Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah menyebabkan ramai insan tak berdosa kehilangan nyawa. Kes kemalangan yang melibatkan Koperal Safwan Muhammad Ismail yang menjadi mangsa langgar pemandu mabuk ketika bertugas mengundang rasa pilu di hati masyarakat.
Mengorbankan masa dan tenaga untuk negara dan akhirnya kehilangan nyawa sendiri. MW mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham. Koperal Safwan merupakan seorang anggota yang disenangi semua pihak. Ketua Polis Negara menganggap kejadian ini sebagai kejadian yang memilukan.
Disenangi Semua Pihak
Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail disifatkan sebagai anggota polis memiliki prestasi kerja cemerlang dan disenangi semua pihak.
Dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) jam 2 pagi tadi, Safwan, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang Deputi Superintendan Rodney Pasla Haris Haris berkata, arwah adalah seorang anggota yang patuh arahan pegawai atasannya.
Seorang Pendiam, Namun Selalu Senyum
Jelasnya, arwah mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Mei 2009 dengan bertugas di Mahkamah Shah Alam sebelum ditugaskan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang pada awal 2012.
“Sepanjang mengenalinya, arwah adalah seorang yang pendiam, namun selalu senyum kepada semua yang mengenalinya.
Ads
“Malah, sepanjang perkhidmatan penugasannya di IPD Kajang, arwah mempunyai prestasi kerja yang cemerlang,” katanya ketika dihubungi.
Rodney berkata, sikapnya yang pendiam dan sering senyum juga menyebabkan ramai pihak senang bekerja bersamanya.
“Hari ini, ramai Timbalan Pendakwa Raya menghubungi bertanyakan mengenai kejadian menimpa arwah. Ini kerana arwah mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkenaan yang senang bekerja dengannya,” katanya.
Koperal Safwan Seorang Yang Baik
Sementara itu, jiran arwah, Mohd Fauzi Zakaria, 38, berkata, Safwan adalah seorang yang baik.
Ads
“Setiap kali berselisih, arwah kerap senyum, walaupun dia tidak banyak bercakap. Arwah tinggal bersendirian sepanjang tempoh 13 tahun dia menetap di Taman Muhibbah Kajang, manakala keluarganya tinggal di Ipoh, Perak,” katanya.
Kejadian Yang Memilukan- Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan kemalangan maut membabitkan anggota polis di sekatan jalan raya ini sebagai insiden yang memilukan.
Abdul Hamid berkata, beliau difahamkan arwah adalah seorang yang cukup baik dan tergolong dalam kalangan anggota polis yang berprestasi tinggi.
“Saya juga difahamkan arwah yang mempunyai sembilan adik-beradik adalah seorang pendiam. Malah, ada di antara ahli keluarga arwah bekerja sebagai polis iaitu bapanya yang juga bekas komander di S69 di Ulu Kinta, Perak dan sudah tiga tahun bersara.
Ads
“Kejadian ini yang berlaku pada bulan Ramadan amat memilukan hati. Saya rasa sedih apabila pada awal pagi tadi dikejutkan dengan berita berlaku kemalangan ini yang tidak sepatutnya berlaku dan anggap ini sebagai takdir,” katanya ketika ditemui di luar Hospital Serdang, hari ini.
Beliau yang tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi tadi meluangkan masa hampir satu jam di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang bagi menziarah jenazah anggota polis berkenaan.
Dikenakan Hukuman Maksimum
“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan dan saya berharap dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya ia tidak berulang lagi.
“Ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya. Harus diketahui bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan.
“Namun, ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut. Itu adalah jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga keluarga allahyarham dapat menerima pemergiannya, apatah lagi dia dijemput Ilahi di bulan ramadan. Ternyata kehilangannya sangat dirasai oleh semua pihak dan diharap pesalah mendapat hukuman yang setimpal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Abang luah Adibah peramah & mesra dengan anak-anak saudara. Bagaikan satu mimpi bila penyanyi terkenal, Adibah Noor pergi meninggalkan kita semua.
Bayangkan pasti ahli keluarga paling terkesan apabila figura popular ini menghembuskan nafas terakhir. Berbicara tentang adik kesayangan, abang kepada Allahyarham Adibah Noor yang dikenali dengan panggilan Angah menyatakan adiknya merupakan seorang yang sangat peramah dan mesra terutamanya dengan saudara mara.
Abang Luah Adibah Peramah & Mesra Dengan Anak-Anak Saudara
Seperti mana yang dipetik menerusi Kosmo Online, Angah turut menyatakan arwah Adibah sering beri pesanan buat anak-anak saudaranya agar belajar bersungguh-sungguh.
“Dengan anak-anak saudara dia memang baik. Pesannya selalu belajar baik-baik,” katanya.
Sebagai seorang abang sudah tentu pemergiaan adiknya meninggalkan kesan cukup mendalam. Malah seperti orang lain dia juga diberitahu tentang penyakit kanser dihidapi adiknya beberapa bulan lalu.
“Rawatan dan pembedahannya sudah berjalan lancar.
“Tetapi ajal dia sudah begitu, kita sebagai manusia pun tidak tahu.
