Dua ekor kucing di Saint Petersburg, Rusia yang digelar kucing kembar tercantik di dunia kini mengumpul hampir 200,000 pengikut di Instagram.
Laporan Sputnik News menyebut, @sis.twins mengumpul 195,000 pengikut dengan sebahagian besar peminat kucing tersebut berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Sepasang Mata Heterokmatik
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kucing kembar yang diberi nama Iriss dan Abyss telah menarik perhatian peminat haiwan peliharaan kerana memiliki sepasang mata heterokmatik iaitu warna mata yang berbeza.
Dilahirkan pada 11 November 2015, kedua-duanya memiliki anak mata berwarna biru dan kuning.Susulan itu, ramai pengikut beranggapan bahawa Iriss dan Abyss mempunyai baka Turkish Angora atau Turkish Van.
Ads
Hanya Kucing Domestik Biasa
Namun pemiliknya, Pavel Dyagilev mengakui kucing kembar yang kini berumur 7 tahun ini sebenarnya hanyalah kucing domestik biasa dan mata heterokmatik pada Iriss serta Abyss menjadikan ia kelihatan lebih menonjol dan istimewa.
“Biarpun mereka adalah kembar, namun karakter mereka amat berbeza.
“Iriss amat mudah menerima arahan tetapi Abyss lebih bersikap seperti diva sejati,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Comel sungguh kucing kembar ni. Walaupun hanya kucing domestik biasa, namun keunikkan mata mereka yang berbeza membuatkannya sangat istimewa. Patutlah dinobat kucing kembar paling cantik di dunia.
Demi sebuah almari pakaian untuk kucing. ” Wanita ini sanggup berhabis rm14,000 bagi menyimpan koleksi pakaian si comelnya.
Benarlah kalau sudah sayangkan binatang, tuannya sanggup lakukan apa saja. Untung kucing-kucing miliki tuan yang tak berkira.
Seorang wanita di Slovenia sanggup berhabis sehingga £2,500 (RM14,246) bagi membeli sebuah almari pakaian berwarna merah jambu, khusus untuk kegunaan dua ekor kucing peliharaannya, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.
Andreja Vrscaj, 34, merias kucing Parsi miliknya yang dinamakan sebagai Lily dan Kaly, bagi menjadikan kedua-dua haiwan itu kelihatan hebat.
Almari pakaian milik kedua-dua kucing itu kini mempunyai lebih 150 helai pakaian dan 200 reben kepala berwarna-warni.
“Lily dan Kaly adalah puteri-puteri saya, jadi ia perlu dilayan seperti golongan diraja.
“Setiap kali saya membeli pakaian untuk anak, saya pasti akan mendapatkan sesuatu untuk haiwan-haiwan itu juga. Ia amat suka memakai pakaian dan kelihatan sangat comel,” kata Vrscaj.
Tambah Vrscaj, keluarganya memelihara Lily terlebih dahulu ketika ia ditemui dalam keadaan yang menyedihkan, di mana matanya bengkak dan tidak dapat dibuka. – AGENSI
Mingguan Wanita : Begitulah ragam manusia, ada segelintir memang sanggup lakukan apa saja demi haiwan peliharaan mereka. Sayangnya pada binatang umpama anak sendiri.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Kumpul sikit demi sikit, untuk kegunaan terdesak.” Alhamdulillah akhirnya barang kemas ditemui semula oleh pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Prai.
Atas kegigihan mereka, barang kemas yang hilang ditemui semula. Benarlah jika masih rezeki tuannya, ianya akan kembali semula. Syukur Alhamdulillah.
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya, 31, yang juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya lagi.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Membeli emas sekarang mudah, kumpul duit sikit-sikit dan bila sudah cukup duitnya boleh beli online kalau malu nak ke kedai emas. Pastikan seller tersebut dipercayai barulah order. Pilih mana satu yang berkenandi hati dan ikut bajet, kemudian bayar. Mudah sungguh.
Mingguan Wanita : Terima kasih kepada wira oren yang memahami situasi yang dilalui oleh wanita ini. Bayangkan barang kemas yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hilang, sudah tentu timbul perasaan ralat dan kecewa. Syukur akhirnya ditemui juga.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Jahidah positif covid-19. “Adik risau tahap kesihatan kakak, sebab belum divaksin.” Sebelum ini berikutan Jahidah masih koma, doktor tidak menggalakkan Jahidah untuk mengambil vaksin.
Apatah lagi dengan tahap kesihatan Jahidah yang tidak menentu membuatkan ahli keluarga terutamanya adiknya, Fauziah bimbang dengan keadaan Jahidah yang kini dijangkiti Covid-19.
Wanita mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suami Jahidah Nordin, 43, disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan Jahidah dijangkiti Covid-19 petang semalam berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini. “Menurut pihak hospital, kakak Jahidah positif (Covid- 19) tahap dua dan telah dipindahkan ke Wad Covid-19 petang semalam.
“Sebelum ini, memang ada kes pesakit katil sebelah kakak pun positif Covid-19, tapi saya tidak pasti berapa ramai yang positif dalam wad itu,” katanya.
Menurut Fauziah, dia risau memikirkan tahap kesihatan kakaknya tambahan pula dia belum pernah divaksin atas nasihat doktor.
“Dengan keadaan kakak Jahidah macam itu, demam tinggi dengan ‘bedsore’ (kudis) baharu naik di belakang badan lagi, dia bukan macam orang normal lain tidak boleh bercakap atau merengek kalau sakit.
“Tahun lepas memang doktor tidak berani beri suntikan vaksin Covid-19 pada kakak kerana keadaannya koma,” katanya.
Menurut Fauziah, memandangkan Jahidah belum divaksin pihak hospital akan membuat pemantauan selama 10 hari.
Pada 21 Januari lalu, Kosmo! melaporkan Jahidah dikejarkan ke HTJ dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jelas Fauziah, dia juga melahirkan kekecewaan apabila berlaku kes Covid-19 dalam wad hospital sedangkan pelawat perlu membuat pemeriksaan pengesahan ujian Covid-19.
Mingguan Wanita : Semoga Jahidah cepat sembuh dari virus Covid-19 dan dipermudahkan urusan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Baru-baru ini tular kisah ibu tunggal berasal dari Sabah, Nur Syuhada Naquiyyah, 33, yang memilih untuk keluar dari rumah keluarganya dan kini tinggal di...