Mudah rupanya nak buat Kuih Bakar Pandan ni, hanya perlu ‘blend’ semua bahan-bahan dan bakar dalam oven selama 40 minit sehingga keperangan. Sesuai sangat mak-mak buat untuk hidangan minum petang untuk keluarga. Senang nak buat, sedap dan boleh makan panas-panas. Semerbak bau aroma daun pandan dan rasa lemak manis dan lembut kuihnya.
“Sesuai untuk minum petang bersama famili tersayang. Cubalah.”
Bahan-Bahan:
8 helai daun pandan +
1 cawan air diblend & tapis
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
2 sudu besar majerin
3/4 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau ( optional )
bijan secukupnya
Cara Membuat:
1.Panaskan oven pada suhu 170 C.
2.Tapis air daun pandan.
3.Blend bersama bahan lain kecuali bijan.
4.Tapis adunan, tuang ke dalam acuan yang bersapu majerin.
5.Tabur bijan.
6.Bakar selama 40 minit or sehingga permukaan garing dan perang.
7.Saya guna api atas bawah.
8.Bila hampir masak tukar api atas sahaja.
MW: Cukup mudah rupanya nak buat kuih bakar pandan ni.Hanya perlu ‘blend’ semua bahan-bahan dan bakar dalam oven. Siap. Boleh hidangkan untuk minum petang dan makan panas-panas.
Bosan juga kalau makan ayam goreng biasa, kan? Apa kata kita buat ayam goreng serai Thai. Rangup dan garing buat kita tak jemu makan.
Seperti namanya, bahan utama adalah serai. Cara buatnya adalah serai itu perlu dipotong memanjang dan kemudian ditumbuk sebelum dimasukkan ke dalam perapan ayam.
Menurut Khadijah Jaafar yang berkongsi resipi ini di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), apabila serai dipotong memanjang ia akan jadi cantik bila digoreng. Setelah siap digoreng bersama ayam, serai itu akan jadi rangup dan garing.
“Dah jemu ayam goreng biasa. Boleh cuba ayam goreng serai thai. Pasti tak jemu makan. Rasanya lain dari kebiasaan ayam goreng. Cara masak ada pada gambar ye. Jom tengok. #khadijahjaafar #resepiciktie Cubalah!”
1/2 ekor ayam -dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1-Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup. Tumbuk-tumbuk kasar je.
2-Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
3-Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last sekali. Sambil tu carik-carikkan kan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
4-Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ini baunya harum sungguh.Tadaa… dah siap. Nak bagi cantik & nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.Selamat mencuba.
MW: Kalau dah jemu makan ayam goreng biasa bolehlah cuba buat ayam goreng serai Thai ini. Tak cuba tak tahu kan.
Rupanya bila nak buat inti kacang merah kena guna biji-biji yang kecil berbanding yang jenis besar dan lonjong. Ia lebih manis dan mudah empuk. Jadi inti kacang merah ni lebih sedap dan jimat masa memasak. Inti kacang merah ni selalu kita digunakan sebagai inti pau, jadikan aiskrim dan sapu pada roti. Bila buat inti sendiri lebih puas hati, yakin tahap kebersihan dan status halalnya.
Nak beli inti kacang merah ready made di kedai, susah betul jumpa. Sold Out saja. Musim PKPB ni ramai yang pakat borong agaknya. Anak-anak nak makan Pau Kacang Merah. Diorang tak berapa gemar inti kelapa. Maka, mak pun ke kedai la membeli biji kacang merah. Ini pun masuk kedai ke-4 baru jumpa.
Alhamdulillah, menjadi macam kat kedai bakery tu. Cuma yang ini, mak tak nak buat terlalu manis macam inti ready made. Anak-anak riang gembira tengok stok inti berbotol-botol dapat. Siap suruh jual pulak.Sedap ni sapu kat roti kan.
Di bawah ni saya Sertakan resepinya ya.
400g kacang merah. (dibasuh bersih, di rendam semalaman)
Air secukupnya untuk merebus
2 sudu besar marjerin/ butter (untuk bagi rasa lemak. Nak gantikan dengan minyak pun boleh. Seeloknya guna minyak jagung. Takda minyak jagung, boleh ganti dengan minyak masak)
4 sudu besar shortening (lemak sayur). Ini pula untuk jadikan inti kelihatan berkilat cantik
1 keping gula nisang
Gula pasir (ikut manis masing-masing. saya guna 1 cawan lebih sikit)
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul
1.Basuh & bilas kacang yang dah di rendam semalaman.
2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus didalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat
6.Sejukkan sebelum disimpan.
Selamat mencuba!
1/2 kg tepung gandum
11/2 sudu gula
1 camca kecil baking powder
1 sudu shortening
1 cawan air suam
1/2 pkt mauripan
Inti ikut suka
1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dalam air suam. Tunggu yis berbuih
2. Campurkan semua bahan-bahan lain. Tepung, gula, baking powder dan shortening, gaul rata.
3. Masukkan campuran yis & tambah sedikit air sambil uli.
4. Uli sampai doh lembut.
5. Rehatkan doh dalam 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap)
6. Lepas 30min, tumbuk doh untuk buangkan angin. Uli lagi dalam 5 minit
7. Bulat-bulatkan, besar ikut suka, masukkan inti.
8. Kukus selama 7 minit dalam air yang dah mendidih , api kukusan besar
9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus baru bukak penutup pengukus.
MW: Kalau nak mudah memang beli je inti kacang merah ni. Tapi bila buat sendiri lebih puas hati, terjamin kebersihan dan status halalnya. Terima kasih berkongsi tip dan resipi ini.
Kalau suka Aiskrim Malaysia yang masam-masam manis rasa limau nipis dan berlemak susu vanilla boleh cuba buat perisa Solero Shots ni.Nak buat untuk makan sendiri dengan anak-anak boleh, atau nak buat jual pun boleh sangat. Sebab harga aiskrim Malaysia sekarang ni boleh tahan juga harganya.
1.5 Liter Air
Gula (Sesedap rasa)
Serbuk limau nipis / pati limau nipis (sesedap rasa..masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit lebih cantik)
2 sudu tepung jagung
1.Kacau semua bahan-bahan sehingga larut.
2.Masak sehingga mendidih dan sejukkan.
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar esen vanilla
gula (sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung
1.Kacau semua bahan-bahan sehingga larut.
2.Masak sehingga sedikit mendidih dan sejukkan.