang kongsikan ini dalam jumlah yang banyak ye. Boleh ubah suai sendiri mengikut kesesuaian jumlah ahli keluarga.
SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNISE
BAHAN-BAHAN:
4 paket pasta
50ml minyak zaitun
1.5kg ayam cencang
2kg tomato
500gm bawang Holand
300gm saderi
200gm bawang putih
2 helai daun Bay
4 liter air
10gm lada putih
10gm garam
CARA MEMASAK:
Rebus pasta lima ke tujuh minit. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis semua bahan sehingga separuh masak.
Angkat dan kisar bahan-bahan yang ditumis tadi.
Kemudian masak sekali lagi semua bahan dikisar bersama ayam dan tambah air secukupnya.
Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. tidak rasa muak kerana tidak mengandungi keju.
Info chef: Satu paket pasta anggaran 400 gram dan boleh dimakan antara 10-12 orang.
Bila nak raya mesti macam-macam jenis biskut raya yang disediakan. Salah satunya yang kena ada mestilah biskut arab atau ada yang panggil biskut makmur. Inilah biskut lejen yang menjadi kegemaran sesiapa saja.
Biasanya, kalau seminggu sebelum raya, mak-mak dah ‘bersilat’ buat biskut raya di dapur. Selalunya, mak-mak akan buat biskut yang senang, mudah dan sedap. Sebab itulah, biskut arab ini menjadi salah satu resipi yang mesti ada.
Nak buatnya tidaklah susah dan senang sangat. Bagi mak-mak yang tak pernah buat biskut arab, apa kata kali ini buat sendiri saja. Boleh ikuti perkongsian daripada Mak Uda Intan ini. Hanya guna 4 bahan saja. Sedap dan cair di mulut.