“Baru-baru ini, kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.
“Khamis lalu, kami diberitahu dia melakukan sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya tak begitu pasti. Dos pun lebih sedikit untuk membuang sel kanser,” ungkapnya yang menerima kehilangan adiknya dengan reda.
Untuk makluman Adibah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit kanser ovari tahap empat pukul 7.40 malam pada Sabtu lalu.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat, Kuala Lumpur, pukul 11.30 semalam.
Agak pelik bila tak tahu diri sedang mengandung dan lebih mengejutkan apabila hanya tahu berita tersebut ketika diri hampir saat bersalin.
Tapi itulah yang terjadi pada seorang guru tarian balet sebelum ini menyangka bahawa dia mengalami masalah batu karang kerana sering mengalami kejang seperti senggugut yang teruk pada bahagian perutnya.
Menerusi laman Metro UK, Lizzie dari Bloomington hanya tahu dirinya hamil empat jam sebelum dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Bukaan 8cm
Menurut Lizzie, pada mulanya dia dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami kram pada perut. Namun selepas hasil pemeriksaan bukanlah batu karang yang dijumpai, sebaliknya doktor mendapati bukaannya sudah lapan sentimeter dan sedia untuk bersalin.
Pada malam itu juga, Lizzie selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Winnie June seberat 2.9kg.
“Saya dapat tahu saya hamil di dalam wad kecemasan, apabila doktor melakukan pemeriksaan. 4 jam kemudian saya bersalin,”ujar Lizzie
Lizzie menyifatkan proses bersalinnya sebagai pengalaman yang menakutkan dalam hidup. Dia menjelaskan tidak mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan.
“Saya tak dapat mengambil suntikan epidural kerana terlalu lambat. Rasa bersalin sangat sakit. Saya tak tahu saya mengandung bayi perempuan atau lelaki, cukup bulan atau pra-matang, bayi sihat atau sakit.. banyak proses yang perlu dilalui ketika dalam bilik bersalin,” ujar Lizzie lagi.
Berat Badan Bertambah & Rasa Penat
Lizzie mengakui berat badannya sedikit bertambah, tapi menyangka ia berpunca daripada kurang melakukan rutin senaman di gym dan makan makanan tak sihat. Malah turut rasa lebih penat daripada biasa namun menganggap berpunca daripada buat kerja terlalu banyak .
Lizzie mengakui datang bulan seperti biasa. Namun sebenarnya dia mengalami placenta previa atau anterior placenta, yang menyebabkan pendarahan yang seringkali disalah anggap sebagai datang haid.
Walaupun mengalami risiko tinggi kehamilan, Lizzie boleh dianggap cukup bertuah kerana dikurniakan bayi perempuan yang sihat dan comel.
MW: Macam-macam hal. Agak pelik sebenarnya bila tak tahu keadaan diri sebenarnya sedang mengandung. Apatah lagi hanya diketahui ketika saat hampir bersalin. Apa-apa pun semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna.
Tragedi selepas berbuka, 4 beradik berusia 3-8 tahun meninggal dalam kebakaran di rumah. Innalilahiwainliaihirojiun. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pergi. Satu tragedi menyayat hati berlaku di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar Johor malam tadi apabila empat beradik ditemui meninggal dunia dalam kebakaran di rumah mereka.
Dalam kejadian menyayat hati, kesemua mangsa berusia 3, 4, 6 dan 8 tahun, dua lelaki dan dua perempuan ditemui di dalam bilik air rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di lokasi.
Tragedi Selepas Berbuka
Dalam kejadian semalam, jam 7.49 malam, difahamkan ibu bapa kepada mangsa tiada di rumah.
Kebakaran ini mengakibatkan empat beradik lemas terhidu asap selepas ditemui dalam bilik air80 peratus rumah ini terbakar dan cubaan orang kampung membantu gagal kerana tekanan air rendah sebelum ketibaan bomba
4 Beradik Berusia 3-8 Tahun Meninggal Dalam Kebakaran Di Rumah
Dalam satu perkongsian oleh pengguna facebook, Nurliyana Aainaa Zolkipli, jiran terdekat dengan rumah arwah empat beradik ini, dirinya kebetulan berada di kampung untuk berbuka bersama adik beradik memaklumkan, orang kampung yang menyedari berlaku kebakaran cuba membantu dengan memanggil kesemua adik beradik ini namun tiada yang menyahut.
“Ada jiran yang kemudiannya memanggil mak arwah di tempat kerja dan dirinya bertanya hal anak-anaknya selepas dimaklumkan kejadian ini.
Kongsinya lagi, ada cubaan orang kampung untuk masuk ke dalam rumah namun pintu terkunci dari dalam. Bahkan usaha memadam api juga tidak berjaya kerana tekanan air tidak kuat hinggalah pihak bomba sampai.
“Selepas air dipadamkan, bomba menemui kesemua empat beradik ini dan jenazah dalam keadaan baik. Mungkin lemas kerana terhidu asap. Ya Allah sayunya, moga mak dan ayah anak syurga ini tabah,” tulisnya yang turut membuat emoji menangis.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...