“Keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat”- AINA ABDUL
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Aina berkata, keputusan itu dibuat bagi memberikan keselesaan dan suasana eksklusif untuk para peminat.
“Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.
“Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan,” katanya.
Ads
Diskaun Istimewa
Dalam masa sama, Aina turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus
untuk tiket di semua kategori bagi memberikan peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan persembahannya.
Tawaran itu termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari depan.
“Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya,” katanya.
Bagi lokasi di Zepp KL harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box. Untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Tiket boleh dibeli di laman rasmi www.ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau Cik Piah yang telah selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam semalam.
Seperti mana yang dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya Cik Piah menerangkan bayi lelakinya dilahirkan dengan berat 3.38 kilogram secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.
Cik Piah bersama suami dan anak-anak.
Cik Piah Lahirkan Anak Lelaki Ketiga
Pemilik nama sebenar, Nor Shafiza Iskandar Azizan ini juga menerangkan segalanya dipermudahkan buat dirinya ketika proses bersalin.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga.
“Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” tulisnya.
Mohon Orang Ramai Doakan Kesihatannya & Bayi
Anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini juga turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya,” kongsinya lagi.
Eyra cemas bila bayi dikandung tidak bergerak. Wanita mengandung sudah pasti menginginkan kehamilannya berjalan lancar, sekiranya mendapati janin tidak bergerak pasti akan berasa cemas dan gusar.
Begitu juga yang dilalui oleh ibu kepada seorang cahaya mata Eyra Hazali yang berkongsi perkembangan terkini dirinya yang baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital setelah menerima rawatan gara-gara bayi dalam kandungannya tidak bergerak
Eyra juga merupakan isteri pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli.
Eyra Cemas Bila Bayi Dikandung Tidak Bergerak
Pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 23 itu menerusi perkongsian hantaran Instagram Story miliknya baru-baru ini berasa cemas apabila bayi yang dikandung tidak memberikan respons, selain dirinya yang mengalami sakit di bahagian tertentu.
“Alhamdulillah, saya dah dibenarkan keluar dari hospital.
“Pergi ke hospital sebab baby tak respons langsung.
“Malah saya dah cucuk-cucuk perut dan bahagian ari-ari saya sakit sangat,” kongsi Eyra.
“Harap Baby Tunggu Lama Sikit Baru Keluar”
Selepas mendapat rawatan di hospital Eyra berasa sangat bersyukur apabila bayi dalam kandungannya kini dalam keadaan yang baik..
“Alhamdulillah baby okey, cuma baby sekarang besar dua minggu dan saya ada kontraksi sikit tadi.
“Dah cucuk dexa. Harap baby tunggu lama sikit baru keluar.
“Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk mama dan baby,” ujar ibu kepada Muhammad Hayder Qhalish yang dijangka bersalin pada Mei depan.
Haqiem Rusli & Anis Sofea pasangan pengantin muda. Tahniah diucapkan buat penyanyi terkenal Haqiem Rusli, 23 yang akhirnya sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19.
Pasangan ini telah disatukan pada 19 November di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya kira kira jam 3.40 petang selepas dua kali lafaz.
Haqiem Rusli & Anis Sofea Pasangan Pengantin Muda
Haqiem yang berusia 23 tahun telah berkenan dengan gadis cantik yang kini sudah menjadi suri hatinya yang baru berusia, 19 tahun.
Pasangan yang menjalinkan cinta sejak dua tahun lalu itu dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin wanita, Wan Zamzuri Wan Muhammad.
Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu dihadiri 20 orang tetamu di kalangan keluarga terdekat mempelai, Haqiem atau nama sebenarnya,
Ridzuan Haqiem Rusli, 23, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 selain wang hantaran, RM100,000.
“Saat yang saya tunggu selama ini untuk menghalalkan hubungan kami akhirnya terpateri.
“Selepas mengumumkan berita nak menamatkan zaman bujang beberapa bulan lalu, saya bersyukur kerana keinginan itu tidak hanya direstui keluarga, namun penyokong saya termasuk kelab peminat Qiemilio.
“Biarpun akur, detik bersejarah ini berlangsung di era pandemik COVID-19 yang segala gala serbi terbatas… saya harap fasa baru ini akan dirahmati. Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin,” ungkap Haqiem.
Usahakan Restoran Bersama Anis Sofea
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, semuanya bermula selepas isterinya ketika itu mencari duta untuk mempromosikan perniagaan restoran miliknya di Setapak.
“Kalau nak tahu restoran Santhai Village yang saya usahakan selama ini bersama dengan dialah (isteri). Awalnya dia memang nak tawarkan saya sebagai duta restoran makanan steamboat itu.
“Tapi saya fikir kenapa tidak menjadi rakan kongsi juga. Sambil mempromosikannya, ada juga bahagian saya. Akhirnya persetujuan dicapai, kami jadi rakan kongsi. Sekarang sudah kongsi kehidupan bersama pula.
“Jadi dipendekkan cerita, kerap berjumpa dan tanpa diduga juga hati mula terpaut sayang,” jelasnya.
Mengenai perancangan memiliki cahaya mata, baik Haqiem dan isterinya tidak menolak rezeki jika dikurniakan cepat.
“Soal anak, rezeki yang saya dan isteri menerima dengan lapang dada. Cuma seboleh bolehnya kami nak ‘enjoy’ dulu momen berdua.
“Tapi kalau datang juga anak secara ‘mengejut’, saya okey saja,” selorohnya yang akui akan berbulan madi di Sabah terlebih dahulu sebelum merancang ke luar negara.
Pasangan berkenaan turut akan diraikan malam ini dalam majlis resepsi bertemakan Seputih Salju di sebuah lokasi di pinggir ibu kota dipanggil Sky Glass dengan mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.
Primadona Events dan Ben Signatures Event menjadi perancang majlis dalam masa tiga bulan secara privasi.
Mingguan Wanita : Tahniah Haqiem dan isteri semoga bahagia hingga ke jannah.
Sumber Foto Instagram @aqoimran
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Bulan Oktober diraikan di seluruh dunia sebagai bulan kesedaran kanser payudara, satu inisiatif global untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan pengesanan awal dan rawatan segera.Di...